Alhamdulillah berakhir sudah cabaran pertama untuk mendapatkan iPad MySuperKids.
Macam-macam reaksi dari peserta. Ada yang terkejut tiba2 ada cabaran. Ada yang mengeluh susahnya nak dapat iPad 2 ni. Ada yang sengaja tunggu saat2 akhir baru nak menyahut, dah sebagainya.
Tentang cabaran nak mendapatkannya, harus saya katakan haruslah ada cabaran sikit, baru syok. Lainlah kalau peserta ada 40 ribu orang, itu mungkin lebih mudah, kita buat style macam Maybank kat Twitter je. Tapi itu lebih tipis untuk pertandingan yang adil sebab atas untung nasib siapa cepat dia dapat kan.
Saya sediakan cabaran ini supaya kita dapat sama-sama berkumpul, berkomuniti, berkarya, ber-networking dan sebagainya. Pasti lebih banyak BONUS yang kita akan dapat, insya-Allah.
Saya akui di pihak saya sendiri ada banyak cacat celanya dalam mengendalikan cabaran pertama ni. Nama peserta tak ada dalam list, padahal link artikelnya ada; ada duplicate (sorang peserta 2 group); pengadil tetap pun jugak seorang peserta dan sebagainya. Sejujurnya itu adalah cabaran paling ampuh buat saya, mengendalikannya di akhir-akhir tempoh berpantang sambil menjaga si baby Danny (yang comel ittew~).
Betul sekali peribahasa Inggeris, ‘Two’s company; three’s a crowd’. LOL. Anak dua, saya masih dapat handle semua dengan cemerlang. No maid ya. O.M.G.. bila anak dah tiga, blog sendiri pun kadang berlopong. LOL. Ya, itu memang kelemahan sendiri, bukan masalah anak satu ke dua ke tiga ke sepuluh ke. Mungkin saya masih dalam peringkat membiasakan diri.. maklum saja Danny baru 3 bulan setengah usianya, dan saya baru naik bekerja dalan sebulan.
Walau bagaimanapun, saya akan tetap meneruskan cabaran ini. Menanti para juri memberi pendapat masing-masing terhadap karya peserta.
Setakat ini, saya tidak akan menilai mana-mana peserta. Saya membaca kesemua entry tanpa judgement. Namun semuanya membuat saya tersenyum dan ada yang buat saya tergelak ‘tak hengat’.
Seperti yang saya tekankan, dalam cabaran ini saya melihat kepada kreativiti. Kreatif itu membawa pelbagai definisi dari pelbagai jenis kamus di dunia.
Memetik tafsiran kreativiti dari blog Muassasah Ad-Diniyyah:
….konsep pemikiran kreatif berkisar kepada entiti berikut:
- Melakukan sesuatu dengan cara yang unik.
- Seseorang itu dapat keluar daripada pola yang sama atau the pattern of sameness.
- Berfikir di luar kotak atau thinking outside of the box.
- Melihat sesuatu daripada perspektif baru.
- Menggabungkan idea yang sedia ada kepada pembentukan idea baru.
- Membuka minda dengan idea-idea baru.
- Mencabar andaian.
- Mencipta sesuatu yang baru.
- Menghubungkan idea yang tidak berkaitan.
- Menerbitkan idea besar kepada idea-idea kecil.
- Berfikir secara fleksibel.
- Penghasilan idea, penyelesaian, konsep dan produk yang asli (novel).
- Membuat sintesis, imaginasi dan visualisasi.
Saya dapati kesemua artikel yang dihantar peserta mempunyai ciri-ciri di atas. Jadi terbuktilah blogger Malaysia kreatif semuanya *clap clap*
Apa yang mengharukan saya ialah semangat berkumpulan yang ditunjukkan. Walaupun tak mengenali antara satu sama lain, tak pernah jumpa, mungkin tak pernah tau kewujudan blog berkenaan, para peserta cuba sedaya upaya mengumpulkan ahli kumpulan masing-masing. Malah, masing-masing meninggalkan komen dalam entry satu dengan yang lain. Sungguh kreatif! *grin* Ternyata teknologi tidak sekali2 menjauhkan kita dari ukhwah, malah merapatkan lagi.
Beri tepukan kepada semua peserta *clap clap*
Maafkan saya sebab tak dapat nak senaraikan dalam entry ini link ke artikel2 kreatif yang telah dihasilkan. Dengan ini saya mengumumkan cabaran #1 iPad MySuperKids telah ditutup secara rasminya.
Kita tunggu apa kata para juri.
By the way, kalau ada pembaca yang nak beri pendapat secara bebas tentang cabaran ini atau mana2 entry yang mengambil bahagian, amatlah dialu-alukan. 🙂
Leave a Reply