,

Demam di Kota Tokyo

admin Avatar

Segalanya bermula dari dalam flight lagi.

Rasa tak sedap badan, tapi saya fikirĀ  kerana kurang tidur. Maklumlah sehari sebelum itu saya mengikuti aktiviti bersama orang asli di Raub, Pahang. Seawal jam 3.30 pagi dah bangun bersiap.

Malam berikutnya pula saya berada di Home Office Shaklee untuk penerangan tentang program YES (Young Entrepreneur Scheme, best tau!) dan closing.

Barang pun belum packing lagi, jadinya sempat tidur 1 jam saja sebelum bergerak ke KLIA.

DariĀ  KLIA ke Changi, saya tidur. Dari Changi ke Narita, saya tidur juga. Nak buka mata pun tak larat. Jamah makanan asal alas perut aje. Minum pun segelas dua je… Akhirnya… merasalah demam panas sakit seluruh badan di kota Tokyo.

Hari pertama tiba, kedua dan ketiga, tak larat langsung nak fikir apa-apa. Ikut saja kaki melangkah ke mana arahpun.

TOKYO JAPAN

Kalau di rumah, memang saya bertahan dengan Vita-C Sustained Released, Nutriferon (dah ada semula, yay!), B Complex dan Performance Drink je lah.. lepas tu rehat cukup-cukup.

Namun disebabkan memikirkan jauh-jauh datang, yang penting adalah HABIS DUIT, takkan nak rehat tido kat bilik je. Maka nak tak nak terpaksa lah cari ubat untuk selesaikan perkara kesihatan ni.

SHINJUKU TOKYO

Saya memang bawa panadol kalau travel, biasanya untuk persiapan kalau2 sakit kepala je. Selalunya 2 biji dah cukup. Beli sepapan, boleh tahan sekurang2nya 4 trip. Biasanya berlebih2… yelah bukannya selalu kita kena sakit kepala kan…

Tapi kali ni memang lain macam. Bukan sakit sikit2, sampai saya terfikir kalau2 kena denggi.

Susah juga nak cari ubat demam di Tokyo ni. Kalau di KL, mana-mana kedai runcit ada je jual. Tapi kat sana, convenience store tak ada jual sebarang ubat. Ada la diorang punya regulations tu.

FAMILY MART TOKYO

*Sebenarnya risau juga kalau ada perkara yang serious, tapi demam viral biasa saja harapnya.

Menggagau cari drugstore. Hehe. Kebetulan ke Shibuya, ada satu drugstore bersebelahan Loccitane Cafe (di crossing yang famous tu). Sepanjang jalan kaki tu imagine lah apa yang terjadi. Asal jumpa tempat boleh baring, baring je, tak kira lah lantai ke, atas rumput ke apa ke.

FAMOUS CROSSING SHIBUYA

Dah jumpa, tapi satu hal pulak, tak reti Bahasa Inggeris. Hehe. Mujurlah ada App iTranslate ni.

APP TRANSLATE

Ding-dong-dong-dong, dia kasilah ubat di bawah ni untuk demam. Entah ubat apa pun tak tahulah, bukannya reti baca Bahasa Jepun T__T

UBAT DEMAM

Bila dah makan ubat ni barulah OK sikit, yang penting boleh bangun dan berfikir. Kalau tidak aduhai, bayangkanlah bila kita demam panas macamana… sakit sendi, sakit urat… jalan2 pun rasa nak nangis (tapi jalan juga lah, terpaksa… bayar mahal2 takkan datang tido).

*Ubat Eve ni sejenis ibuprofen, sejenis NSAID. Kat overseas suka bagi ibuprofen kalau demam (saya pernah 2-3 kali beli ubat demam di luar negara), kalau di Malaysia ni biasanya diorang prescribe paracetamol*

Alhamdulillah, terpilih untuk merasa sakit demam di tempat orang.

Tips Supaya Selalu Sihat Sepanjang Travel

  1. Dua tiga hari sebelum travel, pastikan tidur cukup, minum air yang cukup.
  2. Bawa bekalan vitamins. Sekurang2nya saya akan bawa Nutriferon!
  3. Stay active! Bersenam akan menstimulasikan sistem imun kita. Biasanya saya akan berjogging atau at least exercise bila travel.
  4. Cuci tangan terutama bila keluar tandas dan sebelum makan.
  5. Berhati-hati bila makan makanan luar, kalau boleh elakkan makan street foods kalau kita tengok kawasan tu semacam je.
  6. Jangan tinggalkan solat. Musafir dapat keringanan tapi bukan boleh tinggal solat ye.
  7. Bawalah ubat-ubatan sebagai persediaan di waktu kecemasan.

Mudah-mudahan tak payah lagi buat lawatan ke drugstore mahupun klinik semasa kita travel!

DRUGSTORE TOKYO

Baca kisah saya sakit di Kaherah, Mesir sampai terfikir kalau meninggal macamana nak bawa balik jenazah ke Malaysia di link ini.

admin Avatar

2 responses to “Demam di Kota Tokyo”

  1. Raihanah Ahmad Avatar

    seronok bila ada kebebasan masa dan wang sendiri camni.

  2. emalinmohd Avatar

    Kalau nak travel memang perlu rehat dan tak boleh harap untuk rehat dalam flight..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge