Felt craft, aktiviti yang menyeronokkan untuk sekeluarga sekali lagi akan tiba di Scriptory Box pada hari minggu ini. Ibu bapa yang mungkin belum ada perancangan untuk beraktiviti bersama anak-anak bolehlah menyertai kelas felt craft yang dianjurkan bersama Sekoci Norlie pada 11 dan 12 Disember ni (esok dan lusa).
Sekoci Norlie pernah mengadakan program membuat felt craft di Kids Fair yang diadakan di KL Convention Centre baru-baru ini.
Felt craft, bagi yang tak tahu adalah membuat kraftangan dari kain felt.
Macam-macam projek yang boleh dibuat bersama anak-anak tersayang dengan kain felt ni.
Mungkin ada ibu bapa yang masih ragu-ragu, mungkin sebab anak masih terlalu kecil untuk mengikuti program ni. Tak apa… itulah sebabnya kami mengadakan aktivti keluarga. Supaya pengelibatan dari ibu/bapa dan anak-anak tu. Jadi lepas ni ibu/bapa sendiri boleh buat felt craft di rumah bersama anak-anak. Bayi pun boleh ikuti kelas ni. Tentu mereka seronok bila lihat hasil kerja tangan ibu/bapa mereka.
Bagi anak-anak yang dah agar besar, inilah masanya nak mengajar anak cara-cara menggunting, memasukkan benang dan jarum… jangan risau sebab anak seawal 3 tahun dah boleh melakukannya.
Jika anda berminat untuk mendaftar boleh hubungi Puan Norlie di (012) 331-2416 atau email sekocinorlie@gmail.com.
Maklumat kelas felt craft:
Dec 11: 9.30am-12.30pm
Dec 11: 2.30-5.30pm
Dec 12: 9.30am-12.30pm
Dec 12: 2.30-5.30pm
Tempat:
Wisma Bling Lustre
47 Jalan 3/1
Tanming Boulevard
Taman Meranti Jaya
Puchong
Ayuh ibu bapa prihatin, jom kita ber-felt craft bersama anak-anak!
Untuk melihat hasil kraf Sekoci Norlie boleh melawat blog beliau di http://sekocinorlie.blogspot.com.
*Foto ihsan Parenthots dan Sekoci Norlie
Leave a Reply