Cara Jimat Ajar Anak Menabung

By | February 17, 2015

Tabiat menabung mesti dididik sejak kecil. Teringat macamana ayah dan emak mengajar kami menabung sejak kecil. Seronok sangat bila rasa tabung berat, mak bawa ke bank dan simpan dalam akaun. Walaupun ada ketika bila dah besar jadi lupa daratan sikit, tapi benih yang dipupuk dari awal tetap kukuh dan kuat.

Ramai orang sebaya saya sekarang ni… tak pernah menabung. Mula-mula dulu saya sangat terkejut bila tahu ramai di kalangan kawan-kawan saya tak ada saving, dan ada yang tak pernah terfikir untuk menabung (saving). Mungkin sebab saya dari kecil mak dah ajar menabung, saya rasa itu macam common sense, semua orang patut tahu.

Oleh itu kita kena didik anak-anak kita dengan tabiat suka menabung dan merancang kewangan. Takdelah bila mereka dah besar nanti, selera lebih besar dari poket.

Masa anak kecil-kecil dulu saya belikan mereka tabung dari watak kartun kesukaan mereka, sebagai motivasi nak penuhkan tabung tu cepat-cepat.

Dalam nak ajar anak menabung ni kena jelas – penuhkan tabung dengan duit dari usaha sendiri, bukan dengan mengambil kepunyaan orang, atau dari mana saja demi untuk memenuhkan tabung sendiri. Mesti dari duit yang diperolehi sendiri.

NINJAGO PIGGY BANK

Tabung-tabung mereka memang cepat penuh, tapi dengan duit yang kami isi. Hehe. Duit-duit syiling dari dalam poket, beg dan kadang-kadang jumpa di lantai rumah.

Bila masing-masing dah bersekolah rendah dan dapat duit belanja masing-masing, barulah skil menabung mereka teruji. Bila dah simpan sendiri ni, sukar sikit nak motivasikan mereka. Sebab… mereka dah mula pandai membelanjakan duit, dan rasa seronok bila bayar duit, dapat barang yang mereka nak.

Oleh itu, kami pun tukar cara penabungan anak-anak.

1. Guna tabung transparent.

Tak payah beli yang mahal-mahal.. guna je bekas-bekas kacang ke, bekas kerepek ke. Buang labelnya dulu.. Bila mereka nampak hasil tabungan, rasa semangat nak tambah dan tambah lagi.

TABUNG AYAM

Letak label untuk tabung masing-masing, ni labelnya terpusing ke sana pulak.

2. Beri target

Bila dah pandai guna duit ni, lebih mudah nak ajar mereka tentang ‘tak ada apa yang percuma di dunia ini’. Bila mereka nakkan sesuatu yang  tidak urgent, gunakan tabung sebagai umpan mereka simpan duit sampai cukup untuk beli apa yang mereka mahu.

Misalnya Danny nak kumpul duit untuk beli tiket kapal terbang, jadi nak beli apa-apa yang kurang berfaedah dalam jangkamasa singkat ni dia fikir banyak kali.. “Nanti duit Danny tak cukup nak beli tiket kapal terbang”.

3. Bimbing mereka berbelanja

Saya cuba berikan mereka bekal ke sekolah, hampir 2 minggu…. tapi setiap kali balik, benda yang sama dibawa balik. Tak berusik pun. Kalau tak diberi duit pun mereka tak makan bekalan kecuali air. Mungkin mereka seronok makan makanan yang sama dengan kawan-kawan di kantin.

Jadi saya guide mereka, RM1 untuk beli sepinggan nasi, kalau lapar lagi, beli lagi sepinggan (jenis selalu menambah makan). Yang selebihnya bukan untuk buat beli mainan atau aiskrim, tapi simpan dalam tabung, supaya boleh beli objek impian.

(Kalau bawa bekal lagi seronok penjimatannya kan!)

4. Ajar tentang tabung akhirat

Cakap tentang tabung dunia, tabung akhirat pun kena ada. Kami belum lagi buat tabung charity untuk mereka isi (ada kawan-kawan yang dah buat ‘tabung Subuh’ untuk sekeluarga termasuk anak-anak usia kecil ni). Kami galakkan mereka guna tabung masjid, di samping galakkan ke masjid juga.

5. Kira duit sama-sama

Bila agak-agak dah penuh, kira sama-sama berapa duit dalam tabung anak. Kalau dah cukup RM50 ke, tukarkan dengan duit sekeping RM50… diorang pun mesti seronok bila tengok ada note lain dalam tabung.

Menabung ni bukan mengajar anak jadi kedekut atau mata duitan… tapi didik mereka supaya mereka takdelah ingat asal ada duit, kena perabiskan. Diorang pun takdelah rasa teruja nak beli benda bukan-bukan, atau minta benda bukan-bukan dengan mak ayahnya, sebab mereka ada tanggungjawab untuk tabungan sendiri.

Itulah antara sedikit sebanyak yang boleh saya kongsi… Semoga bermanfaat buat semua.

Category: Education & Learning Parenting Tags: ,

About admin

I am a wife to a great husband. I am a proud mother of two adorable sons. I am a full time working at home mom (WAHM). I am breastfeeding my 3 sons, a daughter and looking forward to breastfeed my next babies. I like to share my pregnancy, breastfeeding and parenting as well as travel experience cos every journey is unique. *-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-* bundle of joys, Hafiy, Fahry, Danny & Irene.

5 thoughts on “Cara Jimat Ajar Anak Menabung

  1. Sal

    betul..susah sikit sbnrnya menabung ni sbb diaorg rasa kalau duit tak penuh pun kita tlg byrkan..tapi sejak si kakak dah sekolah, mmg saya tekankan. kalau nak brg sendiri, simpan duiti sdiri..kalau x cukup je ibu tlg top..pup…so bila camtu, dia dah rasa ssh laa ibu ni ‘dekut’..baik pakai duit sdiri. so dia akan control laak bila duit dia..hahaha
    Sal´s menulis tentang ..Bestnya Anak Perempuan!!My Profile

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge