Saya telah mendapat SMS dari seorang teman yang bertanya “Betul ke Faizal Yusof meninggal dunia?”. Saya kata saya tak tahu, saya bukan wartawan hiburan 😛
Disebabkan rasa ingin tahu saya telah mencari maklumat di internet tentang kematian Faizal Yusof dan berjumpa dengan berita ini di meow.my.
Lepas tu pulak sis Arin update status di FB bertanya tentang benda yang sama.
Tapi saya masih belum dapat sebarang pengesahan lah, adakah benar Faizal Yusof meninggal dunia di Pusrawi jam 2.30 petang tadi akibat serangan jantung.
Faizal Yusof ni (bekas suami Siti Nordiana) adalah antara pelakon yang suka tengok lakonannya. Saya rasa beliau boleh bawa semua watak, termasuk watak perempuan dalam drama Zack ke Zarina (atau apa ye? lupa pulak tapi rasanya nama watak tu Zarina).
Apa-apa pun takziah dan al-fatihah buat Allahyarham Faizal Yusof. Di kala kita semua excited menyambut tahun baru, beliau dijemput Allah.
Ada 2 benda yang buat saya tersentuh:
1) Kematian Faizal Yusof secara tiba-tiba di usia yang masih muda (saya tak pernah dengar arwah sakit).
2) Kematian beliau dikatakan kerana serangan jantung.
Seingat saya, sejak2 Arwah Hani Mohsein meninggal dunia secara tiba2 akibat serangan jatung, ramai orang2 popular yang meninggal di usia muda akibat serangan jantung. Yang terbaru ialah Allahyarham Shamrin Fotograf yang meninggal selepas bermain bola sepak.
Sangat menginsafkan.
1) Kematian boleh datang tiba2, atas apa jua sebab.
2) Sakit jantung adalah antara pembunuh senyap yang datang mendadak.
Sekiranya ia benar, sedekahkan al-Fatihah buat arwah Faizal Yusof, semoga beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.
Sesungguhnya kematian itu adalah satu peringatan bagi mereka yang mengambil pengajaran..
Leave a Reply