Pada suatu hari Khamis, selepas menghantar anak-anak ke sekolah dan tadika, saya bergegas the sebuah pusat membeli-belah atas satu urusan penting. Disebabkan masa yang mencemburui.. nak cepat kerana nak ambil anak di sekolah pula selepas itu, pada jam 12.30.
Siap urusan jam 12.00 tengah hari, memang terus nak kena ke sekolah anak. Kiranya bajet masa saya memang cukup-cukup untuk tiba di sekolah dia.
Namun, sesuatu yang tak dijangka berlaku!
Kereta saya tiada di tempat di mana saya meletakkannya. Cari di tingkat lain takut tersilap parking, tapi tiada juga. Panik, memang panik, terfikirkan siapa nak ambil anak di sekolah.
Report kepada guard kereta hilang, memang rasa nak menangis. Guard kata tak apa, dia cuba cari.
Akhirnya kereta dijumpai berhampiran pintu keluar.
Saya taknak fikir banyak-banyak akan apa yang telah berlaku. Tapi kejadian ni bagi saya seolah-olah satu peluang kedua. Syukur Allah masih selamatkan saya, peringatan dan pengajaran agar tidak terlalai lagi.
Andainya kereta saya berjaya dicuri tempoh hari, saya tiada orang lain yang nak disalahkan kecuali diri sendiri.
- Saya parking dengan kad Touch & Go, dan kad itu ada di dalam kereta.
- Dalam kereta ada surat yang beralamat ke rumah saya.
- Dan yang paling dahsyat, saya terlupa kunci kereta kerana nak cepat.
Tiga perkara tu dah cukup untuk memberi laluan mudah kepada mana-mana pencuri kereta untuk mengeluarkan kereta saya dari situ.
Kerana itulah saya anggap kejadian ni sebagai peluang kedua. Syukur kerana peluang itu tidak dengan membawa kereta saya pergi. Selama ni selalu dengar kes kecurian kereta akibat sikap sambil lewa pemiliknya, dan akibat meletakkan benda-benda yang membawa pencuri kereta ke rumah (surat, alat GPS), lalu bukan saja kereta, rumah pun dirompak.
Syukurlah, semua itu tidak terjadi. Namun ia takkan saya lupa. Semoga saya takkan lupa.
Sekiranya sesuautu nak terjadi, biarlah kerana kebijaksanaan orang, bukan kelalaian kita. Berwaspada selalu.
Leave a Reply