,

Jejak Jepun Bersama Lyna

admin Avatar

Ini bukan satu rancangan realiti seperti Jejak Jepun Bersama Zizan… tapi realiti sepasang kekasih yang menjejakkan kaki ke Jepun buat pertama kali pada bulan Mac 2013 yang lalu.

Kami mengambil keputusan untuk backpacking ke negara Jepun.. kerana ada tiket murah ๐Ÿ˜› maklumlah… backpacker harus cheapskate.

Kebetulan sepupu saya ada di Jepun (masa tu baru habis exam, sekarang dah bekerja di sana). Yang menariknya, bila saya beritakan kepada beliau, katanya pada masa kedatangan saya ke sana adalah musim paling istimewa, SAKURA! Jadi bagi rakyat Malaysia yang jakun ni, memang tertunggu-tunggu detik itu.

Namun begitu, nak masuk negara matahari terbit ni bukan mudah..visanya ya ampun! Cerewet sungguh. Antara yang perlu ada (selain dari passport antarabangsa, borang permohonan dan gambar untuk Visa):-

  • Surat pengesahan jawatan (acik tak kerja, oh susah ni!)
  • Penyata akaun bank (aduh berapa sen je kang dia ingat hendak merempat di sana pula)
  • Pengesahan tiket penerbangan
  • Itinerary
  • Surat jemputan dari saudara yang ada di Jepun
  • Dokumen pengesahan nikah (kalau pergi bersama pasangan)

Berminggu-minggu jugalah pending Visa kami ni. Macam-macam.

Tapi syukurlah akhirnya dapat juga. Rasa macam dah serik nak ke Jepun sebab susah sangat hehe. Bagi insan yang tak makan gaji ni lahh.

Kami menaiki pesawat Air Asia dari LCCT ke Lapangan Terbang Tokyo Haneda. Sepanjang penerbangan tu.. seperti biasa, masa untuk membaca!

Kami tiba di Haneda lebih awal dari yang dijadualkan. Dalam hati dah rasa lega.. masih awal nak kejar tren terakhir. Tapi…. terkejut mambang kuning merah semua bila tiba di bahagian imigresen! Satu ruang tu penuh dengan manusia! Hampir 2 jam kami beratur.

Mujur sempat dapatkan tren terakhir ke Omorinishi. Syukur, perjalanan yang licin tanpa sebarang kejadian tren-sangkut-kerana-orang-bunuh-diri.

Tiba di Omorinishi, kami singgah di kedai 24-jam untuk membeli makanan. Maklumlah makanan dalam kapal terbang sold out >_< ย Onigiri halal menjadi pilihan. Murah je, 10 yen je satu. Tapi, semua Bahasa Jepun. Mujur sepupu saya, Gja yang bantu bacakan semuanya ๐Ÿ˜€

Kami tidur di hotel bajet tapi selesa… yang bestnya hotel2 di Jepun, baju tidur yukata dari kain kapas, memang rasa selesa dan tergamak nak pakai buat tidur. Lagi2 kami yang bawa 3 helai baju je setiap seorang >_<

Kami singgah di Tokyo ni sebentar sebelum menaiki Shinkansen ke Sendai, dan menaiki kapal ke Hokkaido. Nantikan sambungannya, jejak Jepun versi Mommy Lyna!

Tagged in :

admin Avatar

5 responses to “Jejak Jepun Bersama Lyna”

  1. titan Avatar

    wahh, teringin gak gua nak pergi ijepun.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Pegila mmg best!

  2. deeni Avatar

    wahh menariknya.. cpt2 la sambung cerita.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Insya-Allah, sementara momentum masih ada ๐Ÿ˜€

  3. Rina Avatar

    selamat menikmati keindahan Jepun dan bunga sakura
    jangan lupa selalu share perjalanannya ๐Ÿ™‚

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge