Apa itu FTWM? Ia adalah singkatan kepada Full Time Working Mum atau ibu yang bekerja sepenuh masa. WAHM pula Work At Home Mum atau ibu yang bekerja dari rumah.
Bulan ni adalah bulan terakhir saya sebagai seorang pekerja. Dalam beberapa hari lagi saya akan meninggalkan ruang pejabat itu. Memulakan hidup baru mencari rezeki dari rumah.
Pelbagai respon yang saya terima, namun semuanya yang positif saja, alhamdulillah.
Malah ibu bapa saya turut bersetuju dan menyokong keputusan ini. Mungkin mereka pun lihat sendiri bagaimana kalutnya anak mereka ni menguruskan anak-anak dan rumahtangga.
Namun hakikatnya, kehidupan seorang WAHM tidak semudah dan ‘sorga’ seperti yang disangka. Saya akui saya lebih banyak masa untuk diri sendiri ketika berada di pejabat, tapi tidak di rumah. Di sebalik kesibukan kerja di pejabat, saya sempat membaca buku di waktu2 lapang, tapi tidak di rumah. Di rumah terlalu banyak perkara yang hendak dibuat, hinggakan membaca buku tidak boleh dibuat pada waktu lapang, sebaliknya satu masa harus ditetapkan untuk memnbaca!
Stress di rumah juga berbeza. Ah, walaupun saya belum mulakan hidup sebagai WAHM lagi, tapi rasanya sudah bersusun rancangan untuk saya sepanjang Oktober berlalu.
Work at home, tiada masa rehat bagi saya. Kerana saya sudah mencubanya untuk beberapa hari… tertanya kerja2 rutin yang tak boleh diabaikan, dan masa lebih cepat berlalu tatkala berada di rumah. Mungkin kerana perasaan ‘comfort’ itu sendiri?
Mungkin saya boleh menyimpan cita2 menjadi surirumah anggun macam ni
Tapi rasanya saya akan berakhir begini…
Buat masa ni (setelah berada di rumah) saya perlukan masa yang cukup untuk membina usaha WAHM saya. Ternyata ia bukan masa untuk bersenang2 sambil menonton TV. Saya pun tak ingat bila kali terakhir saya menonton rancangan TV. Ia menjadi lebih dahsyat di siang hari, kadang2 tak sempat nak makan pun. Demi memastikan otot2 dan organ saya tak rosak kerana tabiat buruk ni, saya mengambil Cinch Shake Mix tatkala terlalu sibuk sebegitu.
Banyak yang nak saya ceritakan tentang peralihan status ni. Emosional dan sentimental, tentunya. Bukan mudah nak meninggalkan tempat kita mencari rezeki dan berkhidmat untuk negara. Namun, kerana kemaslahatan yang lebih besar, terpaksa juga kutinggalkannya dalam sirna.
Leave a Reply