,

Hotel Jepun Yang Menyeramkan dan Penuh Misteri

admin Avatar

Ketika kembara kami di Jepun pada musim bunga tahun 2013, pastilah kami tak mahu lepaskan peluang untuk mengunjungi Gunung Fuji. Lewat petang dah kami bertolak dari Yamanashi, laju-laju pecut kereta sebab nak kejar senja di Tasik Kawaguchi, salah satu tasik terkenal dari 5 tasik yang menghidangkan pemandangan indah Gunung Fuji.

Alhamdulillah, akhirnya dapat kami nikmati pancaran sinar mentari petang yang menyelimuti puncak Gunung Fuji yang sangat indah.

fuji

Selepas puas menikmati pemandangan… mentari pun dah tenggelam.. kami pun mula fikir apa nak buat malam tu (boleh tak?). Samada drive ke Osaka atau tidur di Hakone.

Fikir-fikir-fikir akhirnya kami decide untuk tidur di Hakone. Maka misi mencari hotel bermula… Semua hotel dah penuh. Sadis bukan.

Cari punya cari akhirnya kami sampai ke satu tempat… Dia cuma tulis ‘Hotel 555’. Kami masuk ke dalam… tak jumpa kat mana lobinya. Pusing-pusing pun tak jumpa. Tapi ada beberapa kereta parking di depan pintu-pintu yang kami agak, biliklah.

Kami berhenti di salah sebuah pintu yang garajnya kosong…

HOTEL FUJI

Agak tempting dengan harganya .. 4,900 yen bersamaan RM160. Kira sangat OK dengan rate hotel di kawasan tu.

Saya dan sepupu saya itu masuk ke dalam, dan suami dok tunggu kat kereta.

Masuk-masuk je kami terkejut sangat tengok bilik hotel tu. Sangat-sangat bukan hotel OK! Siap ada vending machine, kerusi urut, home theater, siap ada jakuzzi bagai! Nak keluar, pintu pula tak boleh buka!Tarik-tarik tak terbuka. Cik abe kat luar dah gelabah dah.

Kitorang dah suspens kot rumah apabenda ni.. sindiket penculikan ke apa.

Nak call husband kat luar pun tak dapat sebab telefon kami kedua-dua ‘No Service’ sepanjang berada di Jepun ni (disebabkan tak tahu yang kena aktifkan 3G untuk dapatkan line telefon di Jepun walaupun dah roaming).

Dalam debaran tu kami cuba dail telefon yang ada dalam bilik tu. Mujurlah sepupu saya tahu berbahasa Jepun… maka dapatlah kami keluar.. bila seorang uncle datang buka pintu.

Rupa-rupanya hotel tu style ‘masuk dulu, buatlah ikut suka hati, nak keluar kena swipe kad kredit baru boleh keluar’. Kami ni mana la pernah masuk hotel yang semacam tu!

Pakcik tu siap offer kami lagi keluar jalan-jalan dulu, datang balik lepas jam 12, sebab lepas jam 12 harga dia turun 1,000 yen. Fuh, lega betul.

Masa tu pun dah 11.30 malam… Kami keluar le ke kedai runcit… beli air dan kacang… balik lebih kurang jam 12.15, unit tadi pun masih kosong… terus masuk, mandi, solat dan tidur…

Ini memang kenangan paling suspens lah. Kalau lah tak ada geng yang pandai cakap Jepun tu sah-sah menangis saya sorang-sorang. Barang-barang dalam bilik tu, walaupun banyak tapi kami tak berani tak usik, takut kena caj. Hehe.

Esoknya, lepas bersiap, kami swipe kad kredit… Alhamdulillah selamat keluar. Takutlah juga kan kena jual jadi Harajuku Girls ke, >_<!

Balik-balik, cuba Google pasal hotel tu, tak jumpa pulak.

Tagged in :

admin Avatar

7 responses to “Hotel Jepun Yang Menyeramkan dan Penuh Misteri”

  1. Amyz Avatar

    Fuhhh seram juga tu. Kalau saya pun mesti nangis sorang2 kat situ. T___T

    1. admin Avatar
      admin

      tuhlah. nasib baik le ada geng org Jepun

  2. emalinmohd Avatar

    Nasib baik ada yang pandai cakap Jepun. Tapi best juga konsep macam tu kan..rasa macam tak pernah baca lagi ada yang buat konsep macam tu

  3. sharmien Avatar

    menariknya konsep hotel ni
    sgt kreatif marketing owner hotel

  4. Wooclip @Download film 720p Avatar

    ih serem sekali apa lagi keluar-keluar jadi harajuku girl hahaha

  5. Jue Avatar

    salah satu impian saya..nak melancong ke Jepun

    1. admin Avatar
      admin

      Semoga tercapai impian Jue ke Jepun, ameen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge