Hari Raya Aidilfitri Bersama My Super Kids

admin Avatar

Aidilfitri 2010 disambut meriah oleh kami walaupun masih dibayangi kesedihan atas pemergian Tok Pa 21 Ramadhan 2 tahun lepas. Hari Tok Pa meninggal tu, kami satu family pakat keluar ke Jalan TAR cari baju raya. Malamnya Tok Pa nazak dan kembali kepada pencipta-Nya waktu dinihari itu.

So dah 3 kali raya tanpa Tok Pa. Setiap hari raya melawat pusara Tok Pa menjadi rutin anak2 arwah, tapi kami 3 beranak (saya, Hafiy & Fahry) tak pegilah. Ziarah kubur untuk menginsafkan kita yang hidup.. budak2 tunggu besar sikit baru bawa ke sana. Ramai2 di kubur pun tak molek juga kalau sampai mengganggu orang lain sebelah menyebelah nak ziarah pusara keluarga masing2.

Tahun ni raya pertama kami di Johor, kampung asal TokMa & arwah TokPa. Maklumlah mereka dah kira bermastautin di Kuala Lumpur, dah dekat 30 tahun. Kalau nak kira kampung Abiy, di KL la 🙂 tapi datuk nenek dan saudara-mara ada lagi, so still kena balik ke Johor beraya bersama.

Raya kedua kami di Johor juga menziarah saudara-mara. Masa ini lah nak kenal2 saudara. Kalau tak, entah bila nak berkumpul. Inilah hikmahnya Eidulfitri. Kembali kepada fitrah, kembali kepada susur galur keluarga. Kalau nak tunggu hari2 lain, semua orang sibuk. Raya ni pun tak semua balik. Tapi bagi mereka2 yang ada di kampung tu, ni lah peluang nak kenal2 saudara yang tinggal jauh, terutama yang baru menikah.

Pada sebelah malamnya, kami gerak ke KL semula. Berehat sebentar bersama Kit Kat sebelum bertolak ke Kelantan. Perjalanan ke Kelantan kali ni kami memilih jalan jauh, melalui Lebuhraya Pantai Timur, melalui Terengganu baru masuk Kelantan. Biasanya melalui Bentong-Raub-Lipis-Gua Musang-Kota Bharu. Kali ni saja nak jalan2.

Melalui Lebuhraya Pantai Tinur di waktu tengah hari buta amatlah memenatkan sebab silau. AKhirnya kami berhenti sebentar di Hentian Sebelah, driver tido 🙂

Setelah semuanya OK perjalanan diteruskan hinggalah tamat Lebuhraya Pantai Timur tu. Biasanya dari KL ke Kuantan mengambil masa dalam 3 jam lah. Kemudian sejam lebih Kuantan-Kerteh dan dalam 4-5 jam pula dari Kerteh ke Kota Bharu. Itu kalau bawa slow2 santai sambil tengok pemandangan dan berhenti makan jagung.

Perjalanan kami smooth saja kecuali bila sampai Marang ada sedikit kesesakan semasa hendak melalui jambatan. Maklumlah jambatan sempit, motosikal pun kena masuk lane. Kemudian di pinggir bandar Kuala Terengganu sesak juga. Orang balik beraya gamaknya. Masa tu pun dah lewat petang.

Kami sampai di kampung dalam jam 9 malam. Terlepas kenduri di rumah mak saudara saya. Lagipun dah tak larat nak singgah sebab masing2 dah penat, dan budak2 pun dah busuk, termasuk si Fahry yang muntah habis satu kereta sampai kena sembur perfume.

Balik rumah, mandi lepas tu keluar ke rumah nenek saya untuk makan malam. Kebetulan ada kenduri doa selamat sempena keberengkatan sepupu saya ke Jordan, seminggu selepas raya.  Sebut Jordan teringat cerita Transformers. Ada keturunan Prime tertanam di belakang Petra hahahaha.

Esoknya ada gathering NISAA (sekolah saya) di dewan sekolah. Tapi driver saya keletihan, maka tak dapatla pegi (ngepek penganjur sebab depa nak tengok Fahry hehehe). Kenduri KGBian Kujat pun tak pegi sebab ada open house makcik saya. Cuma pegi kenduri Bolly saja, maklumlah dekat rumah. Tapi malamnya pegi juga ke rumah Kujat, nak jugak jumpa walaupun tanpa baju pengantin. Maklumlah dah dekat 2 tahun tak jumpa. Nak kenal juga suaminya.

Hari-hari lain biasalah pergi beraya ke rumah saudara-mara dan rakan-rakan. Tapi tak sempat pegi ke rumah Mok Yoh sebab masa tu kami beraya di rumah member di Bachok (rumah Efie). Siap dinner lagi. Kemudian gerakke Morak pula visit Lin & Fahmi (whose baby kembali ke rahmatullah pada 1 Syawal, al-Fatihah).

Hari Malaysia angkut my parents shopping di Pengkalan Kubor. Apa lagi, cari pinggan mangkuk cawan Corelle la. Kalau tengok harga di Parkson sini memang nak mampuih rasanya. Kat sana borong habis-habisan. (Sesiapa nak kirim nanti bolehlah :D).

Pengkalan Kubor rasanya masih macam dulu juga. Barang2 lain mahal juga, lebih mahal dari KB pun ada. Cuma barang2 bercukai macam pinggan mangkuk buatan overseas tu murahlah. Itu jela rasanya yang berbaloi datang sini. Kalau nak beli baju ke kasut ke, cari je kat Kota Bharu 🙂

Sepatutnya ikut jadual kami nak balik ke KL hari Jumaat, tapi penat punya pasal, tunda lagi sehari. Jadi hari Jumaat sempatlah bawa anak-anak ke PCB (Pantai Cahaya Bulan) makan seafood goreng2 dan beraya di rumah saudara di Tanah Merah pula. Syukurlah hubungan saudara mara kami masih kuat walaupun cuma in-law2 (bila ada yang dah meninggal dunia).

Hari Sabtu kebetulan Makcik saya ada buat jamuan untuk orang masjid (breakfast) jadi kami join sama isi perut sebelum bertolak. Mak saya pun bekalkan nasi dengan patin masak tempoyak, keli goreng dan ulam untuk perjalanan kami. Sempat beli budu di kedai runcit sebelum gerak 🙂

Perjalanan pulang ke KL pun panjang juga. Sampai Gua Musang,kami divert ke Cameron Highlands. Tak de la jauh pun, dalam sejam je dari Gua Musang. Dapatlah tengok tanah tinggi Lojing. Spent dalam 3 jam juga di Cameron Highlands, sempat shopping madu, sayur, strawberry dan minum teh di ladang Bharat. Turun ikut Simpang Pulai sebab jalannya lebih OK, lagipun baru lepas hujan lebat. Serik lalu Tapah yang macam jalan Jeli-Grik tu.

Kami sampai di rumah jam 10.30 malam, selepas dinner sate di Hentian Jejantas Sungai Buloh.

Long raya journey. Rasa macam ukur satu Semenjung. Itu pun kalau adik ipar saya ada di Ipoh cadangnya nak lajak ke Penang dan Kedah.

Tapi sayangnya kamera kami telah menghilangkan diri. Jadinya raya tahun ni tiada gambar keluarga 🙁

Tapi yang bestnya, dah besar2 gini pun Mak saya masih jahitkan sepasang baju kurung dan tudung raya untuk saya. Uhuk uhuk….

admin Avatar

15 responses to “Hari Raya Aidilfitri Bersama My Super Kids”

  1. Neroecha Avatar

    Meriah mu beraya tapi sayang gambor raya takde..tapi takpe sakan kan

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Kenangan dalam hati lebih bermakna. Cewahhh

  2. Wan Anie Avatar

    raya balik kampung jauh meme letih badan tapi seronok…

    ni lari topik, bila pulok nak wat kursus borong chino? takut terlepas tarikh…

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Kursus China 16 okt pkl 2 ptg. Jgn ketinggalan!

  3. amirah Avatar

    waaa…lamanyaaaa..huhu..balik kuala kangsar pun rasa cam dah krem segala..tapi best wlaupon long journey

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Kalo jalan stress nk sempat sampai mmg krem la gamaknya kn

  4. Afidah Avatar

    owh.. tok pa u meninggal ? sorry i tatau… takziah yer..

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Tok Pa tu my FIL dah 2 thn dia meninggal 😀

  5. fid Avatar
    fid

    tahun depan jika umor masih ada ai nak raya lama lama laa

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Tahun ni pun sempat lagi hehe

  6. masalifah Avatar

    Jalan Grik-Jeli OK jah, comey doh ..hehe

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Jalan mmg comey tp berliku2 mcm ularrp

      1. masalifah Avatar

        buleh test lesen situh..

        jln berliku tp x byk xcdt 😉

  7. transformed housewife Avatar

    semula2 kalu gi Pengkalan Kubor bulihla nok singgoh rumoh kat Tumpat metar. Tok jauh doh tu.

  8. kinna Avatar

    tak ramai ka orang kt pengkalan kubor time2 raya ni?
    sy prefer jeli-gerik-k.kangsar lg dr gua musang-cameron..huhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge