Duit Raya – Bebanan Atau Peluang

admin Avatar

“Nak beri berapa ya? Kalau sikit sangat nanti dikata kedekut. Kalau bagi banyak, pokailah aku”

Antara dialog biasa menjelang raya.

Adakah pemberian duit raya satu bebanan? Ada yang terasa berat bila tiba hari raya dengan amalan pemberian duit raya,

“Raya sepatutnya hari yang gembira tapi menyusahkan pulak kena beri duit raya bagai”, pernah dengar dialog semacam ini.

Adakah pemberian duit raya satu bebanan?

“Beri saja berapa pun asalkan ikhlas”… adalah konsep dalam pemberian sedekah atau hadiah.

Tapi jarang yang mengaplikasikannya dalam pemberian duit raya. Mungkin kerana duit raya memang dah jadi acara ‘wajib’ setiap tahun jadi bagi mereka yang dah bekerja, suka atau tak, duit raya kena bagi, nanti dikata orang kedekut.

Lagi pula jumlah pemberian duit raya sering disebut2.

“Kak Chik tu engineer, mesti banyak duit raya dia beri”
“Jangan lupa beraya dengan Mak Pah tu, tahun lepas dia beri RM10, tahun ni mesti lagi banyak”
“Mak Long beri RM5, Pak Ngah beri RM10, Mak Teh beri RM50. Wah bestnya! Sayang Mak Teh”
“Eleh Cik Mat ni beri lima posen je??? Baik takyah bagi”

Nak berikhlas pun susah bila pemberian kita disebut2 dan dibanding2. Duit raya yang sepatutnya jadi hadiah untuk menggembirakan kanak2 dipandang sebagai bebanan dan elemen yang tidak berapa gembira bagi si pemberi sebab beberapa kriteria yang kena diikuti.

Sebenarnya pemberian duit raya adalah peluang untuk meneruskan amalan sedekah yang biasa dilakukan pada bulan Ramadhan (sekurang2nya dengan menunaikan zakat). Duit raya adalah hadiah kepada kanak2, terutama adik2, anak2 dan anak buah sendiri, walaupun pada pandangan mereka ialah pemberian wajib. Namun sebagai orang dewasa, ikhlas dalam memberi duit raya, pasti akan dapat balasan berlipat ganda berbanding kalau asyik mengeluh kerana terpaksa sediakan duit raya.

Menggembirakan kanak2 adalah sunnah terutama menjelang Aidilfitri setelah kita melalui bulan Ramadhan yang penuh ujian, nyatakan kesyukuran dengan berkongsi rezeki dengan yang lain. Berganda2 pastinya pembalasan kebaikan buat kita atas harga keikhlasan.

admin Avatar

6 responses to “Duit Raya – Bebanan Atau Peluang”

  1. salzahari Avatar
    salzahari

    ye..i bagi seikhlas yg i rasa mampu. dulu belum kahwin,bg Rm5.00 kat anak2 sedara. skrg dah kahwin, family jd besar dah kurang balik! hehe..tp ikut juga budget tahun tu,kalau ada bonus mmg bagi jgk Rm5.00! i nak buat 1 entry juga psl duit raya ni…hehhee,mcm2 laa budak2 skrg!!

  2. Neroecha Avatar

    Bagi ikut kemampuan diri sendiri..alhamdulilah tahun ni dpt ku memberi duit raya pada parent, mil, adik beradik, ipar duai, anak buah , sepupu blm berkerja and makcik pakcik

  3. sunglasses Avatar

    nilai tidak penting yang penting adalah keikhlasan..tapi sesetengah orang memandang pada nilai mereka perlu sedar juga tentang duit raya itu adalah satu konsep sedekah.Jika mampu berikanlah lebih terutama kepada kanak2 supaya dapat menceriakan raya mereka =)
    .-= sunglasses´s last blog ..Used ray ban =-.

  4. laila Avatar

    ya, memberi dgn ikhlas & mengikut kemampuan. Jgn sampai membebankan. Jgn kisah apa org nak kata bila kita memberi kerana Allah.
    dan prinsip saya, jgn ajar anak2 kita minta duit bila beraya.
    .-= laila´s last blog ..Demo Lecithin Bagaimana ia membantu dalam program penurunan berat badan =-.

  5. lydzar Avatar

    saya serahkan kisah duit raya pada hubby je.. dan dia pon bg ikut kemampuan dia la 🙂
    .-= lydzar´s last blog ..Koleksi Kad Raya 2010 dari Bloggers =-.

  6. sya Avatar

    duit raya saya, sama je tiap2 tahun…
    tak de berubah…
    biarlah orang nak compare2 pun,
    itu yang saya niat nak bagi… 🙂
    .-= sya´s last blog ..raya 2010 =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge