7 Amalan Jutawan Self-Made

admin Avatar

Apakah jutawan self-made? Hehe, saya sebenarnya menghadapi kesukaran nak translatre self-made millionaiore ke Bahasa Melayu. Jutawan buatan sendiri? 😛

Self made millionaire ialah mereka yang menjadi jutawan BUKAN dengan menang loteri (ini nasib baik); BUKAN dengan warisan (bapak dan multi-milionaire, atau tiba2 dapat tahu sebenarnya cucu jutawan); BUKAN menang pertandingan (More Jutaria?); BUKAN dapat pampasan (tanah diambil kerajaan, insurans, etc); BUKAN curi duit bank; dan segalanya. Ia adalah usaha tulang 4 kerat mereka sendiri.

Malah mungkin mereka ni asalnya dari keluarga susah, atau pernah mengalami kesukaran dalam hidup, tiada pelajaran dan sebagainya.

Kita juga mampu jadi seperti mereka. Tak percaya? Ya, memang susah nak percaya kalau kita tak berfikiran seperti mereka. Dan tak mengamalkan benda yang mereka buat. Apakah amalan jutawan self-made ni? Jom kita tengok.

1. Mengamalkan Pemikiran Jutaan-Ringgit

Jutawan melihat setiap benda di sekeliling mereka dalah peluang. Miskin? Peluang untuk menjadi kaya. Bodoh? Peluang untuk menjadi pandai. Jahat? Peluang untuk menjadi baik. Hina? Peluang untuk menjadi mulia. Cacat? Peluang untuk menjadi sempurna..

Pada masa yang sama, orang-orang biasa melihat perkara-perkara di atas sebagai halangan untuk berjaya…

Tukar pemikiran kita kepada —> million dollars thinking! Kata minda kelas pertama~

2. Tetapkan Matlamat Kewangan

Kejayaan tidak berlaku secara kebetulan. Kebetulan pulak saya dapat sales hari ni eh.. tidak.. ia datang dari usaha dan doa berterusan. Yang paling utama, datang dari matlamat yang jelas.

Kekayaan juga tidak berlaku secara kebetulan. (Kecuali kaya warisan). Self-made millionaire bukan tiba-tiba mendapati ada RM 1 juta dalam akaun mereka. Tapi, mereka membayangkan matlamat itu, lalu RM 1 juta akan datang selepas usaha-usaha mereka.

Matlamat ni kena jelas, sebagaimana kita nak ke sesuatu tempat, misalnya ‘The Curve, Mutiara Damansara, Selangor’. Bukan sekadar ‘tempat shopping’. Kalau suruh Papago cari pun, tak go-go kita kalau cari ‘tempat shopping’. Matlamat kewangan juga begitu. Kena jelas apa yang kita mahu dan rancangkan.

3. Buat Perancangan Kewangan

Lepas ada matlamat kewangan, maka bolehlah kita buat perancangan kewangan. Inilah laluan untuk kita mencapat matlamat di atas. Kalau tulis matlamat, lepas tu tidur.. memang dalam tidur jugalah matlamat tu dicapai karang 😀

4. Tingkatkan Pendapatan

Lepas ada matlamat dan pelan, makan sekarang adalah meningkatkan pendapatan untuk mencapai matlamat tersebut. Jutawan beb.. bukannya ribuan. Kalau dengan pendapatan sekarang, rasa-rasa tahun bila dapat jadi jutawan ya?

5. Urus Wang & Kurangkan Perbelanjaan

Ramai orang fikir bahawa dengan meningkatkan pendapatan mereka, kekayaan mereka akan meningkat secara automatik. Jangan lupa, peribahasa Melayu “makin besar periuk makin besar keraknya”. Adat manusia ni, kalau ada duit mula lah rasa lupa daratan. Lagilah kalau yang jenis suka menunjuk-nunjuk. Beli barang mahal-mahal.. tapi simpanan tak ada… Masa gaji sikit pun gaji tak cukup, gaji banyak pun tak cukup-cukup.

Jadi, pandai-pandailah berbelanja, jangan lebih sudu dari kuah.

6. Tingkatkan Kewangan – Pendapatan Pasif

Dengan meningkatkan pendapatan anda dan mengurangkan perbelanjaan sebenarnya kita sedang mengumpul lebihan dana untuk membina kekayaan. Dana inilah yang kita bakal gunakan untuk meningkatkan pendapatan pasif, yang mana biasa orang kata “wang bekerja untuk kita”. Maka tak perlu nak berpeluh ketiak menggandakannya, sedangkan kuasa kompaun itu sendiri dapat menggandakan wang yang kecil kepada yang lebih besar. Yang penting, cover inflasi!

7. Melindungi Keuntungan

Seperti konsep insurans yang melindungi ketika berlakunya benda-benda yang tidak diingini, kita mesti fikirkan perlindungan untuk kekayaan kita ni. Sebagai Muslim, perlindungan ini lah yang tersembunyi di sebalik zakat, sedekah dan sebagainya. Kerana itulah umat Islam perlu menjadi kaya, supaya dapat mengembangkan lagi dakwah Islamiyah, dan membantu umat Islam tanpa perlu mengharapkan bantuan pihak lain.

*diataptasi dan diubahsuai dari Adam Khoo (self made millionaire at 26)

admin Avatar

4 responses to “7 Amalan Jutawan Self-Made”

  1. tutyrahiza Avatar

    Terima kasih atas perkongsiaan..

    Tiada yang mustahil dalam dunia jika keinginan yang kuat disertakan dengan usaha yang gigih..

    btw, Jutawan self-made =jutawan kendiri boleh gunapakai tak??

  2. NUR Avatar

    suka artikel ni.. izin share boleh ke ML?

  3. sohomamas Avatar

    Wow..Tips TERBAIK Punye…Tabik Spring Mommy Lyna…
    Sambil Bekata pada diri sendiri”AKU KAYA DAN JUTAWAN” setkan pada Minda…then amalkan Tips di atas…Thanks 4 Sharing…

  4. Purplemama Avatar

    Love this post. TQ!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge