“Nak beri berapa ya? Kalau sikit sangat nanti dikata kedekut. Kalau bagi banyak, pokailah aku”
Antara dialog biasa menjelang raya.
Adakah pemberian duit raya satu bebanan? Ada yang terasa berat bila tiba hari raya dengan amalan pemberian duit raya,
“Raya sepatutnya hari yang gembira tapi menyusahkan pulak kena beri duit raya bagai”, pernah dengar dialog semacam ini.
Adakah pemberian duit raya satu bebanan?
“Beri saja berapa pun asalkan ikhlas”… adalah konsep dalam pemberian sedekah atau hadiah.
Tapi jarang yang mengaplikasikannya dalam pemberian duit raya. Mungkin kerana duit raya memang dah jadi acara ‘wajib’ setiap tahun jadi bagi mereka yang dah bekerja, suka atau tak, duit raya kena bagi, nanti dikata orang kedekut.
Lagi pula jumlah pemberian duit raya sering disebut2.
“Kak Chik tu engineer, mesti banyak duit raya dia beri”
“Jangan lupa beraya dengan Mak Pah tu, tahun lepas dia beri RM10, tahun ni mesti lagi banyak”
“Mak Long beri RM5, Pak Ngah beri RM10, Mak Teh beri RM50. Wah bestnya! Sayang Mak Teh”
“Eleh Cik Mat ni beri lima posen je??? Baik takyah bagi”
Nak berikhlas pun susah bila pemberian kita disebut2 dan dibanding2. Duit raya yang sepatutnya jadi hadiah untuk menggembirakan kanak2 dipandang sebagai bebanan dan elemen yang tidak berapa gembira bagi si pemberi sebab beberapa kriteria yang kena diikuti.
Sebenarnya pemberian duit raya adalah peluang untuk meneruskan amalan sedekah yang biasa dilakukan pada bulan Ramadhan (sekurang2nya dengan menunaikan zakat). Duit raya adalah hadiah kepada kanak2, terutama adik2, anak2 dan anak buah sendiri, walaupun pada pandangan mereka ialah pemberian wajib. Namun sebagai orang dewasa, ikhlas dalam memberi duit raya, pasti akan dapat balasan berlipat ganda berbanding kalau asyik mengeluh kerana terpaksa sediakan duit raya.
Menggembirakan kanak2 adalah sunnah terutama menjelang Aidilfitri setelah kita melalui bulan Ramadhan yang penuh ujian, nyatakan kesyukuran dengan berkongsi rezeki dengan yang lain. Berganda2 pastinya pembalasan kebaikan buat kita atas harga keikhlasan.
Leave a Reply