Tidak ada perkataan dapat menggambarkan perasaan bila tengok anak kita membesar dengan baik dah sihat. Hensem plak tu hehehe. Lagi2 kalau masa kelahiran dia dulu kita pernah fikir nak tanam dia kat mana!
Sekarang dah besar dah budak ni. Dah pandai bertatih, mula nak bercakap, pandai makan sendiri walaupun badan saiz S dan kepala masih botak 😀
Orang kata Fahry ni membawa rezeki. Alhamdulillah. Walaupun kami tak ada la baik sangat, tapi rezeki Tuhan tu, dan nasib baik menyebelahi tu… rasa cam tak sepadan dengan amal bakti yang kami buat T_T Maha Pemurahnya Allah itu.
Fahry sekarang kalau nampak kaki palsu dia, dia dah tahu cakap “Kaki Adik”. Saya bagitau Abiy, sekarang ni dia tak pandai tanya lagi,nanti dah pandai tanya mesti dia tanya “Kenapa Adik kena pakai kaki palsu?”.
Bila makan kat luar, taknak duduk dalam high chair, kecuali dalam keadaan tertentu. Jarang betul nak ada keadaan tertentu tu. Biasanya dia duduk atas kerusi macam ni je. Perasan besar.
Fahry kalau balik kampung jadi perhatian. Orang nak tengok dia, nak tengok kaki palsu dia… kawan2 Tok Ayah pun teringin nak jumpa Fahry. Lagi2 sejak Fahry keluar dalam Metro, doktor2 kat tempat Tok Ayah seronok sebab publisiti untuk budak2 kecil pakai anggota palsu (bukan publisiti Fahry). Kata mereka, biasa yang datang jumpa diorang dah 2-3 tahun, sepatutnya budak2 bawah setahun yang tak cukup anggota boleh refer ke hospital terus. Mungkinla bagi mereka yang kurang informasi, tak tahu bila masa sesuai untuk budak2 pakai anggota palsu. Tapi di kalangan kenalan saya, dari baby2 lagi memang dah refer.
Fahry tengah demam panas, tapi aktifnya macam biasa. Bawa ke doktor, katanya ada sikit2 nak kena pneumonia. Maklumlah budak premature ni memang camni lah.
Leave a Reply