[iPad MySuperKids] Cabaran #1

By | June 24, 2011

Okay semua, bersedia untuk gear up bagi merebut iPad2 dari MySuperKids?

superkids ipad

Namanya aje CABARAN… Tapi semuanya kita lakukan secara santai dan rilex2 aje. Yang penting pengalaman yang kita kutip sepanjang menyertai cabaran ni. Kan?

Dalam entry [iPad MySuperKids] Cabaran Bermula – Semak Nama Anda! saya dah senaraikan peserta2 yang sama-sama memeriahkan cabaran ni. Jadi semuanya ada 10 kumpulan.

Di sini saya ingin memperkenalkan barisan para juri yang akan saya tempatkan kepada setiap kumpulan terbabit.

ipad mysuperkids

Kumpulan A – alyrds a.k.a Ally Ardee Simin

Kumpulan B – Nor Haryati Yahaya

Kumpulan C – fazya nisa’

Kumpulan D – amyz

Kumpulan E – Almiraz

Kumpulan F – neyra shazeyra

Kumpulan G – Wan Fatihanum

Kumpulan H – Halen

Kumpulan I – Lennymoriza

Kumpulan J – Adam Mohamad

Dan 2 orang juri bebas yang juga peserta dalam contest ni. Saya taknak sebut siapa mereka. Jangan risau takkan ada bias sebab skop tugas mereka takkan mengatasi juri2 di atas 😉

Jadi bagaimana kita nak mulakan?

Konsepnya ni ala-ala reality show.. AF, Raja Lawak, Idol2 segala tu… iaitu selepas setiap tugasan, ada yang akan terkeluar. Sama ada seorang terkeluar, seorang setiap kumpulan terkeluar, 15 orang terkeluar, satu kumpulan terkeluar, 2 kumpulan terkeluar, atau pengadil yang terkeluar.. atau macamana.. itu saya tak boleh bagitau. 😀 Keywordnya ‘kreativiti‘.

So untuk Cabaran Pertama ni.. sempena bulan ni adalah birthday saya (dah lepas, 13 hb tuhari), maka temanya ialah:

KELAHIRAN

Peserta bebas nak tulis apa, nak buat apa…  Bahasa Melayu/Inggeris..jangan tulis bahasa daerah masing2, kang juri tak paham, nak lukis kartun ke, buat karangan SPM ke, bergantung pada kreativiti. Nak buat tagging je.. tiada batasan untuk ber-kreatif 🙂

Cumanya, peserta perlu copy+ paste ayat di bawah & minta bantuan pengadil anda untuk link ke blog mereka 🙂

“Entry ini ditulis untuk cabaran #1 iPad MySuperKids yang direviu oleh XXXXXX”

*XXXX tu isikan nama dengan link kepada blog juri anda 🙂 dont worry, saya akan minta mereka masukkan link masing2 ke ruangan komen – kenapa tak letak je terus kat sini? Ahaks, barula challenging sikit kan? Entry tanpa link di atas automatik terkeluar 🙂

So alert2 teman segroup anda ya… Sebab.. mungkin… kalau tak semua dlm group tu buat entry.. mungkin… the whole group kena singkir… 😀 list nama & blog2 mereka boleh tengok dalam entry [iPad MySuperKids] Cabaran Bermula – Semak Nama Anda! kalo mereka tak tau tentang cabaran ni, contact melalui link blog mereka di bawah senarai nama itu 😉

GOOD LUCK MY FRIENDS!

UPDATED : cabaran #1 berjalan selama 2 minggu dari 24Jun – 8Julai.

117 thoughts on “[iPad MySuperKids] Cabaran #1

  1. Pingback: Hamba memang pantang dicabar! | Life. Live. Deliciously.

  2. Pingback: Kelahiran | PuanbeeDOTcom

  3. Manoon

    Bonjour Nadji,Ils sont superbes tes pietts pains e0 l’ail, j’aime vraiment beaucoup, une excellente et tre8s savoureuse ide9e, bravo et merci encore pour cette de9licieuse recette, je te souhaite une tre8s belle journe9e de mardi, bisousJacqueline

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge