If You Wanna Be P05!7!v3, Be.

admin Avatar

Setiap hari kita menghadapi perkara yang berbeza. Ada yang menggembirakan, ada yang menyedihkan, ada yang buat kita marah, ada yang buat kita stress, etc.

Kebanyakan perkara berlaku, kita tak dapat nak mengawalnya. Contohnya, kita dikurniakan suami kesayangan yang kaku dalam membuat kerja rumah, anak-anak yang kuat meragam, dan sebagainya (contoh je lah!). Lepas tu suami kawan kita pula jenis hobinya kemas rumah je, dan anak-anak dia semua pijak semut pun tak mati.

Boleh ke kita kawal semua tu? Boleh ke kita ubah suami dan anak-anak kita? Boleh ke kita transfer sifat suami kawan kita tu kepada suami kita?

Kadang-kadang, sesuatu perkara tu takkan boleh berubah.

Tapi ada satu benda yang boleh kita ubah. Itulah diri kita sendiri.

Bagaimana persepsi kita terhadap kehidupan.Bagaimana kita melihat setiap sudut kehidupan kita sebagai sesuatu yang positif dan menggembirakan. Dan bagaimana kita tak melihat ‘rumput di laman orang lebih hijau’.

Kadang-kadang kita rasa pelik, kenapa orang ni tak nampak sedih pun padahal melalui perkara yang tak sanggup kita hadapi. Contohnya, kematian orang tersayang, anak-anak yang sakit teruk atau cacat terutama cacat mental, keluarga yang huru hara, kemiskinan dan sebagainya. Tapi kita dapat anak yang asyik menangis pun rasa macam dunia dah nak kiamat.

Ini adalah kerana paradigma atau perspektif kita yang sempit, lalu menjadikan semuanya menjadi sempit dan susah. Contohnya gambar ni. Hakikatnya ia adalah terdiri dari garisan lurus tapi pandangan mata kita menipu otak dengan menampakkan garisan yang senget benget.

Begitu juga dengan kehidupan kita. Bila kita beranggapan sesuatu adalah A, maka kepala otak kita pun akan menandakan ia sebagai A dan sampai ke sudah pun ia menjadi A pada kita, padahal orang lain nampak benda itu adalah B.(Mungkin sebab tu ada antara ‘kita’ yang tak sebulu [sebab banyak bulu]).

Bila kita menghadapi perkara yang melibatkan insan lain, kebolehan untuk mengawal diri adalah berguna, terutama jika berhadapan dengan anak sendiri. Boleh ke kita mengawal minda orang lain, sekalipun orang tu anak kita? Tak boleh, kan? Tapi minda siapa yang kita boleh kawal? Ya, itulah minda kita sendiri.

Kita adalah seorang ibu dan anak kita bukanlah tuan kepada emosi kita. Walaupun mereka tu anak dan kita emaknya, neither of us yang boleh menguasai atau mengawal emosi salah seorang darinya. Ya, anak kita tak boleh kawal emosinya sendiri, tapi kita boleh! Kita boleh kawal emosi kita.

Begitu juga dengan manusia lain. Walaupun ada yang mungkin sengaja nak sakitkan hati kita, tapi emosi kita adalah dalam kawalan kita. Kita yang pilih samada nak happy ke sedih ke marah ke stress ke, dsb.

Cuba kalau hari ni ada orang maki-maki, kita senyum je kat dia, instead of rasa geram atau makin balik. Mungkin dia cakap kita gila. Tapi sekurang-kurangnya kita dah selamatkan fikiran kita dari jadi macam dia.

Kalau anak kita menangis atau mengamuk (orang kata, tantrum), janganlah pula kita menangis atau tantrum sama. Bila kita dapat kawal fikiran, barulah boleh fikir dengan waras apa yang patut dibuat. Anak kita pun manusia juga, bukan alien walaupun dia minum susu ibu, hehe. Apa kaitan ntah.

Kesimpulannya, semua tu berada dalam kepala otak kita. Yang penting, sebagai orang Islam kita kena ingat selalu, Allah Maha Adil.

Dan kalau kita rasa hidup kita kurang bertuah, cuba tengok nasib orang lain. Sekurang-kurangnya kita ada anggota tubuh dan otak  yang sempurna. Ada duit juga. Dan ada pelajaran. Ada keluarga. Ada kawan-kawan. Count our blessings.

Qada’ dan qadar memang dah ditentukan. Tapi kita yang memilih dan menentukan kesediaan kita dan keterbukaan kita untuk menerima segalanya.


Udang galah Bekenu… bilakah kita dapat bertemu lagi? – kata bakteria Bifidus di dalam ususku.

admin Avatar

6 responses to “If You Wanna Be P05!7!v3, Be.”

  1. Salwa Avatar

    Lyna best nya mu dpat mkn udang galah fresh..
    btw nampak seriu/marah je entr ni..harap takde sape kaco mu Lyna..take care

  2. Mommy Lyna Avatar
    Mommy Lyna

    Sal,

    mai la sini leh mamam udang galah fresh2. idup2 lagi tu hehe.

    eh takde sape kacaulah. adakah entry ini berbau emo? ohh tidakkk. 😀 oh tidak, ia tidak berkaitan dengan sesiapa 🙂

  3. mama emma Avatar

    hmmm… pikir pjg sat….

  4. Fid Avatar

    udang galah???
    yummy!!

  5. mamaDhea Avatar

    think +ve, think +ve, think +ve… *baca mantra* ;P

  6. salzahari Avatar
    salzahari

    apakah yg telah melandamu..
    tp terasa jgk di batang hidung bab emosi bila hadapi anak :p

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge