Hotel Mania TV3 vs Blogger Mania!

admin Avatar

Dalam slot Lestary TV3 sekarang hot siri drama muzikal Hotel Mania. Hasil terbaru KRU Studio yang membariskan bintang2 AF macam Dafi, Adam, Marsya, Anding, Bob dan beberapa pelakon muda yang kacak dan lawa macam Ryzal dan Zain Ruffedge. Oh apakah nama mereka saya tidak keep track nama pelakon2 baru yang tumbuh macam cendawan ni (hmmm sedapnya cendawan sisir~).

Sinopsis citer ni dari gua.com.my,

Cerita bermula dengan Adiwira (lakonan Anding), seorang graduan dari Sarawak yang ke Hotel Mania untuk mencari bapa kandung yang tidak pernah ditemui.

Di Hotel Mania, Adiwira berkenalan dengan Girang (Dafi) yang menjalani latihan praktikal di situ. Kebetulan, hotel tersebut sedang mengadakan temuduga terbuka untuk pelatih-pelatih baru. Girang mencadangkan kepada Adiwira untuk menghadiri temuduga itu supaya dia mempunyai tempoh yang lama untuk menyelesaikan misi mencari bapa kandungnya.

Ketika bekerja di sana, Adiwira bertemu Emilia (Adeline Anthony) yang bertugas di bahagian spa & sauna. Emilia selalu dibuli Mar (Marsha), pekerja ‘front desk’ yang menaruh hati pada Adiwira

Cerita ni agak unik sikit sebab dia sikit-sikit nyanyi, sikit2 nyanyi.. kata drama muzikal. Ala2 hindustan pun ada. Tapi ada jugak adegan yang macam saja dibuat2 sebab nak tangkap muat dengan lagu. Rasa macam kurang drama tapi lebih lagu, tak macam Kau & Aku kat Astro tu. Belasah ajelah kan.

Cakap macam bagus tapi saya bukan tengok pun 😛 so minta maaf atas segala kesilapan fakta di atas.

Tapi ape2 pun KRU memang kreatif. Ia boleh memberi inspirasi kepada blogger yang ketandusan pembaca.

1. Tahu kehendak penonton majoriti.

Orang sekarang dah cukup tension dengan kehidupan sehari2. Dengan kerjanya.. jemnya.. masalah itu ini, so bila tengok TV mestila nak something yang merehatkan. Jadi, berikan mereka itu, light entertainment bukan cerita berat2. Lagipun malam weekday, weekend OK la cerita berat2 sikit.

Walaupun isunya berat, tapi penyampaian yang ringan dan rileks… ada nyanyi2, ada lawak2… orang pun tak stress.

So kalau nak tulis blog yang menarik, cari satu tema yang ringan dan santai. Tahu ape pembaca nak. Ini kena berbalik pula kepada konsep kita. Kalau Astro Oasis tu, nak ‘ringan2’ mungkin cara dia dengan buat rancangan Kafe Akhil Hayy, kalau TV3 lain pula caranya. Jadi tengok peribadi kita macamana… jangan tulis semata2 nak tarik pembaca sedangkan kita tak macam tu. Nanti kene kutuk, kita jugak yang tak tahan. Contohnya, semua orang tahu pembaca suka baca blog yang ada unsur2 lucah, kalau kita tak berapa nak lucah, tak payah nak melucahkan diri just sebab nak please pembaca.

Ramai lagi pembaca blog yang tak suka baca benda lucah.

2. Suasana yang menarik

Bila cakap tentang hotel, mestila kita gambarkan ianya cantik, menarik.. lagi2 kalau hotel tu adalah Hotel Marriot, bukannya Hotel Ah Seng atau Rumah Tumpangan Pakcik Li. Jadi orang macam saya yang jarang pegi hotel ni mesti la seronok nak tengok hotel cantik2.

Penonton dapat rasa experience baru bila dapat ‘masuk’ dapur hotel, bilik hotel, bumbugn hotel, etc.

Bawa pembaca blog ke dalam pengalaman menarik di blog kita. Dari segi layout yang user friendly, dari segi penceritaan yang menarik. Pembaca pun suka melekat & tertunggu2 apa update.

3. Dekat di hati

Hotel Mania ada kisah family, kisah kawan2, kisah cinta, kisah musuh, etc. Jadi ia tak jauh, berkisar dalam kehidupan kita yang biasa je. jadi dia dekat di hati penonton. Tak payah fikir jauh ke bulan.

Blog yang dekat dengan pembaca akan buat pembaca sentiasa nak melekatt je kat situ. Tak payah buat cerita, karang ayat canggih2 tapi takde orang nak baca. Tulis kisah2 yang dekat di hati pembaca…

4. Unik

Salah satu keunikan hotel Mania ialah nama watak2nya. Adiwira, Girang…

Blog yang menarik mestilah unik, maksudnya ada identiti tersendiri. Kalau sama je macam lagi 1000 blog yang lain, agak2 apa daya tarikan untuk orang baca blog kita? Sediakan sesuatu yang tak ada dalam blog lain di blog kita, supaya pembaca terus melekat. Kalau nak beri 50 sen untuk setiap komen pun beri la.. yang penting unik. LOL.

Saya adalah mengkagumi KRU di atas usaha dan kejayaan mereka dalam usia muda. Banyak pembaharuan yang mereka buat dalam industri hiburan dan perfileman. Walaupun ada yang kong tapi at least mereka berani mencuba sesuatu yang tak pernah ada dalam industri hiburan kita. Mungkin teknologi mereka terlalu tinggi sampai minda orang2 kita belum sampai kot ekeke.

Mereka adalah anak muda yang patut dicontohi, dalam usaha mengembangkan empayar merekalah. Berapa kerat je pun artis2 Malaysia yang ada kompeni sendiri, most of them memang full time nyanyi/berlakon. Tiba masa dah tak boleh buat apa,habuk pun takde.

admin Avatar

20 responses to “Hotel Mania TV3 vs Blogger Mania!”

  1. chekna Avatar

    pernah gak tengok cite ni, tp xabis since menyambah tengok si Marsha yg tergedik2 tu…tp gambar cite ni mmg cantik..
    .-= chekna´s last blog ..mumblings lagi… =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      saya pun tgk sekali je…. byk tgk commercial dia la 😀

  2. UstazCahaya Avatar

    Salam Mommy Lyna.

    Terima kasih perkongsian yang baik ini. Saya memang perlukan maklumat ini sekarang;-)
    .-= UstazCahaya´s last blog ..Jadual saya berubah buat sementara waktu.. =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      salam Ustaz

      owh ye kah? alhamdulillah berfaedah juga rupanya 🙂

  3. Ealyie Avatar

    Aku la ni jarang beb bukak tv, sesekali bukak mesti tgh main@ cite ni baru nak main… mestilah, so, tak pernah missed la even tak tgk bebetul punn.. saje buat jadi halwa telinga dari jauh.. 😉
    .-= Ealyie´s last blog ..Tag: Apa keje Ngko Hari2 bila Masuk Office? :p =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      bosan nya asik kuar kaat bawah je replyku

  4. temp. housewife Avatar

    nak kena tengokla nanti bila dah balik. nanti banyak masa free sbb bln Jun baru start masuk kerja. rehat sebulan tu. hehe
    .-= temp. housewife´s last blog ..What a memorable night! (A rather emotinal and long entry) =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      sempat kot, dia ada 26 episod hehehe

  5. lydzar Avatar

    baru 1st time tengok citer ni aritu. ok la, mmg halwa telinga dari jauh juga 🙂

    pelakon mmg jambu-jambu 😛
    .-= lydzar´s last blog ..When PJJ turns PJD =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      haha itula pasal
      pelakon jambu2 sumer

  6. lina Avatar
    lina

    terpaksa tengok sebab anak2 saya suka …pantang tengok orang nyanyi2 ..tapi slot gambar nampak nice n cantik

    Anyway , cite ni unik cam ala2 bollywood gitu , byk diselitkan lagu2 ( tapi tak ler sampai berguling2 cam hindustan tuh – tak lalu mak tgk nanti :p )

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      haha tu la
      nama pun drama muzikal
      tp ada adegan yg mcm tangkap muat nk masuk lagu je

  7. mama emma® Avatar

    tu sbb kat PI xleh pakai xplicit words, sbb kekonon tu utk kenangan anak2.. tp part komen tu ayat kekadang kureng la jugak… kekeke..

    nak buat another blog utk personal feeling, takut x tjaga la pulak.. haha
    .-= mama emma®´s last blog ..-DEEPBLUE LENSE KEMBALI- =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      personal feeling tulis je kat facebook
      hahahaha

  8. mommy nadia Avatar

    teringat zaman layan KRU time school dulu 🙂
    .-= mommy nadia´s last blog ..breastfeeding challenge at 17th months! =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      hahahahahha
      tingat budak2 KRu berhingus dulu 😛

  9. kambingbujang Avatar
    kambingbujang

    layan ek cter ni… tgk iklan dier cam best tapi tak penah lak tgk.. ari aper dan kul bper cter ni??
    .-= kambingbujang´s last blog ..The Attack of The Notorious Varicella Zoster Virus =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      tak layan pun
      ari selasa.. kul 9 kot. eh ke 10? 😀

  10. zuhaini Avatar

    sy x suka sangat hotel mania.. banyak nyanyi je.. ahahaha 🙂
    .-= zuhaini´s last blog ..The BIG Hot Dog =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      hahaha dah nama pun drama muzikal zu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge