Faizal Yusof Meninggal Dunia

admin Avatar

Saya telah mendapat SMS dari seorang teman yang bertanya “Betul ke Faizal Yusof meninggal dunia?”. Saya kata saya tak tahu, saya bukan wartawan hiburan 😛

Disebabkan rasa ingin tahu saya telah mencari maklumat di internet tentang kematian Faizal Yusof dan berjumpa dengan berita ini di meow.my.

meow.my faizal yusof meninggal

Lepas tu pulak sis Arin update status di FB bertanya tentang benda yang sama.

arin yaacob faizal yusof meninggal

Tapi saya masih belum dapat sebarang pengesahan lah, adakah benar Faizal Yusof meninggal dunia di Pusrawi jam 2.30 petang tadi akibat serangan jantung.

Faizal Yusof ni (bekas suami Siti Nordiana) adalah antara pelakon yang suka tengok lakonannya. Saya rasa beliau boleh bawa semua watak, termasuk watak perempuan dalam drama Zack ke Zarina (atau apa ye? lupa pulak tapi rasanya nama watak tu Zarina).

Apa-apa pun takziah dan al-fatihah buat Allahyarham Faizal Yusof. Di kala kita semua excited menyambut tahun baru, beliau dijemput Allah.

Ada 2 benda yang buat saya tersentuh:

1) Kematian Faizal Yusof secara tiba-tiba di usia yang masih muda (saya tak pernah dengar arwah sakit).

2) Kematian beliau dikatakan kerana serangan jantung.

Seingat saya, sejak2 Arwah Hani Mohsein meninggal dunia secara tiba2 akibat serangan jatung, ramai orang2 popular yang meninggal di usia muda akibat serangan jantung. Yang terbaru ialah Allahyarham Shamrin Fotograf yang meninggal selepas bermain bola sepak.

Sangat menginsafkan.

1) Kematian boleh datang tiba2, atas apa jua sebab.

2) Sakit jantung adalah antara pembunuh senyap yang datang mendadak.

Sekiranya ia benar, sedekahkan al-Fatihah buat arwah Faizal Yusof, semoga beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.

Sesungguhnya kematian itu adalah satu peringatan bagi mereka yang mengambil pengajaran..

admin Avatar

12 responses to “Faizal Yusof Meninggal Dunia”

  1. transformed housewife Avatar

    salam Lyna,

    kalau betul. AL-fatihah utk arwah. knur suka tengok dia berlakon.

  2. kakyong Avatar

    AlFatihah,
    memang betul, PakNil ade tweet pasal ni kan…

  3. arin Avatar

    itu la sakit jantung ni pembunuh dalam senyap.baru semalam dok tengok iklan drama dia.
    al fatihah..

  4. fid Avatar

    latest ai tgk dia dalam Tiramisu jd abg ipar sharifah amani

  5. dodie Avatar

    Al-fatihah kepada arwah dan takziah kepada ahli keluarga beliau, semoga Allah mencucuri rahmat kepada arwah.

  6. farr Avatar

    al-fatihah.
    berita ni saye dgr from hubby.
    lepas maghrib td saye tertido.
    hubby kejutkan…
    bukak mata je, dia kata ex-husband nana meninggal.
    terkejut dibuatnye.

    hidup hanya sementara kan?

  7. mama faiz Avatar

    alfatihah… tulah serangan sakit jantung tak kire usia…jadi kalao sape2 kolstrol tinggi..beware la ye.gi rajin2 buat check up….marila sempena tahun baru..kita amalkan gaya hidup sihat..bukan lagi pilihan…huhu

  8. sya Avatar

    alfatihah kpd arwah..

    saya dengar kat berita tv3 semlm.. terkejut kami (sekeluarga) sebab kami mmg suka tgk lakonan arwah.. apepon, takziah kpd ahli keluarga arwah..

    1. mun Avatar
      mun

      memang bez dia belakon.saya suka sangat lakonan dia,lawak salam takziah padanyer

  9. K-Baby Avatar

    Salam dear Mommy,
    I’m honored to invite you to join our giveaway in conjunction with the launch of our online baby shop. You could stand a chance to win a cute slogan tee for your beloved lil one. Do drop by our blog. Many thanks ya.
    mykedaibaby.blogspot.com

  10. Ali ridha Avatar

    usia muda pun boleh kena sakit jantung.

    Al-fatihah…………….

  11. salzahari Avatar
    salzahari

    ye..antara pelakon lelaki yg sejuk mata memandang, x nmpk kekwat dan berlakon pun ok laah..tak kayu, tak gatal dsb. Watak paling diingati dalam Adamaya, sbg Dhani .

    Dah ajal dia, meninggal di kala namanya sedang naik!

    Alfatihah………

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge