,

Fahry Cacat tapi Tak Sakit…

admin Avatar

Sejak2 cerita Fahry keluar dalam Mingguan Wanita April lalu, saya selalu ke kedai majalah, membelek2 Mingguan Wanita di ruangan yang sama. Mungkin terasa ada ‘bonding’ antara kami, walaupun tak pernah kenal siapakah yang kisahnya tersiar dalam MW saban minggu.

Minggu ini pun seperti biasa saya membelek2 majalah yang covernya Lisdawati tu(sebelum beli lah), tersentuh hati melihat adik Aiman. Teringat pada anak2 saya. Membaca luahan hati bapanya cukup buat saya tersentuh. Membaca tentang adik Aiman yang teringin kereta kawalan jauh, membuatkan saya rasa dan-dan tu jugak nak belikan untuk dia.

Memang tak dapat tahan sebak, saya ke ATM untuk memindahkan apa yang ada kepada ayah beliau. Tapi apa yang saya dapat ialah ‘account is invalid’. Saya terus SMS Kak Netty (wartawan MW) untuk dapatkan nombor akaun En Zaim, mana la tahu silap cetak ke sebab saya check berkali2 memang dah betul yg saya key in.

SMS reply Kak Netty:

“Lyna adik tu semalam meninggal dunia….”

Ya Allah.. mengalir airmata saya walaupun itu bukan anak saya. Saya tak pernah rasa macam ni. Sebelum ni (sebelum jd ibu Fahry) bila tengok anak2 yang sakit, yang cacat, etc.. saya tak rasa. Saya cuma rasa simpati, saya takde perasaan empati, ataupun perasaan “Ini anak saya”. Tapi sejak2 ada Fahry, saya mudah tersentuh dengan anak2 ini… malah kalau belek ke muka sebelah (sebelah cerita allahyarham Aiman), ada cerita tentang Aqil. Ibu dia Shasya sekarang jadi kawan saya.

Terasa mereka ini anak2 saya. Tak tahu kenapa.. mungkin sebab itu Allah bagi Fahry kepada saya. Supaya hati saya lebih lunak dan lembut dengan perasaan empati. Setiap kali tengok anak2 dengan tiub, dengan muka pucat, etc…  saya terbayangkan anak saya.. Fahry pernah macam tu, dan Allah saja tahu perasaan saya. Saya pernah merasakan perasaan “Bagaimana kalau umur anakku tak panjang?”.

Sedih sangat.

Marilah kita sedekahkan al-Fatihah buat anakanda Aiman Mohd Zaim. Saya tak kenal dia, dan dia pun takkan kenal saya sampai bila2. Tapi saya rasa dia macam anak saya.

Beli la Mingguan Wanita minggu ni  kalau nak baca tentang allahyarham Aiman dan kisah Aqil. Sambil2 tu beli la Majalah Rapi sekali, yang 1 Mei tau. (Hahaha bengong dan lagi nak promote).

*nangis ni depan2 orang hampehhhh*

Saya terbayang2 wajah Aiman, dan kaki arwah… teringat pada kaki Fahry. Tapi kaki Fahry tanggal bukan sebab organnya malfunction. Fahry sihat… dia cuma cacat tapi dia tak sakit… Sedihnya… ni kalo Abiy tahu saya nangis depan2 orang ni mesti dia gelak. Hehe. Tak boleh tahanlah…

Tagged in :

admin Avatar

29 responses to “Fahry Cacat tapi Tak Sakit…”

  1. nieda Avatar

    bila dah ada anak mmg sensitif..naluri keibuaan tetap ada. Kita yg mengandungkan mereka, menahan sakit untuk melahirkan mereka mestilah sayangkan..Alfatihah untuk arwah..

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      itulah, in the same boat so kita tau apa seorang ibu rasa 🙂

  2. zaila / Mari Kelih Store Avatar

    jangelah sedih..ALLAH maha Mengetahui apa yang terbaik buat mereka & kamu..Meme kalu kito xdok di tempat mereka, kita tak akan merasainya tapi kalu pernah lalui, pasti kita akan lebih sensitif & merasai apa yang mereka lalui..
    herm, aku xpandai berkata2lah meklong cuma aku harap mung bahagia;)
    jange sedih2
    .-= zaila / Mari Kelih Store´s last blog ..Tips Memilih Pasangan Khas Buat Si Dara =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      harusla sedih mu…. anok deme selesemo pun ado setengoh ore sedih supo gapo, ni pulok anok sakit kronik…

      cubo mu tera imejin.

  3. faznfaz Avatar

    Salam….

    Baru tadi beli MW kat KPJ Selangor, sajer buat hilang boring sementara nak jumpa pead Faheem. Nampak arwah Aiman punya cerita, tapi x sanggup nak baca…. Tiba-tiba dah meninggal…. Innalillah…. Moga arwah lebih bahagia di syurga sana….
    .-= faznfaz´s last blog ..We Live For This Moment… =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      ya lah,

      syurgalah tempatnya. *sedih sgt… Arwah sgt kecik walaupun dah umur 5 tahun. tengok macam Hafiy je…

  4. aiDiena Avatar

    Sedihnya.. hanya seorang ibu memahami hati seorang ibu… Al- Fatihah.. 🙁
    .-= aiDiena´s last blog ..Datok Tok Mana??! =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      kan?

      al-Fatihah buat arwah

  5. Masayu Avatar

    Lyna

    selalu nya kami (wartawan), acapkali kalau perlu temu ramah anak-anak cacat, orang sakit, orang miskin dan sewaktu denganya mata berkaca-kaca sambil menulis…

    ada seorang senior saya, kak noly namanya, kami panggil ratu air mata. Apa nya tidak, baru mahu intro dia sudah tidak boleh tahan-tahan sudah menangis-nangis, bercucuran air mata beriya-iya pula menangis, macam mana tu – (kadangkala jadi bahan lawak kat pejabat)

    tetapi selalunya saya banyak insaf terutama apabila berdepan dengan situasi anak-anak istimewa, banyak yang boleh diambil iktibar dan pengajaran
    .-= Masayu´s last blog ..Sesiapa yang mengusahakan butik atau bisnes online, sila tinggalkan jejak di sini! =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      memang harus menanangis2 kalo yang senang nangis kan kak. yang baca ni pun nangis bercucuran, ni kan pulak yang pegi tengok, yang tulis, yang jumpe… uhuhuhu~

  6. Mama Zharfan Avatar

    sedihnya…i sejak bergelar ibu dan sejak my dad passed away last year, air mata jd murah dan mudah jer mengalir bila baca/dgr/tgk psl citer2 yg melibatkan baby/kematian 🙁 🙁 ni pun dh bergenang air mata ku..
    .-= Mama Zharfan´s last blog ..Mixed feelings on my bday… =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      hati ibu… jadi sensitif kan dgn benda2 gini

  7. khairul Avatar

    amin…mudah2an ALLAH rahmati anak2 ini….amin yarabbal alamin
    .-= khairul´s last blog ..bosan bekuasa!! =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      amin ya rabbal alamin..

  8. Ina Avatar

    alfatihah untk aiman. i xpernah merasa menjaga anak istimewa atau sakit teruk. tp i dh merasa kehilangan anak. sedih bila baca cerita2 org kehilangan anak atau sakit dan sebagainya. moga mak ayah nya sabar n tabah.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      in the same boat tapi berlainan class. ceh, ape pulak class2 ni. 😛

  9. mommyyus Avatar

    Al Fatihah untuk arwah Aiman Mohd Zaim..

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      semoga arwah menjadi pembimbing ibu bapanya kelak di sana

  10. nadnye Avatar

    Al fatihah jugak untuk Aiman.. sedih bila anak takde walau macamana pun anak tu dia tetap anak kita..
    .-= nadnye´s last blog ..Mak minta maaf… =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      inilah namanya kasih ibu hingga ke syurga… uhuhuhu

  11. zety zainal Avatar

    mommy lyna, nak tau x..saye ni kan slalu cengelat (bahse ape ni?) klu beli mag yg ade citer sedey2 psl citer2 mcm ni saye mmg skip utk bace,sbbnye..saye mmg xtahan ..lagi2 sejak bergelar ibu,paper pon klu kuar gamba bb kene buang mmg saye xbace,jeling sikit je sambil makihamun sumpah seranah org2 x bertggjwb tu..huhu..tp citer mommylyna dlm MW aritu zety bace =)
    .-= zety zainal´s last blog ..Crazy Sales For Mommies – 1st Blog Anniversary GiveAway. =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      kalo tak cengelat (hah, bahasa ape ni, ekekkee) kang hari2 bengkak plak mata ekekeke.

      cite saya cite happy2, jamin tak tangkap leleh punya 😛

  12. Rai Avatar

    Sejak-sejak jadi ibu ni selalu je sayu hati tengok anak-anak yang kurang bernasib baik..baik yang dilahirkan dalam keadaan istimewa,yang kena dera mahupun yang lahir-lahir je terus kena abandon dengan ibu dia..semalam terbaca satu baby lahir sangat istimewa..muka tak sempurna..mak bapak dia tak dapat terima hakikat dan taknak terima dia..kesian baby tu…
    .-= Rai´s last blog ..Set Bersalin – Amway’s Tropical Herbs =-.

  13. nadiea Avatar

    al-fatihah buat adik aiman… brp umur dia ek??huhuhu
    saya lagilaaa tak tahan.. kalo ade berita2… cerita2… psl anak2 sy sama bayaa dgn anak2 saya… kdg tak sanggup laa nak tgk! masih tigt ade 1gambar di suratkhabar, sorg bapa menangis 3org anak kecil dia mati di palestin.mmg tak tahan tgk gambor tu… terbayang anak2 tu sebaya dgn anak2 sy.. mcm mana agaknyer kalo sy yg menghadapinyer… mmg ibu2 yg ade anak istimea+anak tak sehat saya salute habisla! bukan senang nk tempuhnyer…
    .-= nadiea´s last blog ..~TAG – pangkalnya… N …!!~ =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Arwah umur 5 thn tp badan dia kecik je..

  14. isabelle Avatar

    nape orang laki selalu gelakkan kita emo ekk? mcm la diorg xde perasaan gak.
    my hubby dulu ckp, i emo kalo tgk astana idaman…hahaha (apekah?) eh, terkuar tajuk ekk?
    .-= isabelle´s last blog ..Five =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Astana idaman tu ape? yg cite Azhar Sulaiman tu ke?

  15. aidie Avatar

    Al-Fatihah…anak kita jatuh, tersepit tangan, kuar darah sikit pun dah tersentap..

    confession : i pernah nangis bila tangan Muqtasaem berdarah terkepit pintu..huhuhuh
    .-= aidie´s last blog ..Bila Ustazah bertanya =-.

  16. farah Avatar

    isk lyna..saya rase naluri ibu memang mcm ni..takleh tgk anak sape2 pon sakit..sayu sgt hati ni..alfatihah utkk adik aiman.
    .-= farah´s last blog ..Daddy’s new ride =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge