Inilah akibat yang dihadapi oleh pembaca The Star yang tegar, sehingga terlepas gossip2 hangat artis tempatan. LOL. Nampak sangatlah sape yang suka baca pasal gossip artis lagi jaga tepi kain mereka 😀
Saya pun tak tahu apa-apa tentang gossip hangat yang melanda Fahrin Ahmad sampai beliau menangis-nangis semasa satu sidang media, hinggalah saya baca akhbar Berita Harian siang tadi.
Saya pun tak tahu apa yang disedihkan sangat sehingga lelaki segagah lagi semacho Fahrin boleh menangis. Depan2 orang pulak tu. Eh Abiy pun tak pernah menangis depan ai tau.
Patutlah saya pandang sekilas Harian Metro the other day, tajuk besar ada tulis tentang ‘bekas kekasih Fahrin dedah cerita’ ke apa, something like that lah. Fahrin dikatakan panas baran dan kaki pukul oleh bekas kekasihnya Linda Onn tapi Scha macam no komen sangat je, takut kena saman la tu 😀
Dengar ceritanya Fahrin beri masa 7 hari kepada Linda Onn untuk mintak maaf. Tapi dengar juga benda ni dah jadi kes mahkamah. Fahrin saman Linda.
Apo-apo ajolah. Tak kuasa, kan. Tak kuasa jugak nak follow up 😀
Saya belek2 lagi akhbar The Star tapi tak jumpa pulak cerita diorang ni. kalau ada pun mungkin terlalu kecil dan takdelah sampai jadi main story kat cover page. Dalam mstar.com ade la kot, dalam Malay Section perhaps.
Ada orang kata diorang buat2 scene la, saja bikin gempaklah, Linda Onn fitnah lah, Fahrin ahmad berlakonlah… Apa2 aje la kan.
p/s: Sekarang dah berlambak paper The Star kat rumah. Dulu kitorang subscribe yang online tu je, senang, jimat, paperless.
Leave a Reply