Sejak teknologi komputer dan Internet berkembang pesat, kita terdedah dengan gejala copy paste yang makin berleluasa. Kenapa copy-paste ni saya katakan gejala? Sebab buat orang kompius sumber sebenar idea & penulisan yang mereka baca sampai tak tahu apa basis apa-apa statement.
Contoh paling mudah, kalau student copy paste statement gempaq daripada artikel Prof dalam Internet. Bila dicabar tentang pemahanannya, student tu kantoi tak dapat nak jelaskan. Sebab malas nak pikir tapi nak lulus, maka terjadi isu graduan βlesu mindaβ; not to mention kualiti IPT negara kita juga terjejas sebab hasil penyelidikan yang tak betul2 solid.
Dikalangan rakan-rakan, antara luahan yang saya terima:
- Orang copy paste artikel dalam blognya dalam email untuk diforward ke orang lain tanpa kredit sumber asal. Kantoi sebab ada hyperlink dalam artikel tu ke blog asal.
- Wartawan majalah ternama copy paste salah satu artikel dalam blognya bulat-bulat. Bukan saja tadek kredit sumber asal, malah βditulis oleh (wartawan majalah xyz)β lagi.
- Peniaga online copy paste bulat2 blog (header, konsep, content etc) pesaing yang dianggap berjaya; sebelum diubah mungkin selepas ditegur sebab obvious sangat.
- Kenalan sendiri copy paste model perniagaannya bulat2 (teks jualan, harga, gambar produk etc kecuali hubungi siapa) dalam Facebook.
- Copy paste design T-Shirt lepas korek maklumat mana nak dapat T-Shirt murah tapi kualiti bagus, khidmat printing mana yang bagus etc sebagai anonymous kepada pemilik asal kemudian jual murah by RM1.
Kesan negatif kepada pembaca/pengguna:
- Orang yang dah baca tapi perlukan penjelasan lanjut, tak tahu nak tanya siapa.
- Kualiti penulisan wartawan dalam majalah tak konsisten buat kita mudah keliru.
- Kita tertipu dengan membayar peniaga copy paste (macam beli barang mudah rosak China) dengan harga premium.
Punca utama sebab orang kita belum pandai menghargai nilai kreativiti di samping undang-undang plagiat yang belum difahami. Bagi golongan yang suka copy paste, idea is free dan boleh ditiru sesiapa; macam software or video cetak rompak gak la. Kesan jangka panjang, masyrakat kita gagal dibina oleh asas pengetahuan yang kukuh; kalau makin ramai yang copy paste.
Salah ke copy paste? Bagi saya tak salah kalau kredit sumber asal masih dikekalkan. Selain menggalakkan penulis asal berkarya kreatif, pembaca juga hormat kita sebagai warga beretika. Perasaan hormat akan create trust yang tak ternilai harganya; wic to me is the most important aspect in life, kepercayaan.
Bagi peniaga jangan sesekali copy paste tanpa kredit. Bagi saya, ini hanya akan menjatuhkan maruah kita sebagai peniaga tak beretika sekiranya pelanggan atau bakal pelanggan dapat tahu kita main copy paste. Selain itu, ini juga memberi impresi produk kita tak asli dan jenis 2nd or 3rd grade quality. Tak bagus untuk perniagaan kita, juga negatif kepada air muka kita sendiri.
Apa-apa pun, i think it goes back to how much we value our-self/business.
Leave a Reply