Erti kemerdekaan?
Tiap-tiap tahun kalau tiba hari kemerdekaan 31 Ogos mestilah skrip yang sama saja diulang.
“Kita masih dijajah secara pemikiran”
“Kita masih belum merdeka dari budaya2 yang tak elok, maksiat dan sebagainya”
Kadang-kadang naik boring baca entry tentang Hari Kebangsaan, semua pun cakap tentang benda yang sama saja. Dan sama je tahun lepas, 2 tahun lepas, 3 tahun lepas, tahun depan pun benda sama juga.
Sedarlah wahai rakyat Malaysia kita ni memang dah 53 tahun merdeka dari penjajah. Yang disambut setiap tahun 31 Ogos itu ialah bebasnya kita dari pentadbiran penjajah, bermulanya era pemerintahan sendiri… bukan meraikan merdeka dari segi pemikiran ke budaya ke… kalau nak tunggu semua tu memang takkan sambut merdeka selamanya lah kita. Pemikiran semakin hari semakin celaru, budaya semakin hari semakin pelik.
Menghayati makna kemerdekaan itu bukan dengan melihat di tepi2 jalan, budak2 muda melepak, anak-anak gadis berbaju tak cukup kain, budak2 dadah saling cucuk mencucuk, kemudian melihat taiko-taiko saling suap-menyuap dan si miskin terus merana…. dan sebagainya… dengan perasaan sedih tak tau nak buat apa.
Merdeka bila diterjemah maksudnya independent. Independent ialah kata berlawanan bagi dependent. Dependent bermakna kita bergantung kepada orang lain. Independent ialah berdiri atas kaki sendiri-berdikari. Di sebalik melihat fenomena alam dan manusia yang penuh dengan kesedihan itu kita merdeka untuk melakukan sesuatu. Kita bebas untuk berbuat apa yang kita rasa perlu.
Mungkin satu benda yang paling mudah nak dibuat ialah dengan bersedekah kepada si miskin, dengan sedekah bukan saja dapat meringankan beban mereka, malah menjalinkan ukhwah (jika yang disedekah itu adalah kenalan atau saudara-mara),membersihkan harta kita dan menarik rahmat Allah. Akan tetapi tak ramai antara kita yang mempunyai perasaan merdeka untuk membantu mereka ni (dari segi sedekah) kerana dalam pemikiran kita masih dependent (bergantung) kepada duit itu juga.
“Kalau aku bagi kang, aku pulak tak cukup duit nak makan”
“Nak sedekah kat orang? Aku pun perlukan sedekah ni ha”
“Boleh percaya ke dia ni? Kang aku bagi sedekah dia buat pegi berjudi ke, berjoli ke”
“Bagi singgit je lah.Orang lain pun bagi singgit jugak. Takpeee, asal ikhlasss”
… adalah antara halangan2 untuk kita bersedekah.
Itu contoh je ya. Sedekah tu macam benda paling mudah nak buat. Kat Maybank2U pun boleh buat. Kalau benda lain-lain tu lagilah tak masuk akal kalau nak buat kan. Ini bersedekah pun susah, apa lagi nak join volunteer buat kerja-kerja amal.Alah toksah cakap sedekah wang ringgit, sedekah senyum pun susah. Kadang rasa nak hempuk je cashier kat kaunter bayaran dengan cash machine tu bila layan kita dengan muka masam macam nak makan orang. Takmo senyum sila jangan buat kerja yang berkaitan dengan orang ya. Sila jadi penjaga zoo.
Kita yang masih belum merdeka sebenarnya. Masih mengharapkan pihak tertentu yang buat perkara2 tertentu. Memang betul kerja mereka, contohnya Jabatan Kebajikan Masyarakat atau wakil rakyat untuk mengambil tahu hal ehwal orang-orang susah. Tapi secara peribadi kita bebas untuk membantu sesiapa saja. Tapi kita tak buat. Sebab kita rasa bukan kerja kita.
Siapa yang masih belum merdeka sebenarnya?
Nota kaki : Sedekah dan membantu orang lain itu banyak faedahnya. Sabda Rasulullah “Barangsiapa ingin doanya terkabul dan dibebaskan dari kesulitannya hendaklah dia mengatasi kesulitan orang lain (tolong orang)” [HR Ahmad]
Leave a Reply