Selepas 3 hari 2 malam di Paris, kami terbang ke Rome. Apa lagi kalau bukan dengan Easy Jet. Tambang murah betul, 20 Euro saja, tapi kena book awal lah.
Nak cari kaunter check-in Easy Jet ni agak mencabar minda juga. Turun bawah naik atas… Kat ceruk airport letaknya.
Yang menariknya bila naik flight bawa baby ni.. Dapat priority seat. Hehe, so tak payah susah2 nak beli seat bagai. Dapat masuk dulu, seat banyak kosong. So memang nasib baik la dapat duduk sebelah-sebelah.
Flight dari Paris ke Rome ambil masa dalam 1 jam lebih. Kat sini banyak plane berlegar-legar di udara.. Terbayang saja scene dalam dokumentari ‘Air Crash Investigation’ >__< apparaaaa Sampai di Rome, jam 6 lebih camtu. Cuaca amat baik. Kalau di Paris tu hujan memanjang. Masa ni dah sangat penat, memang ingat nak tidur je. Tapi luggage pula ada masalah... Lambat keluar. Sabar ajelah kan. Lepas tu kami ambil tren ke stesen Tiburtina, yang mana letaknya hotel kami. Dalam perjalanan ke stesen tren tu, ternampak signboard "Prayer Room". Ohh hati rasa lega nanti ada tempat nak solat. Sampai2 di Tiburtina dah malam dan hujan lebat. Nak jadi ceritanya, silap keluar pintu. Cari2 tak jumpa pintu hotel. Dahlah cuma berpandukan printed Google map. Ada la pulak budak2 melepak yang sangat ramainya. Di Rome ni banyak homeless jadi agak cuak sikit. Yelah kami bawa satu beg je.. Lepas dapat call dari empunya rumah tumpangan tu, barulau dapat direction yang betul. Memang dekat sangat sebenarnya... Tapi kes silap pintu keluar, jadi entah ke mana-mana. Pengalaman sekejap tu pun agak horrible juga hehehe. Maklumlah orang baru sampai disambut oleh kutu-kutu.. Uhuhuh. Tapi bila masuk ke hotel tu rasa terus 'at home'. Memang macam rumah pun, siap ada dapur bagai. Dan yang penting free wifi dengan skrin besar lagi! Siap ada balkoni lagi.
Oh ya, masa di stesen keretapi tu kami dapatkan Roma Pass demi memastikan kelancaran perjalanan di Kota Rom. Memang best sebab tak payah nak beratur2 beli tiket macam di Paris. Tapi OK jugakla di Paris sekali beli dapat 10 tiket, jadi tak payahla nak beratur setiap kali.
Rom juga adalah satu tempat yang sangat menarik dan mengkagumkan! Terutama runtuhan kota Rom purba.. Oh.. Bagaikan dibawa ke zaman silam.
Nantikan pengalaman kami di Rom pula.
||| Email : sauberlina(@)gmail.com ||| Call/SMS : 012-2811136
~ Mencegah lebih baik dari mengubat. Bak Sabda Rasulullah, perut punca segala penyakit, jadi mari pastikan kita makan makanan yang baik2, halal dan tinggi khasiat ~
insya-Allah, biidznillah
Leave a Reply