Dah Beli Ke Tudung Untuk Raya?

admin Avatar

Rasanya ramai yang dah siap prepare untuk hari raya.. dari bajunya, temanya, dan sebagainya. Dan mestila tudung benda yang wajib bagi Muslimah macam saya 😀

Saya ni cuma pakai tudung biasa saja. Berkenan jugak dengan tudung Ekinlah, Ariani lah, tapi rasa macam belem terbuka hati nak berhijrah ke arah tudung2 ala2 gitu, walaupun kata orang mudah dan senang nak pakai. Kat ‘belakang’ rumah saya ada kedai Ariani (di The Strand, Kota Damansara) tapi tak pernah pun pegi lagi. Saya rasa bukan standard saya tudung2 macam tu yang.. he… mahallll. Lagipun saya bertudung untuk tutup aurat 😀 (bajet Muslimah OK!!!).

Sekarang, kat Kota Bharu pun dah ada cawangan kedai Tudung Ariani. Dekat Wakaf Che Yeh. Nanti la balik raya nanti boleh pegi jenguk, tapi alang2 dah kat KB tu kan, banyak tudung2 Ariani ciplak kat pasar. Hehe. Tak gitu?

Tapi sekarang ni tak susah… orang kata semuanya di hujung jari. Nak beli tudung raya ke apa ke, tak payah susah2 keluar. Duduk je depan PC, boleh shopping dari merata daerah.

Contohnya, kat kedai tudung-online ni ada macam2 jenis tudung. Yang paling best, tudung bawal ada macam2 jenis bawal. Bukan setakat bawal putih dengan bawal hitam je 😛 Bawal KLCC pun ada! Untuk lengkapkan dengan tudung bawal ni, brooch pun ada… Senang kan. One stop je. Tudung Ekin pun ada jugak. Murah2 pulak tu. Boleh le borong untuk raya kang. Hmm.. nak kene rajin telaah ni mana satu tudung yang sesuai. Bagi mak pun OK jugak 🙂

Nak ke Tudung-Online klik SINI.

Ha… ex-wife Akhil Hayy, Cik Maizawati pun ada bukak kedai tudung jugak…  Myza Collection nama kedai onlinenya. Wah wah wah memang buat duitlah ex- Akhil Hayy ni. Sejak2 berpisah ni bertambah glamour beliau. Memang bagus! Inilah contoh wanita perkasa. Tak de mengharapkan dekat bekas suami dia untuk makan hari2. Harap2 Ustaz Akhil Hayy tak le lupa tanggungjawab dia kasik nafkah kan. (Seronok nampaaaaaak honeymoon dengan Waheeda.. ops, telebih sudah!).

Eh, rasa nak mengumpat pula 😛 Dulu2 tengok Kak Maizawati ni (dan2 jadik kakak!) sempoi je. Ye la, takde mekap2 kan. Sekarang ni semakin cun, dengan tudung fesyen2 lagik. Mata pun koko gitu 😀

Apa-apa saja janji bahagia kan.

Semoga Kak Maizawati kita sukses selalu. Apa kata bagi saya diskaun sikit 😀

Kalau nak tengok kedai online Cik Maiza ni bole la pegi ke website Myza Collection. Nak jadi pengedar pun boley. –
Koleksi Tudung Myza ini adalah inisiatif bersama Yayasan Pembangunan Nur Hikmah dibawah Program Keusahawanan Sosial bagi memberi peluang kepada kaum wanita bagi melakukan kerja-kerja dari rumah yang boleh menjana pendapatan.

Apa lagi, jom la shopping! (korek poket).

admin Avatar

29 responses to “Dah Beli Ke Tudung Untuk Raya?”

  1. zuhaini Avatar

    err.. saya ingat nak beli tudng lepas beli baju raya.. baju raya (yang dah siap tu) pun x bli lagi.. so alamatnya tudung pun lambat lagi la beli.. hihi 🙂
    .-= zuhaini´s last blog ..Dah! =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      hehe saya pun sama la zu. excited nak puasa je. hehe.

  2. rina Avatar

    saya dh setel dah bab baju raya for me, azhar n fatin. last saturday kuar ke jln tar, carik baju melayu n baju kurung si kenit tu + beli tudung n brooch siap. lega dah setel n takyah nak pk dah nak kuar shopping time bulan puasa.
    beli tudung bawal biasa je 4 helai (biasa la org beli tudung 2 tahun sekali)..paling mahal pon 35 inggit.. pastu my fren tunjuk satu pakcik ni jual tudung cotton bercorak, rm5 sehelai.. rembat 3 helai..hehe. cukup stock utk the next 2 years :mrgreen:

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      hah kat mana tudung cotton murah tu? hehe. nak jugak nak jugak! :mrgreen:

      1. rina Avatar
        rina

        kat pasar malam jln TAR, tp tak ingat la exact place pakcik tu..dia bukak meja dia dekat pasar malam tu area dah ke arah masjid india. tapinye, tudung tu mmg nipis n agak pendek la, agak susah kalau nak menutup dada dgn sepenuhnye 😀

  3. sya Avatar

    hah.. belum terfikir lagi tentang tudung raya walaupun baju raya dah ada.. 😛

    tudung2 ariani, ekin? huhu.. memang jauh sekali laa…
    ingat macam nak berbalik tudung2 zaman dulu laa…
    ada jual lagi tak ye? 😛
    .-= sya´s last blog ..kesilapan kecil di jalan raya =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      tudung2 zaman dulu tu yang mana ek sya? 😯

  4. NeroEcha Avatar
    NeroEcha

    Macam2 ada kan…aku pun dah tjebak beli tudung gitu2

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      hehehe. biar terjebak asalkan memenuhi syariat :mrgreen:

  5. farah Avatar
    farah

    k.farah pon tk smpai seru lg nak pakai tudung ariani n seangkatan dgnnya.masih setia dgn bawal kelabu, purple,pink n etc. 😉

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      hhe tu la k farah.. kalu tukar tu macam kena tukar semua baru cool 😎

  6. salzahari Avatar
    salzahari

    oohh..anda kelihatannya spt penyokong Myza dari belakang :p anyway, tadenye tudung2 raya kelip2 bagai…taktau lah lagi nak beli yg mcmana kali ni. Teringin nak tudung ekin ka arriani ka tp mcm tak sesuai takut senget2 dek spek.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      hahahaha
      i memang sokong wanita2 besi ni
      cewahhh
      cube la pakai ariani. tgk my mil & sil wear ariani lawa jugak tp macam leceh jugakla huhu.

  7. ibu_umairah Avatar

    wahhh nak tengok laa nanti….kita tak beli tudung lagi……… 😯
    .-= ibu_umairah´s last blog ..– – -BoWLinG TiMe- – – =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      beliii jangan tak beliiii 😮

  8. asniza Avatar

    baju raya belum ada. tudung raya lagilah… tapi ada suami kirim jubah dan selendang dari jeddah.. okay tak hitam-hitam pakai pegi raya? 😉
    .-= asniza´s last blog ..Pengumuman Pemenang Pertandingan Foto Ogos 2009: Bayi Cinta Alam =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      wah mesti cantik kan jubah dari jeddah
      OK la tu pagi2 raya pegi ziarah kubur pakai hitam2
      sekarang kan pesen pegi kubur pakai hitam2 (kat TV la hehehe)

  9. kakyong Avatar

    tahun ni spt juga 2 tahun yg lepas.. pakai apa yg ade jer..
    mujur le dah dpt spek raya… thanks to sitisifir…
    .-= kakyong´s last blog ..Marhaban ya Ramadhan!! =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      wah kire baru jugak tu spek raya kakyong!

      saya nak kene g parit buntar gak ke eh.. hehehe

  10. Dayah Avatar

    salam Lyna
    cuba la tudung Ariani ke Myza ka..untung leh jadi model diorng..molek dah tu.. 😉
    saya pun tak penah merasa Ariani la, Myza apa2 lagi la..Ekin buatan sendiri yg jahitannya amat memalukan (nasib jahitan di belah dlm..takde org nampak ).. tudung ekin utk raya masih belum dipotong apatah lagi dijahit… dan taktau..??
    .-= Dayah´s last blog ..Influenza A(H1N1) and Feeding your Baby: What Parents Should Know =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      salam Dayah

      model? hahaha. tak kuasa….

      teringin jugak nak jahit Ekin tapi M besar sangat. tengok orang pakai je dah sejuk rasa hati hehehe

  11. Hanz Avatar

    me suka tudung Ariani ciplak,berlambak skarang ni..dah trend, kan? Senang, sarung jer..and mostly material x yah iron, sesuai untuk ibu malas like me 😆 lagi satu, x yah brooch, dah jimat tu, nak2 pulak skarang siap berbutang-lah, bertali bagai untuk di sepit, diikat pelbagai gaya..
    .-= Hanz´s last blog ..Toddler Monthly Notes: Your 15-Month-Old =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      I ada gk pkai ariani ciplak mak punya.. Tp still need bro0ch. Muka kecik kot. Hahaha.

  12. afrinabatrisyia Avatar

    Dah try tudung ekin, nmpak sweet je, tp bila my daughter dlm dukungan saya, abis sume ditariknya, hish..Abis tudung fesyen terbaru ku..Nway, pakaila ape jua jenis tudung, jnji kita selesa+memenuhi syariat, kalo berlabuci bagai, tp asik2 tersenget sana-sini, kn menyusahkn diri tu..kn mommy lyna, xgitew?? 😆
    .-= afrinabatrisyia´s last blog ..:: Kanser :: =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Betul3x. Bertudung tuk memenuhi tuntutan syariat!

      Me salu kna tgur dgn huby if terrpakai tudung yg tersasar gitew..

  13. Nor Faizah Avatar
    Nor Faizah

    Salam Lyna,

    kita sama la… belum lagi decide nak beralih ke tudung2 ala Ariani tuh… sbb muka berisi.. so x sanggup rasanye nak tgk pipiku yg terserlah gimuknye bile try pakai tudung sebegitu…… ha..ha.. alasan yo tuh..

    bab raya.. baju and tudung lom beli lagi… tp brooch raya dah ade… x sesuai kan…

  14. fid Avatar

    saya blom jahit tudung raya sbb baju raya pun tak de lg hahaaaa
    .-= fid´s last blog ..H1N1 –kesedaran kita =-.

  15. Noor Azlinah Amat Suanti Avatar
    Noor Azlinah Amat Suanti

    Hai, saya ada jual tudung macam-macam jenis dan berkualiti harga bermula dari rm 19 hingga rm 30 sehelai. jika berminat hubungi saya 0176476554

  16. Mazni Azmi Avatar

    Dapat kerjasama dari badan berkaitan ya.

    Memang ada badan kerajaan bantu wanita bekerja dari rumah. Pertama kali tahu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge