Fahry memang over. Gila glemer ke ape? (perasan glemer la pulak).
Teringat saya kisah dulu2, kelahiran Fahry yang membawa kepada macam2 tanggapan dan tohmahan. Lantaklah tu semua saya tak kisah pun. Tak kurang yang bersimpati tapi saya kata “Takpe2, kami okay” 🙂 Ye lah, ramai lagi kat luar sana yang bukan aje perlukan simpati tapi juga bantuan… isk3x… saya hairan ke mana pergi duit zakat tiap2 tahun berjuta2 tapi diorang2 ni (mereka yang sakit+susah di luar sana) cuma bergantung harap pada bantuan JKM RM75 sebulan tu… (OK memang saya tak tahu ye, itu semua datang dari pembacaan je… orang yang susah betul2 tu biasanya cakap depa dapat bantuan JKM je). Kesian tau,untuk dpatkan jumlah tu pun kena begolok gadai nak naik teksi pegi JKM. Kalau saya RM75 tu habis kat minyak kereta je (er… seminggu dua la, bukan sehari.. macamla pakai Mercedez).
Fahry.. syukurlah Allah kurniakan dia kepada kami. Tuah pada dia dan tuah pada kami. Pada dia kerana kami mampu sediakan keperluannya… sekurang2nya Fahry mendapat rawatan yang terbaik yang mampu kami sediakan… di luar sana ramai lagi yang tak berupaya nak pergi hospital sebab takde duit. Dan Fahry diterima oleh seluruh ahli keluarga kami. Kat luar sana ramai anak2 OKU yang tak diterima keluarga sendiri. Dan di pihak kami, orang kata rezeki anak-anak.. dari zaman Hafiy hinggalah ke Fahry, rezeki ALlah tak putus2.
Anak-anak pembawa rezeki. Syukurlah. Setiap mereka adalah turning point dalam kehidupan kami. Yang nombor 3 tak tahulah apa pula ya. Bila tu? Hahaha. Lambat lagi kot. Abiy kata tunggu Fahry pandai jalan. Sekarang ni pegang2 bole lah, sendirian berhad tu belum lagi.
Hafiy pun makin hari makin ‘matang’ tapi kadang2 mencabar kesabaran. Maklumla budak2… kadang2 dia saja ‘buat2 notty’ sebab nak suruh ABiy dan Mommy marah? Hehe.
Ramai yang tanye (yang anak 1 la, yang anak ramai tak teringin deh nak tanye2 saya dah), macamana handle dua anak? Mind you that I dont have helper dan kerja 24 jam 😀 wah macam seven eleven plak aku.
Saya kata orang lain anak 5 pun rileks je jaga anak sorang2 (merujuk kepada rakan saya, Asiah Abdul Jalil). Takkan le saya baru 2 orang pun tak terhandle kan? Malu lah kat orang kalau kecoh2 kata anak dua orang tak terhandle (tapi rumah memang huru hara cap tongkang kena blender).
Lagi2 bila anak saya kedua2 ni jenis yang ‘tak boleh tak tengok Mommy’. Asyik nak berkepitt je. Yang sulung tu nak berdokongg je. Tapi untuk tak berbuat apa-apa dengan alasan ‘anak’ tu tak ada dah dalam diari hidup saya. Yes, I was there, once. Sebenarnya bila dipikir2 itu adalah alasan jalan keluar untuk ‘malas’. Hahahaha.
Anak2 saya tahap berkepit sampai masuk-toilet-pun-kena-bawa, dan sekarang ni kalau saya mandi ke apa ke haruslah dengar ketukan dan jeritan dari luar secara paduan suara.
Tapi itu bukan alasannya kan. Pengorbanan tu penting! Bagi saya la.. sebab anak2 saya tido lewat. Tu la jadinya saya kena berjaga malam. Saya selalu bertanya2 pada diri sndiri “Apsal la anak2 aku ni tak macam Izzah anak Little Mama tu, pukul 8 dah tido. So maknye pukul 10 dah boleh tido”. Anak saya?? Pukul 10 adalah malam masih muda. Dan kalau ikutkan hati si Hafiy, pukul 3 pagi pun masih melompat lagi. Tapi tu lah… kalau tak dipecahkan ruyung, mana nak dapat sagunya. Man jadda wa jad.
Kalau tak sanggup nak berkorban sekarang, bila lagi? Esok anak kita makin besar dan makin ramai, sekurang2nya sekarang dia belum pandai cakap lagi & tak reti nak meluahkan perasaan secara bertulis. Besok2 nanti dia pandai komplen, lagi laaa kita rasa bersalah. Pulun hari ni untuk satu masa nanti kita dapat spend lebih banyak masa berkualiti dengan mereka…
Tapi ape2 pun bergantunglah kepada preference seseorang. Ada orang dia suka kehidupan yang stabil sepanjang masa, ada orang yang bersusah2 dahulu bersenang2 kemudian, ada yang memang lahir2 dah senang so dia tak heran ape ke hey nya usaha2 macam nak terlungkup ni. Saya ni orang kampung je… Pulak?
Pssst.. kepada yang ‘risau’kan Fahry, takpe insya-Allah Fahry akan jadi seorang yang hebat. Sekarang pun hebat apa 😀 tak caya tanya cikgu dia kat taska.
Leave a Reply