Rasanya ramai yang dah siap prepare untuk hari raya.. dari bajunya, temanya, dan sebagainya. Dan mestila tudung benda yang wajib bagi Muslimah macam saya 😀
Saya ni cuma pakai tudung biasa saja. Berkenan jugak dengan tudung Ekinlah, Ariani lah, tapi rasa macam belem terbuka hati nak berhijrah ke arah tudung2 ala2 gitu, walaupun kata orang mudah dan senang nak pakai. Kat ‘belakang’ rumah saya ada kedai Ariani (di The Strand, Kota Damansara) tapi tak pernah pun pegi lagi. Saya rasa bukan standard saya tudung2 macam tu yang.. he… mahallll. Lagipun saya bertudung untuk tutup aurat 😀 (bajet Muslimah OK!!!).
Sekarang, kat Kota Bharu pun dah ada cawangan kedai Tudung Ariani. Dekat Wakaf Che Yeh. Nanti la balik raya nanti boleh pegi jenguk, tapi alang2 dah kat KB tu kan, banyak tudung2 Ariani ciplak kat pasar. Hehe. Tak gitu?
Tapi sekarang ni tak susah… orang kata semuanya di hujung jari. Nak beli tudung raya ke apa ke, tak payah susah2 keluar. Duduk je depan PC, boleh shopping dari merata daerah.
Contohnya, kat kedai tudung-online ni ada macam2 jenis tudung. Yang paling best, tudung bawal ada macam2 jenis bawal. Bukan setakat bawal putih dengan bawal hitam je 😛 Bawal KLCC pun ada! Untuk lengkapkan dengan tudung bawal ni, brooch pun ada… Senang kan. One stop je. Tudung Ekin pun ada jugak. Murah2 pulak tu. Boleh le borong untuk raya kang. Hmm.. nak kene rajin telaah ni mana satu tudung yang sesuai. Bagi mak pun OK jugak 🙂
Nak ke Tudung-Online klik SINI.
Ha… ex-wife Akhil Hayy, Cik Maizawati pun ada bukak kedai tudung jugak… Myza Collection nama kedai onlinenya. Wah wah wah memang buat duitlah ex- Akhil Hayy ni. Sejak2 berpisah ni bertambah glamour beliau. Memang bagus! Inilah contoh wanita perkasa. Tak de mengharapkan dekat bekas suami dia untuk makan hari2. Harap2 Ustaz Akhil Hayy tak le lupa tanggungjawab dia kasik nafkah kan. (Seronok nampaaaaaak honeymoon dengan Waheeda.. ops, telebih sudah!).
Eh, rasa nak mengumpat pula 😛 Dulu2 tengok Kak Maizawati ni (dan2 jadik kakak!) sempoi je. Ye la, takde mekap2 kan. Sekarang ni semakin cun, dengan tudung fesyen2 lagik. Mata pun koko gitu 😀
Apa-apa saja janji bahagia kan.
Semoga Kak Maizawati kita sukses selalu. Apa kata bagi saya diskaun sikit 😀
Kalau nak tengok kedai online Cik Maiza ni bole la pegi ke website Myza Collection. Nak jadi pengedar pun boley. –
Koleksi Tudung Myza ini adalah inisiatif bersama Yayasan Pembangunan Nur Hikmah dibawah Program Keusahawanan Sosial bagi memberi peluang kepada kaum wanita bagi melakukan kerja-kerja dari rumah yang boleh menjana pendapatan.
Apa lagi, jom la shopping! (korek poket).
Leave a Reply