Cabaran pertama untuk merebut iPad dari MySuperKids telah bermula seminggu yang lalu… namun dari 100 lebih peserta hanya 4 orang sahaja yang baru menghantar penyertaan. Kemungkinan disebabkan oleh:
- Tidak mengetahui tentang cabaran ini
- Tiada link juri
Jadi saya harap, pihak juri yang telah dihubungi dapat menunaikan amanah masing-masing. Kesian pada peserta kita.
Yang keduanya, seperti yang saya tulis dalam entry cabaran ini, MUNGKIN seluruh kumpulan boleh disingkirkan jika tak semua ahli kumpulan tersebut menghantar entry. Sekali tengok bunyi macam zalim dan tak adil, tapi saya telah berjumpa dengan seseorang yang dapat menangkap maksud di sebaliknya.
Komen AdD tentang tindakan Kinna yang meninggalkan komen di blog beliau, memaklumkan tentang cabaran ini.. Mungkin extra mark buat Kinna atas tindakan proaktif beliau? Ehemm.. ehemmm..
Contest iPad MySuperKids bukan semata-mata nak bertanding, tulis entry dan menang. Saya mahu jadikannya sebagai medan networking bagi peserta-peserta. Mungkin anda bakal mendapat free backlink, seperti dalam entry Coffe Mama ini : Win free Ipad from MySuperkids: The challenge begin (meet my teammate).
Para juri pula nampaknya masih belum memberi sebarang komen. Mungkin mereka nak tunggu semua orang dah hantar penyertaan baru nak komen agaknya.
Minggu pertama cabaran pertama masih ‘sejuk’ nampaknya. Mungkin peserta masih mencari idea tentang “kelahiran” ni. Tapi lebih kepada menunggu link dari juri..
===>Izinkan saya mengolah kembali tentang entry bertemakan “kelahiran”, peserta tak semestinya memasukkan perkataan “kelahiran” dalam title. Peserta bebas untuk menulis tentang apa saja, asalkan temanya ada kaitan dengan “kelahiran”, misalnya tentang HARI LAHIR, SAMBUTAN BIRTHDAY, BARANG BARU, FILEM BARU, ALBUM BARU, AZAM BARU, etc. Pendekata bringing something from none to being. Jadi skopnya adalah luas, bukan tertakluk kepada proses melahirkan seorang anak manusia semata-mata ya 🙂
OK di sini saya sertakan link-link kepada entry peserta yang dah menghantar penyertaan. Harap para juri dapat menjenguk entry mereka ya 🙂
http://kinna-kayrie.blogspot.com/2011/06/kelahiran.html by KINNA
http://puanbee.com/jangan-buang-anak-sayangi-kelahiran/ by PUAN BEE
http://mdanial.blogspot.com/2011/06/apabila-mommy-lyna-menyebut-tentang.html?m=1 by ZUFINA
http://mamasayanakmenang.blogspot.com/2011/06/wordless-wednesday-kelahiran.html – by BABY
Peserta lainnn… di mana kamu semua? Korang nak beri iPad 2 kepada diorang 4 orang ni je ke? 😉
Kalau nak ambil badge ni letak kat blog bole juga 😀
***Contest iPad MySuperKids adalah berdasarkan kreativiti… jadi peserta bebas untuk mengeluarkan idea kreatif masing-masing, samada dari segi penulisan entry, promosi dan sebagainya. Juri yang ditugaskan akan memberi markah dari segi penulisan entry, manakala juri yang tidak ditugaskan… ada la kerja dia untuk menilai 😉
So jom kita ambil hati juri2 ini.
Leave a Reply