Lee Chong Wei Kalah Bermaruah

admin Avatar

You are the man!

Itu sajalah yang dapat saya katakan kepada Dato’ Lee Chong Wei lewat pingat perak yang dimenangi beliau selepas tewas di tangan Lin Dan dari China dalam acara badminton Olimpik London 2012.

Saya tak pernah menonton games badminton secara berterusan sejak perlawanan untuk piala Thomas zaman2 anak-anak Sidek dulu.

Namun malam ni, mungkin sebab kami sekeluarga berkumpul selepas berbuka puasa. Maka beramai-beramai menyaksikan perlawanan sengit ni sebelum sama2 bersolat terawih.

Say tak pernah follow games CHong Wei dan Lin Dan sebelum ni. Walaupun kata orang mereka ni kalau tak rubber set tak sah, tapi saya mengharap juga kejutan straight set dari Chong Wei selepas beliau menang set pertama.

Ia adalah perlawanan buku bertemu ruas. Dua-dua sama hero, sama hebat. Adakalanya tersasar namun kedua-dua cepat pick up balik.

Bila Chong Wei tewas 19-21 dalam set terakhir, rasanya kawan2 di Twitter dan FaceBook saya semuanya bertepuk tangan dan terharu atas prestasi yang ditunjukkan beliau.

Malah sangat *crying* bila Chong Wei menulis di Twitternya ‘I’m sorry’

lee chong weiSaya tak pernah faham tentang – sukan itu perpaduan – sehingga malam ini. Nampak semangat satu negara bila ramai-ramai menyatakan sokongan terhadap Dato’ Lee,  sampaikan #ThankYouLeeChongWei jadi top trending topic dalam Twitter.

lee chong wei olimpik london 2012Saya ni bukan kaki Twitter tapi jadi semangat pula sikit 😀

Saya amat kagumi semangat juang kedua-dua Chong Wei dan Lin Dan. Mana2 ahli sukan yang beraksi secara langsung pun worth my kagum. Bagi saya yang pemalu ni, adalah sangat stress bila dilihat oleh semua orang. Agak mustahil untuk saya lari dari perasaan cuak. (Kan? Tuhan tengok tak cuak pulak hehe). Mungkin sebab itulah saya cuma jadi seorang blogger yang tidak dkenali. Hehehe.

Tagged in :

admin Avatar

2 responses to “Lee Chong Wei Kalah Bermaruah”

  1. irfa Avatar

    SAYA TAK TGK GAME MALAM TU
    SIBUK BUAT APA TAH.HUHU
    TAPI MASA NAK DTG KEJE TGK RAMAI YG TUNGGU BELIAU KAT APT KLIA NI..SO SEMPATLAH INTAI BELIAU DR JAUH 😉

  2. Aniqbukhary32 Avatar

    Walaupun DLCW kalah dalam memburu emas pertama Malaysia, tetapi beliau tetap menang di hati rakyat malaysia…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge