,

Catatan Seorang Isteri – Perlukan Pertolongan Anda

admin Avatar

Dear my fellow MySuperKids reader,

Di sini saya ada satu perkara yang nak dikongsi.. Actually my friend’s, dia ada tanya pendapat saya tapi memandangkan saya pun kurang pengalaman so saya rasa better saya buka persoalan ni di sini. Actually dah dapat kebenaran empunya diri, cume still respect permintaan dia 1) for her to remain anonymous, 2) for not having any personal contact dengan anybody. So, sesiapa yang sudi share masalah dia ni just leave your comment here.

Kisahnya.. (ditokok tambah dengan unsur dramatik serba sedikit).

Kawan saya ni, namakan dia Anon la (anonymous), dah 3-4 tahun kawen camtulah. Ada sorang anak lelaki nama Boy (bukan nama sebenar). Sebenarnya, dia ni sorang yang sangat sederhana dan ceria. Sepanjang2 berkawan dengan dia, jaranglah dia bercerita tentang masalah, nampak happy je manjang. Cuma baru2 ni, terkejut juga bila dia bercerita. Rupa2nya dah lama memendam perasaan.

Anon ni tak bekerja, suaminya Fahrin Ahmad (sah2 bukan nama sebenar) adalah sorang bisnesman. Bisnes apa terpaksa dirahsiakan 😛 SI Fahrin ni bekerja siang malam pagi petang. Kat rumah cuma malam je. Weekend dia ada la kat rumah.

Dalam happy2 rupanya Anon menanggung kerindua batin terhadap Fahrin. Hmmm.. faham2 la ye. Kata dia, bukan je nak bersama, menyentuh dia (sentuhan biasa) pun jarang. Bila dia dekat2 si Fahrin kata dia gatal. Mungkin bergurau je tapi sebagai isteri, kecik la hati kan bila nak bermanja2, suami cakap macam tu.

Anon tak syak apa2, malah dia kata dia konfiden bukan masalah orang ke-3 ke apa. Dia kata dia kenal sangat suaminya, memang perangai suaminya macam tu, kurang mesra. Tapi dia terkilan sebab dengan isteri sendiri pun taknak mesra2. Jadinya, dia rasa tertekan. Sejak2 berkahwin, Anon dah kurang contact dengan kawan2, dan kalau ada pun dia tak suka cerita2 tentang masalah dalam rumahtangga dia. Memang pun, di kalangan kawan2 kami, kami pandang Anon ni macam pasangan paling cocok, paling bahagia dan pasangan contoh lagi. Tak sangka di sebalik semua tu dia menanggung derita hati…

Kata Anon, sebenarnya dia pun tak tahu apa salah dia, suaminya macam tak selera dengan dia. Mungkin ke sebab breast dah berubah bentuk? Sebab dia breastfeed… Ke sebab dia surirumah dengan budak kecik yang tengah menakal, menampakkan dia sangat selekeh? Tapi Anon ni mempunyai tahap keselekehan yang sama macam saya je hahaha.

Dia kata suaminya selalu tanya “U happy tak dengan I?”, sah2 la dia kata dia happy sangat, sebab Anon ni lembut hati orangnya. Dan suaminya pula, mudah kecil hati kalau Anon komplen apa2. So dia ambil keputusan untuk diam aje lah.

Tapi dia cakap kadang2 perbuatan camtu memakan diri. Bila2 datang time2 depress, dia akan menangis (tapi suaminya tak tahu) sorang2. Kadang2 dia biarkan je anak dia sorang2. Nak nangis ke, buat apa ke, dia tak kisah. Yang paling tak tahan, kadang2 dalam keadaan tensen tu, dia pukul2 anak dia. Tapi suaminya tak tahu langsung pasal ni.

Dia cakap selama ni dia telan sorang2 je. Tak pernah cerita kat sesapa. Maybe sebab tu lah kadang2 bila dah tension sangat, dia mampu nangis je. Kesian jugak bila dia cakap, anak dia jadi tempat melepaskan geram. Dia sayang sangat anak dia, tapi bila dah camtu, dia boleh release dengan pukul2 anak dia yang baru umur 2 tahun tu. Kesian kan. Patutlah ada orang yang sanggup dera/bunuh anak bila ada masalah rumahtangga…

Dia ni selalu berdoa untuk suami dia. Masa masak, cuci baju, iron baju, picitkan suaminya, tak putus2 dia doa… Tapi dia cakap dia tak tahu samada suaminya boleh berubah atau tak, tapi dia yakin dia boleh. Sebab tu dia banyak juga mintak supaya dia jadi lebih tabah. Huhu.. Sabar betullah.

Anon ni tak pernah keluar rumah kalau bukan dengan suami dia. So memang dia sorang2 je la. Kawan2 pun setakat yang kontek2 SMS, chatting, tu pun dia tak cerita apa2 tentang masalah dia. Semua orang nampak dia happy je. Huhu. Agaknya la, suaminya pun nampak dia happy je, tu yang tak tahu dia sebenarnya terseksa.

Selepas membaca serba sedikit ni, apa pendapat anda?

Saya pun tak tahu nak cakap apa kat dia. Kalau kata suruh sabar, rasanya memang dah dia cukup sabar selama ni. Dia kata sejak dia mengandung dulu, lepas setahun baru suaminya bersama dengan dia semula. Pastu, makan bulan jugaklah. Sentuhan2, jarang sangat. Walaupun dia mulakan dulu tapi tak ada balasan pun. Kalau anda cemana?  Ke biasa je macam ni hahahaha.

Bila orang sibuk kata pasal family planning, dia cakap dia tak risau apa2, sebab tak buat apa2. Huhuhu.

Suami dia ada cakap juga, dia ni sibuk dengan anak je. Baby BF kan, malam2 pun nak bergayut. Tapi dia kata, penah jugak diorang pegi holiday berdua, tapi macam tu jugak. Si Fahrin banyak merehatkan dirinya sendiri dari bermesra2 suami isteri. Hmm…

Sekarang Anon masih macam tu lagilah. Dia rasa suami dia cukup bahagia (dari segi batin), Fahrin tak pernah komplen, lagipun si Fahrin workaholic orangnya. Fahrin pun cukup sayang kat dia & Boy. Weekend2 memang derang keluar bersama. Fizikal semua OK, memang semua cukup. Diorang memang mesra & rapat. Cuma tu la, dari segi batin la… Diorang pun jarang tidur bersama sebilik. Biasanya Fahrin Ahmad ni tido bilik lain, or kat ruang tamu.

Kadang2 dia sengaja buat benda yang Fahrin tak suka, hanya untuk tarik attention. At least dia masih rasa dipedulikan. Wooo~~ Kesiannya, sampai camtu sekali.

Antara persoalan2 yang ditanya tapi saya tak dapat jawab dengan ‘baik’ (memang la takde jawapan, benda subjektif kan):

  • Adakah ini memang dikira masalah atau dia yang cuma mengada2 je?
  • Adakah benda yang dia alami ni boleh menjejaskan perkembangan anak dia? Anak dia disayangi oleh mereka berdua tapi kadang2 anak dia ter-dipukul, ter-ditengking,ter-didenda bila buat hal di saat2 dia tengah tension.
  • Apa cara terbaik nak beritahu suami dia tentang perasaannya? Dia tak pandai nak cakap direct, & malu nak guna orang tengah.
  • Apa yang patut dia fikirkan? Uhuhuh.

Saya cerita tentang Anon, bukan nak aibkan sesiapa. Even dia dah benarkan publish kat sini, dia pun nak tahu jugak pendapat ramai tentang masalah dia ni. Nak cerita kat forum2, dia segan kut2 ada yang kenal dia. Kesian sungguh dengan kawan saya ni. First time dia bagitahu masalah dia baru ni, memang terpana dibuatnya. Ye la, orang yang kita sangkakan hidup bahagia takde masalah rupa2nya selalu menangis sorang2.

Anon harap ada la yang sudi mendengar luahan hati dia dan kasik sikit advise. Dia sayang & hormat sangat kat suami dia dan dia takut kalau lama2 dia pendam perasaan, dia akan bertindak kurang ajar. Sekarang ni pun dia dah ‘dengan seronoknya’ lepaskan geram kat anak dia. Kesiannya Boy.. Arap2 Mama Boy pukul slow2 je la. Jangan la kau buat perangai masa mak kau tengah iron baju ke, potong sayur ke Boy oiii. Ada yang masuk paper nanti kang.

Anon memang baca entry ni (kot). So, boleh address terus kepada beliau.

Kepada Anon, aku harap ada la insan2 yang sudi mendalami hatimu ituh. Sapa suruh ko bagitau aku, tapi jangan risau blog aku bukan femes pun, ko akan tetap kekal anonymous 😀 Tapi aku doakan semuanya bakal berakhir, penderitaan ko tuh. Tak sangka rupa2nya ko menyimpan 1001 kisah di sebalik senyum dan lawak2 ko. FYI, Anon selalu puji2 suami dia, tak pernah la dia cakap benda2 yang tak bagus. Selama ni pun memang saya kagum dengan Fahrin Ahmad.

Kepada Encik Fahrin Ahmad.. Ntahlah saya pun tatau nak cakap apa. Hehe. Cari duit, duit jugak. Hati isteri kena jaga jugak. Nanti kalau Anon kena penyakit depression ke, ko jugak yang susah. Apa kata ko cube la happykan dia sementara ko dan dia masih hidup ni. Walaupun wife ko tu agak innocent, tapi bagi aku dia baik orangnya. Kalau ada salah dia, nasihat la baik2. Dia bukan nak apa, dia cuma nakkan belaian dan perhatian ko je. Uhuhu~~~

Semoga masalah hati Anon dapat diselesaikan dan kembali ceria ye!

Mommy : Ya Allah lindungkanlah rumahtangga kami dari sebarang elemen yang boleh menggugat cinta dan kesetiaan kami.

admin Avatar

59 responses to “Catatan Seorang Isteri – Perlukan Pertolongan Anda”

  1. MamaQaseh Avatar

    berat jugak prob nie..tapi pelik nape en. fahrin tu mcm kurg berminat utk bersama?? hubby sy pernah ckp..kalo laki x terangsang tgk isteri dlm keadaan *toot* bukan normal laa..kalo weekdays tu penat kita paham laa..weekend??
    Si Anon try seksi2 dpn suami time weekend..ke dh penah try tp x jalan gak??
    lg satu x patut le pukul anak..bukan salah dia . setakat tinggi suara tu paham laa..kalo mende ni jadi pd sy..sy pon x tau nk handle cane.mintak2 dijauhkan laa..better kita tumbuk dinding ke hantuk pale kt dinding dr pukul anak yg x berdosa..
    .-= MamaQaseh´s last blog ..Jarang Masak.. =-.

  2. salzahari Avatar
    salzahari

    ermm..bagi i, mslh ni sedikit common bagi sesetgh psgn walaupun kahwin atas dasasr cinta dsb. Ada setgh psgn lelaki, bila kahwin dia rasa end of destination dia! sbb dia rasa secure..sah dah isteri dia dll, isteri dia takkan ke mana. dan mungkin juga dia taktahu nak tjuk mesra lagu mana dah! psl batin, taktahu nak komen kenapa tetiba suami dia merudum seleranya..mungkin Anon boleh cuba buat sst yg drastik (godaan)!

    on top of that, Anon..Awak kena berani luahkan perasaan. Mmg sakit/ mkn dlm kalau kita dok pendam je! Lpskan lah cara menulis nota kpdnya.. Mungkin dgn cara itu dia akan tersentuh hati dan memahami.

    Tolonglah elak terlepas kemarahan pd Boy..cuba ambil wudhuk, jauhkan diri dari Boy kejap bila Boy buat hal supaya Boy tak dibelasah.mmg sedikit sbyk akan jejas perkembangan dia, tetapi lama2 nanti insyallah dia faham. Manjakan dia semula ketika tido/ BF!

    Takyah fikir sgt psl org ke3 ke apa…let it be the last option to investigate.

  3. ayu the sun Avatar

    mmg susah nak komen mengenai suatu issur yang amat subjektif mcam ni.. but what i can say is..
    banyakkan solat2 sunat…
    tanya pada Allah..
    dia lebih mengetahui….
    .-= ayu the sun´s last blog ..nak buat persatuan ke tak? 😛 =-.

  4. anasfadilah Avatar

    if im walking in Anon shoes (kak lyna buh la nama shasha basir ke,ni tak anon .macam mak enon plak..hahah)

    saya akan cuba berbincang,saya akan tanya suami..apa yang tak kena,apa yang kurang.apa yang tak seksi,straight to ampang point je..kenapa abang taknak sex dengan saya?

    si fahrin ni pun satu la…kerja,kerja la jugak..zahir dan BATIN isteri kena jaga cik abang oii

    to Pn.Anon; makeup2 dan melaram sikit kat rumah..pasal orang lelaki ni kat tmpt kerja dia tengok org perempuan cantil2 dah.balik rumah kalau tengok isteri tak berapa nak made up mungkin dia takde mood. tapi mungkin awak dah cuba mencantikkan diri rasanya

    ataupun apa kata beli lingerie online,yg seksi 2 tu (teddy la bustier la)

    malam2 nak tido pakai la baju tu dengan husben,lepas tu goda dia,yg penting kena yakin. urut2 husben dulu..warm up orang kata..pastu goda dia,belai la dia kat tempat mana patut di belai..tak cair juga suami awak tu…tak tahulah.

    nak beli lingerie online disini

    http://www.mrslingerieonline.com/

    pasal dalam entry ni kak lyna dah kata awak byk berdoa,doa sudah, kita usaha pula 🙂

    nak pakai lingeris seksi, shave dulu mana patut,mandi scrub,pakai losyen wangi2

    do make time of urself..cari masa,mesti ada sikit masa untuk diri sendiri dalam 24 jam tu

    ye,ada anak-anak..masa anak tido kita boleh shave,mandi scrub semua

    p/s::jgn anak jadi mangsa keadaan,diorang tak salah..take a step back,tarik nafas..kita perempuan memang emosi,tapi jgn emosi beraja di hati
    .-= anasfadilah´s last blog ..*kereta sape ni angkat tangan* =-.

  5. yatie chomeyl Avatar
    yatie chomeyl

    aduhhh berat masaloh kali ni lyna, dop reti ore nk komen…ore baco pong sambil kerut2 dahi

    to anon :-
    mungkin u dah byk bersabar selama ni dan org kata bahaya bila terlalu memendam perasaan sbb bila meletup, impaknya dasyat sgt.

    maybe u should consider telling ur husband about how u feel. kalau takut hubby kecik hati, mulakan conversation dgn ayat puji2 dulu contohnya macam “saya bahagia hidup sebagai isteri awak selama ni tapi saya akan lebih bahagia kalau….bla..bla..bla…(luahkan perasaan u tu)”.
    since u mention yang hubby u jenis sensitif setiap ayat komplen u tu, mulakan dgn pujian dulu…mungkin dgn cara ni dia leh terima apa yang u nak luahkan.

    lagi satu, pls stop lepaskn kemarahan kat baby boy u..setiap kali u rasa nk pukul dia..u fikirlah yang boy lah yang akan jaga u suatu masa nanti. kalau u selalu marah2 dia, takut dia pulak pendam perasaan kat u dan simpan rasa benci pada u bila dia besar nanti, u jugak yang susah.

    harap2 masalah u dpt di selesaikan dgn baik…insya Allah.

    psssttt lyna, ado tokoh jd kaunselor r/tangga plop reader2 MSK pahni
    .-= yatie chomeyl´s last blog ..VOTE BPC39 Yatie Chomeyl : Breastfeeding Photo Contest 2009 =-.

  6. babycomel Avatar
    babycomel

    Anon,

    kuatkan hati tuk berterus terang ngan suami, dlm umah tangga komunikasi ptg, tak guna memendam rasa nnti diri s’diri yg binasa…kdg kala kita kena jd selfish, fikirkan diri s’diri dulu baru fikirkan org lain…

    semoga semuanye akah berakhir ngan

  7. azzamoro Avatar

    pada i, if masalah dah kritikal macam ni, terpaksalah berbincang depan-depan dengan suami. takkan nak mendiamkan diri sampai anak nak dipukul sebab depres. Kalau malu nak cakap depan-depan, tulis surat ker, emel ker, buat luaahan perasaan. lelaki mmg macam tu, if kite tak cakap, dia takkan perasan. so, bile kite dah cakap, mungkin boleh baut di fikir sejenak.

    Then, cube ingat-ingat balik dulu masa baru kahwin. renung balik. ape yang ada pd diri dulu yang buat suami berselera nak main. kadang dulu berpenampilan kemas, seksi ker ape ker tak kisahla, but sekarang selekeh ker ape ker… mungkin ubah penampilan diri. make up. jaga kulit. bau badan. semua nak ambil kire. kdg husband, bile tengok wife melaram macam anak dara, baru dia ade rasa agak tergugat sikit. then nak rapat ngan bini dia je.

    ntahla.. macam-macam usaha boleh buat. cube google and try cara2 nak buat surprise & tambat balik hati suami. banyak cara ada. at least berusaha kan dari termenung mengenang nasib yang malang.

    saya tulis ni untuk pihak perempuan sebab mommylyna cakap yang perempuan yang baca. si husband agak2 baca jugak tak? hehe.

    banyak2 bersabar dan doa kepada allah agar dibukakan pintu hati laki tu. tp tuhla yang penting, husband kena taula ttg ape yang isteri rasa ni. if dia tak tau (mungkin sebab tak perasan & dia rase biasa jerk), kenala bgtau. jgn harap dia paham2 sendiri jerk sebab mungkin dia tak faham sampai bila2..

    take care
    .-= azzamoro´s last blog ..birthday party =-.

  8. anah Avatar

    saya ada amalkan doa tenangkan hati (elakkan prasaan marah) terutama terhdp anak yg tak berdosa. amik dari buku dr haron din. nanti saya bg kat along.

  9. NaDiaH SiDeK Avatar

    aduh..beratnya mslh anon. sy pun tak tahu nk advise mcm mana. prnh juga tgk WHI yg membincangkn mslh mcm ni tp tak ingt la pula cara2 yg diberi utk solve the problem tp ada baiknya cuba berbincang dgn suami. kdg2 mmg suami tak sedar ada mslh yg wujud kalau tak diberitahu. mdh2an hbgn kalian kembali pulih. 1 lg..jgn la dipukul anak tu…kesian kat dia. takut nnt perkembangan emosi dia terganggu pulak.

    wallahua’lam

    p/s: minta2 la dijauhkan perkara sebegini & mdh2an hbgn kita dgn psgn masing2 berkekalan ke akhir hyt..
    .-= NaDiaH SiDeK´s last blog ..Safiyyah dan muncungnya =-.

  10. farah Avatar

    pada saya suami anon mempunyai masalah samada:

    1.masalah lemah batin
    2.mempunyai perempuan lain yg boleh memuaskan nafsunye

    sbb lelaki normal mane de buat perangai pelik camtu takmo sentuh isteri!! pastu setahun boleh pose?? gilo ape! lelaki normal yang baru berkahwin (muda lagi) adalah sgt kerap bersama isteri mereka .

    lagi satu saya rase anon ni kena kluar sikit dr kepompong die…cuba keluar dan mingle around dgn kawan2 perempuan..mmg boleh hilangkan perasaan lonely dan depressed tu..lagi satu bile husband anon tgk anon kluar dgn berhias semua maybe die ade sedikit jeles di situ..

    saya juga ade husband yang sangat2 bizi..kerja dari pagi sampai malam..kadang2 afif dpt jumpe daddy die 2 minit je waktu pagi dlm satu hari..sbb time daddy balik kitorg dah tido..hanya ahad je kami dpt keluar dan makan bersama..

    kalau husband anon balik pukul 11/12 mlm contohnye..anon boleh tidorkan anak awal dulu dlm kol 8-10…maybe anon juga boleh berehat/tido sama tp pukul 10 kena bangun la sbb time ni husband anon balik dan time ni la nak borak dan layan die..

    untuk anon….maybe ubah sikit penampilan mase kat rumah..biar seksi2 sikit time suami tu ade..kalau tak jalan jugak..awak kena face to face dgn husband awak terang pasal masalah ni..sex is about two person..bukan sorang2..kalau awak je layan die tak layan mmg sgt tak syok la..

    apape pon setiap masalah ade penyelesaian cuma awak nak atau taknak je lakukan..tp bukan dgn cara memukul anak untuk lepaskan tekanan k!
    .-= farah´s last blog ..Menyembur~~ habis gugur rambut mama! =-.

  11. kv Avatar

    apa apa hal pun anon kena luah perasan pd suami dia. Mungkin tak terluah sbb mcm2 tersarang di fikiran. Tak sampai hati, takut suami terasa dan sebagainya. Anon boleh tulis surat bagitau apa perasaannya selama ini dlm hubungan mereka suami isteri. Hiks, mebi surat tu kodi sgt, hantar lah emel ker. Luahkan apa yg di rasa. Dgn perasaan yg tenang. Kalo menulis dlm keadaan geram ke, marah ke, sakit hati ke, karang ke lain plk jadi nya.

    Lps tu tgk respon suami cemana.
    .-= kv´s last blog ..SAKIT MATA =-.

  12. suealeen Avatar

    wah.. masih dalam mood rumahtangga nampaknya

    susah nak komen la bab ni sebab ia melibatkan dua pihak. pihak Anon kita dah tahu ceritanya, sedangkan kita tak tahu cite Fahrin Ahmad. kotnye berkepit dengan Farah ke, Memey ke..

    rasa susah jugak kalo dari awal perkahwinan tidak mewujudkan ruang dan waktu untuk bersahabat dengan suami. bila kita bersahabat dengannya, senang untuk kita berbicara dari hati ke hati dan perbanyakkan komunikasi tanpa mencalarkan perasaan orang lain. dari situ boleh la tahu apa punca dan cara untuk menanganinya.
    .-= suealeen´s last blog ..Back to school and outing again… =-.

    1. Jiey^Mien Avatar

      Lawak ah Kak Sue.. Nape Memey yang harus terlibat? Nape bukan Azharina ke? Darling Ngasri ke? Muahahhaha..
      .-= Jiey^Mien´s last blog ..Aktiviti hari minggu.. =-.

      1. suealeen Avatar

        nak tulih nama linda onn.. takut plak aku dibuatnya.. muehehehe!
        .-= suealeen´s last blog ..Back to school and outing again… =-.

  13. tini Avatar

    salam,
    im a homemaker myself, dl sy pun mcm anon, x de kwn. mdh stress n marah2.
    mb fahrin krg rehat sbb kuat bkerja, sbb tu dia prefer rehat/tidur dr bmanja2.
    sekadar brkongsi pengalaman yg sy tgk kwn sy buat kat rumah dia;
    1.dia sentiasa pastikan dia & anak2 siap mandi tiap kl suami blk kerja
    2.dia bg suami dia alone time (tanpa gangguan dia & anak2) untuk suami berehat sekejap bl blk kerja
    3.masak sndr
    4.dia sambut suami blk mcm dah setahun x jmp! (yg ni mmg sy respect)
    sy rs anon kn cr jln spy fahrin tahu psl kepincangan ni, cm jgn smp fahrin rs anon ltk salah kt dia (mb lbh kan ganti nm ‘kita’ dr ‘awak/abang’
    pd sy, ini mmg bunga2 masalah n bkn sekadar ngada2.. i really2 wish u luck! moga Allah permudahkan jln bahagia buat kita semua.
    .-= tini´s last blog ..I got him =-.

  14. knv Avatar
    knv

    miss anon,
    maybe perkara ni boleh jadi very straight forward if only you have a heart to heart talk with your hubby.

    memang bahaya dok pendam perasaan. boleh sakit jiwa dibuatnya.

    maybe your hubby has his own problem? adalah tak normal kalau seorang lelaki tidak ‘selera’ dengan isteri. dan saya tak rasa miss anon selekeh sangatpun.

    apa2pun, adalah lebih baik kalau your hubby boleh terangkan his side of the stories. lelaki ni pelik. kadangkala serba tak kena. so you can’t afford any communication breakdown if you want things to improve.

    kalau tak reti nak cakap depan2, then write a letter. kalau saya, saya lebih selesa tulis surat sebab at least kita boleh adjust2 mana2 yang patut. kalau cakap mulut nanti takut terlebih atau terkurang cakap. sebelum nak bersemuka tu boleh amalkan doa2 pelembut hati agar suami terbuka hati mendengar luahan perasaan kita.

    so i suggest, please go and come clean with your husband. mungkin dia anggap perkara ni normal kot? well, see what he has to say.

    all the best yea. dan jangan depress2 sangat. saya percaya once you let it out, mesti rasa terlepas beban besar dibahu. tak aci kalau miss anon nak stress sorang2. delegate that feeling to your husband as well.

    we are certainly not a super human.

    wassalam.

  15. Jiey^Mien Avatar

    Takleh nk comment on the issue sbb sedih.. Mengalir air mata bila baca Anon pukul anak.. Yes, depression can lead us to do things that we dont want to do, tapi kita ada akal utk memimpin..

    Huhuhu.. Sedih.. Sedih.. Sob.. Sob.. Sob..

    Dear Anon, setiap org ada masalah sendiri.. Be it besar or kecik, tapi pukul anak is not an option.. Huhuhuhu.. Sedih lagi.. Sedih lagi…

    Sorry kalau ter’over’.. Saya sudah rasa ‘hilang’ anak. Memang perit! Sangat menghargai..
    .-= Jiey^Mien´s last blog ..Aktiviti hari minggu.. =-.

  16. NaniWahid Avatar

    1- 1st Q, masa bersalin tu, Husb ada tengok ke proses bersalin tu from the bottom sight? Sbb saya ada dengar yg ada Husb takes times utk lupakan smua tu.
    2- the main point, jngn la bababkan si Boy tu… sian dia. Saya baca pun dah tersentuh bab2 babab si Hero tu… Janganla… please…
    3- Kalau dah Mama nyer slalu bababkan si Boy tu, takut2 kang bila beso, dia ada sikit psiko kat Mama dia n automatically dia rapat n sayang Ayah dia lebih sbb x pnah tangankan dia.
    4- Kalau dah makan tahun tu, bukan masalah ngader2… cuba kalau wife yg x bagi nafkah zahir, mau ke org lelaki nak tunggu lagi???
    5- Mesti/harus/wajib discuss dengan husb, masih ada masa utk betulkan smua ni. Bab2 touching tu, belakang kira. Dalam kes ni, wife kena slow talk dulu, jangan gunakan orang tengah, lagi mengaibkan si Husb.
    6- And… Husb dia bisnessman, $ banyak, n ruper ada… so, dia dah kompomkan yg husb dia xde org lain, tapi… ntah2 org lain tu yg suka husb dia, kang di mandremnyer sampai tertutup nafsu
    Tats my opinion…
    .-= NaniWahid´s last blog ..Bagi mandi keta… =-.

  17. NaniWahid Avatar

    ops… pembetulan…
    4- Kalau dah makan tahun tu, bukan masalah ngader2… cuba kalau wife yg x bagi nafkah BATIN, mau ke org lelaki nak tunggu lagi???
    .-= NaniWahid´s last blog ..Bagi mandi keta… =-.

  18. QueeNin Murni Avatar
    QueeNin Murni

    saya ada pernah terbaca.. sex diary is very important.. u just jot down the date,time,who started it,rate of staisfaction perhaps 😛
    it’s just incase kalau ada perbalahan pasal ni la, or worst comes to worst, u need to mengadu kepada pihak berkenaan.. u ada bukti yg nafkah batin tu terabai.

    sy ada alami masa pregnant dulu, memula malu nak ckp yang i need it, selalu stress sorang2 n marah2.. then finally i cakap jugak.. his explaination is:”Kesian kat ayg, abg tgk ayg letih ja…” and..sy rasa dia takut effect kat baby dlm tu..
    maybe u should hear his side of explaination pulak.. ada stories yg husband tu takut/kesian nak bersama isteri lepas tgk betapa susah n seksanya isteri nak melahirkan anak tu..

    my method to express myself selalunya time2 tengah lepak sesama,tgh borak2.. then i start to: “ayang nak ckp sikit boleh tak? papa jgn marah tau.. ”
    kadang2 tu time chatting kat office.. i just say it.. kalau pendam, mmg itu lah akibatnya,u jadi depressed n anak jadi mangsa..

    oh,one more method.. i selalu bg link or frwd article yang related dgn problematic issue.. then i ulas,like “no.5 tu betul sgt2.. :P”

    eceh.. lelebih plak komen kan?

    work it out anon!! express yourself! 🙂

  19. eliss Avatar

    alahai..sian plak si anon ni…rasa masih baru di alam rumahtangga, sekadar berkongsi pengalaman jer..pesan emak saya pada saya, melaramlah di hadapan suami..tu penting, dan buat suami sentiasa berghairah dengan kiter..pakai laa baju malam pertama ker utk tambahkan efek2 romantik kan..x kan laa x tergoda kan..hahahaha..lelaki, tetap lelaki…
    jangan pukul baby, baik beli punching bag..huhuhu..letak muka suami kat situ, kalo geram sangat…hikss
    .-= eliss´s last blog ..Akhirnya Pulut Santan Dan Durian…. =-.

  20. mamamiya Avatar

    masalah dunia ni..ish ish ish…tp kita isteri ni kena la kuat semangat & try tgk positip..yg negatip tu buang la jauh2 coz bila ada elemen negatip dlm otak, lg syok la setan nak cucuk duri.

    try ketengahkan yg positip aje. yg negatip tu tanam dlm2 & redha. kalo tokleh tahan, slow mo talking 2 deh? kalau kita buat gini, & takde kecik ati pun..insyaallah syurga aje jawapan nye..

    jom sama2 ingat kan diri kita eek..supaya jd isteri terbaik & supermom. mmg la cakap senang…usaha aje la sebaik boleh.
    .-= mamamiya´s last blog ..Another Hiatus! =-.

  21. mama mamad Avatar
    mama mamad

    hmmm…pelik but it happens. anon u have to look back camne ko masa bercinta ngan hubby ko?b4 dpt anak n br jek kawen hubby ko camne lak ngan ko?if dia ok n d sex is good….n why?sometime mende nih salah pompuan. some lelaki takan nak ckp kat bini suh berubah..i mean cam jaga kecantikan diri, kebersihan diri, how u manage urself n byk lagi. cam aku, husband aku keje yg after 6 weeks br balik jumpe anak bini. yelah dah keje kuli batak kat negara org kene le ikut schedule yg diberi. but everytime balik dia cuti for 4 weeks n masa tu br tau husband camne kn. but my husband tapernah komplen on aku nih camne sedang kan masa pregnant aku tersgt2 le comot n after dah beranak still cam masa pregnant gak. tp alhamdulillah he still ada selara ngan bini. dia pernah ckp to my lil sis regarding my appearance n ada le tasuke skit. dia takut nak ckp in case of aku terasa. n 1 day aku ckp kat dia n my lil sis i need to change (masa tu tatau lg psl dia komplen tu). derang tanya why…aku pelik le laki aku nih suke ke aku comot. n dgn happy nye dia ckp alhamdulillah akhir nye sedar jugak…but since dat day we like to talk about the changes dat we need to do. i mean if i need my hubby to change then we sit n talk n vice versa. but takan aku nak ulang lagik org lain ckp psl ko kene ckp hati ke hati ngan husband ko kn. as perempuan dun wait till ur husband komplen…not nice babe. kite sendiri kene berubah. like me i change from org yg simple to org yg bergaya for my hubby. not just kat luar but also kat umah. n he dun mind to spend lots2 of money on dat. asal dia balik dia jadik cam budak kecik yg happy giler nak dpt birthday present hehe. my hubby slalu ckp he dun want to be like his bro-in-law…sian dowh my sis in law ni cam tanak mencantik kan diri. dia keje but cantik masa keje jek. balik umah abis. pernah gi shopping pakai baju yg pas siang ikan n tudung just ikat jek cam makcik2. sorry le if sampai masuk dlm2 gak kan…aku pernah sidai suar dlm dia yg koyak2. sian kat hubby dia sampai tahap komplen dpn2 adik beradik. malu dowh org tau. aku cerita as teladan n aku pun tanak jadik camtu. sian laki aku. so kite kene le bercantik2 tak kira masa for hubby tersayang. silap skang nih kat bini not laki k. ader 1 citer lagik form my fren hubby dia camni le jugak menjauh kan diri ngan bini n tanak sentuh coz of bini nye lubang tak cam memula kawen. sorry if bahasa ganas skit but we need to use it k hehe. jgn terkejut k so u need to do something also about dat. my dad keje cam my hubby gak n i’m happy for my mom n dad coz still having it even dah tua haha. my dad bg my mom satu doa utk rapat kan balik but we need to exercise jugak on dat hehe. aku tak amal kan le sbb alhamdulillah Allah memberi aku kelebihan dr segi camtu. so just do some exercise n back to normal cam anak dara hehe..so itu le mende2 yg kene buat…jd cantik utk suami itu adalah satu amalan yg baik. jgn cantik utk org luar tp pd suami kite comot. mmg dia dah suami kite but try make ur relationship cam br kawen ke br nak bercinta ke. for me coz i’m married my bestfren so this is time for us to be lover. we in love with each other every day every minute n every second..tul ckp org tua sayang bini tinggal2 kn coz bile rindu lagik kuat cinta tu hehe so skang try to make something supaya ur hubby tak sabar2 nak balik umah coz of rindu kat ko. ur appearance n performance hehe… tu jek key dia n kompem laki tak kuar umah dah haha…try to send ur son to nursery like i did..so u will have time to think bout ur self..aku pun suri umah gak but part time buat tuition..aku buat tu coz hubby aku bkn around 24/7 kn but i need my own time jugak…so kene le anta anak gi nursery…buat camtu pun leh prevent dr ko pukul2 dia…tak elok rosak perkembangan anak2. n try jadik independent…laki tasuke bini dependent sgt…ok gud luck to u babe…

  22. mama amir iman Avatar
    mama amir iman

    Salam anon,

    Saya bukanlah fadhillah kamsah mahupun siti nurbaya. Tapi saya juga adlaah seorang isteri dan seorang ibu yang mempunyai naluri yang sama dengan anon.

    Anon,

    Actually saya rasa anon tensen sgt.. sebab u keseorangan, so lagi sebabkan ketensenan tuh x terkeluar dr jiwa.. jgn bykkan tensen.. happy selalu, sebba kehidupan ini sekali sahaja, kenapa kita nak mensia-siakan hidup. Sebab bila u tensen, nnati lagi cepat tua.. x nak nampak tua kan…? so kembalikan berkawan.. get ur time occupied.. gi spa ker.. gi sopping ker..at the same time.. u ajar boy berkawan…

    1) Cuba beromantik

    Cuba kembalikan balik zaman2 masa bercinta or br kawen.. hnagat2 kan .. kalau husband cakap ngada2.. cakap jer.. looo.. abis tuh ayang nak ngada ngan sapa lagi kalau bukan dengan hubby ayang ni?.. kan husband selalu ty.. bahagia x? cuba ty balik husband… sepanjang kita kawen ni ade x yg abang x berapa gemar tentang sayang… or boleh gak.. cakap berlapik2..abang rasa sayang nie hot lagi x?… so then kekadang soklan yg macam nie boleh trigger balik perasaan yg husband fikirkan…cuba belikan hadiah2 or bg kad.. or bg note.. says I love u.. Miss u ke…
    or abang hensem lah…saya pun gi datign gak…sebab kekadang we r the best mother, tp kita juga kene make sure kita juga isteri kepada husband ( ni yg kadang2 kita terlupa bila terlalu bz dgn anak)

    2) Kembali melawa

    Betul bila ade anak.. nie kekadang rasa macam x kene jer.. so cuba tgk kat cermin..apa yg kurang.. so duduk umah tuh wangi2 sket/\.. umah tuh pun pasang aromatherapy candle ker or pasang lah cadar masa kawen dulu ker… baju memasak jgn digunakan masa nak tido.. haa.. nanti bau ikan masin le…

    3) Be friend

    mmg dia husband kita.. tp cuba bersahabat pulak … make sure kita la org paling rapat dgn dia.. tau masalah dia… and yg ptg kita tau dia berkawan dgn siapa.. org cemana..jenis kaki cemana…cybalah ty kerja seharina dia cemamna.. bisnesa nag cemana?

    4) Jg diri & Performance

    Haa.. ni kita kenelah jg performance atas katil// penting nie.. haa…maknalah dan pakailah apa yg patut….dlm sebulan tuh get the time for urself.. gi lah mengurut ke..

    TO Anon…

    Cuba awak duduk sesorang.. tenagkan fikiran..tenung wajah boy..apa salah dia.. pada siapa yg dia nak bermanja.. pada siapa nak mandikan dia.. siapa yg akan di harapkan kalau bukan awak ANON, dan fikirkan renungkan..awak masih bertuah, kerana masih ade anak.. InsyaAllah dia juga yg akan sedekahkan fatihah kalau awak xder… dia lah penyambung dan pemberi pahala pada awak…dan Anon.. ingat 1.. kasih ibu selamanya sehingga syurga.. tp kasih suami adepanjang umurnya, cumna kita mohon biar kekal hingga ke syurga… Wallahu alam

  23. fid Avatar

    anon
    pada pandangan i
    keyword:BERUBAH
    berubah ke arah yang lebih baik
    maybe hubby u tak nampak sgt u sekarang ni
    or maybe u lebih dgn anak u
    maybe ya
    soa apa boleh buat?
    since…ehh i guess u ada kebebasan kewangan lah kan…sooo..y not u take ur time enjoy ur life…ehh bukan suruh gi jolly
    pergi spa pergi mengurut bagai
    ‘mantapkan’ balik tubuh
    kalau bleh ala-ala model tertop gitu
    bagi hubby u terkelip2 sikit
    lelaki nih kalau ada ‘anjakan’ tang situ depa longlai sikit
    anak
    ya mmg kena jaga
    bleh juga ajak hubby u spend time mengajar anak bersama

    btw….berapa kalikah seminggu/sebulan kalian boleh ‘bersama’
    sbnrnya bab bersama ni depend kpd individu tau…..
    ada yg tak kisah sgt
    lagi satu maybe ur hb sgt penat dan dia ada masalah ‘tak larat’ kot
    apa kata bg dia suppliment dgn alasan ‘i tgk u mcm lemah je yang’
    kasi dia kopi radix(mai secawan!) ka…..cadangan je ya
    orrr….bleh slow talk ngan hb…tanya
    ‘u rasa tak apa i rasa..y kita dekat tapi jauh ya..’
    dan ayat seumpama…..

  24. kakLuna Avatar

    hmm rasanya dh cukup banyak cadangan2 penyelesaian. terpulang pada anon utk membaca, mencampur, mengisar dan mengadunnya mengikut kepentingan. put the first thing first.

    bagi akak,

    1) tenangkan fikiran dulu, kemudian baru lihat, apa sbnrnya yg telah berlaku. adakah ni yg dimahukan dr perkahwinan ni, jika x mahu, kene bertindak, x boleh biar…sbb kita kawin ni kalo boleh utk selamanya, kan…x kan selama2nya nak begini?

    2) cantikkan diri yg sudah cantik. amalkan petua2 utk memantapkan apa2 yg x mantap. BF bukan 1 mslh sbb ada stgh suami yg lebih arouse masa wife tgh BF. tp pandai2 la bahagi masa. tanpa suami, tiada lah anak yg sdg di BF tu..bg lah peluang kat bapa nya juga.

    3) komunikasi jd kan amalan, apa yg x puas hati, luahkan tp kene berhati2 memilih masa dan memilih perkataan. bergaduh tu perlu supaya kita boleh mengimbangkan emosi kita, cuma dlm hati kene ingat, kita bergaduh demi mempertahankan bukan utk meruntuhkan rtangga

    4) dekatkan diri dgn Tuhan. walaupun berdiri, duduk atau berbaring sentiasalah berdoa agar Allah memelihara hubungan ini.

    5) berfikiran positif bahawa setiap kejadian ada hikmahnya. mungkin Allah hanya menguji kamu di awal2 perkahwinan kamu supaya kamu boleh merasai kebahagiaan yg lebih panjang sehingga akhir hayat mu. bila kamu sudah menempuhi semua ini, kamu akan menghargai kejadian hari ni. kerana jika tidak terjadi apa yg terjadi pd kamu skrg, mungkin kamu tidak akan blajar dan berfikiran lebih matang.
    .-= kakLuna´s last blog ..‘Outbreak’ =-.

  25. laila Avatar

    utk anon….

    1-cuba lihat diri sdiri dulu. adakah apa2 yg membuatkan encik suami tak suka. contoh :-selekeh, tak kemas, tak solek etc
    2-cuba goda suami. pastikan suami dlm keadaan tak penat… tp dah cuba ek? cuba guna bahasa2 simbolik utk ‘bersama’ sekiranya malu utk terus terang. Bhs2 simbolik tu mestilah difahami oleh pihak suami lah ye…
    3-Terus terang. Kalau tak boleh, SMS, tulis surat….. yg penting apa yg terpendam dapat disampaikan walau bagaimana cara sekalipun. Tanpa komunikasi berkesan, kehidupan rumahtangga akan ‘layu’ dan sepi..
    4-Berdoa, sembahyang hajat, minta pd Tuhan semoga suami berubah.
    5-Semasa suami tido, bacakan ayat2 utk lembutkan hati kat tengkuk suami.

    Kesiannnn Boy, jgn lah pukul2 boy tu.. Nanti boy akan membesar dgn jiwa yg memberontak. Impaknya akan nampak bila boy tu semakin dewasa….
    Masa tension tu, cuba lari jauh dr boy.
    Good luck. Semoga dipermudahkan oleh ALLAH
    .-= laila´s last blog ..Teka? Apa nama show ni? =-.

    1. laila Avatar

      kak lina,
      sorry tersend 2kali..
      sila delete seketoi yee… sorry…
      .-= laila´s last blog ..Teka? Apa nama show ni? =-.

  26. laila Avatar

    utk anon….

    1-cuba lihat diri sdiri dulu. adakah apa2 yg membuatkan encik suami tak suka. contoh :-selekeh, tak kemas, tak solek etc
    2-cuba goda suami. pastikan suami dlm keadaan tak penat… tp dah cuba ek? cuba guna bahasa2 simbolik utk ‘bersama’ sekiranya malu utk terus terang. Bhs2 simbolik tu mestilah difahami oleh pihak suami lah ye…
    3-Terus terang. Kalau tak boleh, SMS, tulis surat….. yg penting apa yg terpendam dapat disampaikan walau bagaimana cara sekalipun. Tanpa komunikasi berkesan, kehidupan rumahtangga akan ‘layu’ dan sepi..
    4-Berdoa, sembahyang hajat, minta pd Tuhan semoga suami berubah.
    5-Semasa suami tido, bacakan ayat2 utk lembutkan hati kat tengkuk suami.

    Kesiannnn Boy, jgn lah pukul2 boy tu.. Nanti boy akan membesar dgn jiwa yg memberontak. Impaknya akan nampak bila boy tu semakin dewasa….
    Masa tension tu, cuba lari jauh dr boy.
    Good luck. Semoga dipermudahkan oleh ALLAH
    .-= laila´s last blog ..Teka? Apa nama show ni? =-.

  27. littlemama Avatar

    saya pernah dengar cerita sang suami tak lagi mau sex dengan isteri sebab masa bersalin dia masuk sekali dan tengok everything masa isteri tengah beranak… dari 9cm sampai keluar kepala baby sampai baby keluar.. pastu uri keluar… dengan darahnya…

    lepas tu langsung dia tak mau bersama isteri sebab katanya kesian kat isteri… nanti pregnant lagi kena go through benda yang horrible macam itu..

    heran kan.. ada gak suami yang lemah jiwa macam ni sampai seksa jiwa isteri..

    the best thing to do, cakap dgn suami baik2… tak boleh cakap tulis surat.. kalau orang putih ada masalah camni diaorang pergi kaunseling.. maybe boleh consider lepas bagitau isihati kat suami tu dulu.

    bukan apa… depression boleh makan diri..pulak tu duk kat rumah sorang dgn anak je… tau je la kan depression kat perempuan ni (especially time lepas bersalin atau time period)… sampai boleh buat benda yang tak masuk akal macam pukul, dera atau bunuh anak.. yes.. depression can make you a murderer.
    .-= littlemama´s last blog ..Lagi2 Kes Baby Mati Tersedak Susu!! =-.

  28. Asiah Abd Jalil Avatar

    Bila baca cerita Anon ni (bersandarkan apa yang ditulis oleh Along), saya hairan kenapa banyak responds nak menuding jari pada Anon? Semua nak meletakkan kelemahan pada Anon, tak pandai melaram la, selekeh, lebih utamakan anak, tak pandai mengorat suami, etc…

    Baca tak, suami dia pernah “puasa” sampai setahun?!!!

    Kalau tanya pendapat Dr Ismail Thamby, sah-sah dia akan kata, masalah hubungan seks yang sangat hambar tu, puncanya dari suami, bukan isteri. Bukan sebab isteri hodoh, atau isteri selekeh, atau suami trauma tengok isteri bersalin, atau isteri lebih utamakan anak dari suami, atau suami terlalu penat berbisnes, etc. Memang sangat tak normal, lelaki mengabaikan seks selama setahun, padahal usia masih muda dan baru berkahwin beberapa tahun, lebih-lebih pula kalau perkahwinan atas dasar cinta.

    Ya, kerana selama ini Anon selesa memendam perasaan, saya simpulkan, Anon bukanlah sahabat yang baik untuk suaminya. Konon nak menjaga hati suami, sebenarnya Anon sedang meruntuhkan rumah tangganya dengan membina benteng komunikasi dengan suami. Sehinggakan perkara sangat rahsia yang sepatutnya hanya dikongsi antara suami dan isteri tidak dapat dikongsi bersama.

    Berterus-teranglah dan bertanya, apa masalah suami dia. Bukankah suami isteri patut berkongsi semuanya? Dari sebesar-besar kebanggaan, hinggalah sebesar-besar aib, semuanya dikongsi bersama.

    1) Mungkin suami Anon lemah tenaga batin.
    2) Mungkin suami Anon ketagih onani ketika zaman bujangnya, sehingga sampai satu tahap, kepuasan melakukan onani mengatasi kepuasan melakukan hubungan seks dengan isteri.
    3) Mungkin suami Anon pernah menjadi mangsa penderaan seksual semasa zaman kanak-kanaknya.

    Tetapi kerana Anon tidak menjadi sahabat yang baik untuk suaminya, maka masalah Anon dipendam sendiri, suami Anon pun pendam masalahnya juga. Sampai bila-bila pun tak selesai…
    .-= Asiah Abd Jalil´s last blog ..Carpal Tunnel Syndrome =-.

    1. suealeen Avatar

      tu la saya kata.. kita dengar cite Anon.. camne agaknya cite suami dia ye? rumahtangga ni bukannya bleh pandu sensorang. mesti kena berdua. seorang nak selesaikan masalah pun takleh jadi juga kalo tak dapat kerjasama sorang lagi
      .-= suealeen´s last blog ..Back to school and outing again… =-.

    2. Salwa Avatar

      yes
      sy sgt setuju
      semuanya /rata2 suh anon melaram/melawa/berubah/etc

      the truth is
      husband ini tak normal
      ada sesuatu disebalik semua ini
      this is serious

      masalah utama bukan anon tanak bincang
      tapi suaminya tanak cooperate
      atau lebih tepat dia cooperate tapi bukan 100%
      ada yg tak diluahkan
      katanya happy sgt2
      tp isteri tak dipenuhi nafkah batin

      point ini adalah sgt boleh di ambil kira ::
      1) Mungkin suami Anon lemah tenaga batin.
      2) Mungkin suami Anon ketagih onani ketika zaman bujangnya, sehingga sampai satu tahap, kepuasan melakukan onani mengatasi kepuasan melakukan hubungan seks dengan isteri.

      point sumbangan puan asiah

      i believe that in 1 year time
      dah byk yg anon buat utk perbaiki diri dan perbaiki hubungabn
      tentu lebih dari melaram melawa mewangi dsb
      sebab tu skrg anon dah tak tahan
      lalu bercerita kepada alom

      anon, anda perlu berjumpa pakar, samada pakar psikologi/paar sakit tuan..yg pati mesti ada pakar agama sekali
      .-= Salwa´s last blog ..No More H1N1? or just an ILI? =-.

    3. MamaQaseh Avatar

      Saya pon setuju.tu sebab sy kata kalo laki normal x kan x terangsang tgk isteri kan..ish..ish..mesti ade something x kena nie..
      .-= MamaQaseh´s last blog ..Shila, I want the chocolate =-.

  29. fid Avatar

    chops
    ke fahrin dlm entry ni telah berubah akan tabiinya??
    suka akan sejenis kah???
    kalau kes gini dah leh gi jumpa kaunseling ni dah takleh tanya2 pendapat org kebanyakkan
    pada pandangan saya ini dah jadi isu besar rumah tangga
    .-= fid´s last blog ..video cik gedebi(punya suara) =-.

  30. Marisa Avatar
    Marisa

    hmm… ada 3 reason yg saya terfikir:

    1) erectil disfunction
    2) ada pompuan lain
    3) berminat pada kaum sejenis

    hishh.. negative sungguh…

    rasanya boleh tanya elok2… berbincang…. banyakkan membaca…. hadiahkan suami buku2 rumahtangga.. (tapi takut juga suami ego tak leh terima ni). Buku yang saiful islam suggest tu…. men are from mars… women are from venus….

  31. Marisa Avatar
    Marisa

    tapi harap2…. puan anon tolonglah janagn lepaskan stress pada anak… huhuu… sedih…. pukul sket2 kalau dia nakal tak pe la… mungkin puan anon kena cari jalan menangani stress dengan cara yang tidak memudaratkan anak….

  32. sya Avatar

    hmm, tak tau nak tulis apa, sebab dah banyak cadangan yang sangat bagus kat atas2…

    tapi, salah satu yang saya pegang dalam rumahtangga,
    segalanya perlu dibawa berbincang.. bercakap apa sahaja pada suami tentang apa sahaja yang kita rasa. biar dia buat tak tau pun, yang penting, kita bagitau.. sekurang2nya, beban dalam hati tu rasa kurang sikit…
    .-= sya´s last blog ..bertukar!! =-.

  33. nadnye Avatar

    banyak dah petua diatas.. nasihat2… tapi saya rasa Cik Asiah tu betul juga… pelik la mana ada lelaki yang tak nak kalu di “offer”.. kecuali atas penjelasan Cik Fid… takut tu jea…. Berterus terang la, bagi hint, email ,bagi surat la kalau tak sanggup nak direct kalau tak sampai bila tak selesai.. anak plak jadi mangsa….

    Berdoa biar berubah…
    Dapatkan rawatan kalau memerlukan…
    .-= nadnye´s last blog ..VOTE FOR ME… Contest Breastfeding Photo Contest 2009 (STICKY MODE) =-.

  34. Hanz Avatar

    My 2 cents to anon…
    Apart from your appearance…why not try to do this as well di samping apa yang anon dah buat & teruskanlah doa2 itu…

    1) Cuba buat kelainan dalam rutin seharian, contoh buat hobi baru, jumpa kenalan baru, try resipi baru, ajar anak perkara2 yang menarik..try your very best to make your life looks interesting..supaya dia akan bukak mata…kadang2 bukan sajer penampilan diri yang seksi boleh buat lelaki interested dengan kita but, our personality & our intelligence boleh tunjuk kita ‘something’ oompph, kata orang, itu yang jadi seksi tu…

    2) remain mystery..buat something surprise yang pleasant of course supaya dia terkujat & realize betapa berharganya isteri dia…

    3) buat dia jelaous..make your life busy & bila kluar ngan dia, hias diri u sampai lelaki lain tengok u tak lepas pandang, biar dia jealous (ini cara provoke, nak kasi dia sedar)

    Kalau semua ni tak jalan jugak…face to face, heart to heart talk..

    Harap2 dijauhkanlah antara hipotesis kenapa hubby anon bersikap demikian, harap2 dia hanya lelaki normal yg take things for granted so masih ada harapan untuk berubah & still x parah lagi unless those hipotesis is true..nauzubillah min zalik…dijauhkanlah..
    .-= Hanz´s last blog ..Vote Me for Breastfeeding Photo Contest =-.

  35. Mommy Lyna Avatar
    Mommy Lyna

    salam semua

    alhamdulillah, TQ atas semua respond. Anon dah baca semuanya including last comment sebelum comment saya ni (komen Hanz).

    beliau amat3 berterima kasih pada semua. saya minta dia respond pada setiap comment tapi dia jawab tak payah kut sbb dia speechless. dia tak sangka ramai yang prihatin tentang masalah dia. dia cakap dia tak dapat nak beri apa2 komen atas komen2 di atas, sebab kepala masih serabut. tp dia akan fikirkan satu persatu. ye la, maybe ada benarnya point2 yang anda2 semua berikan, tol tak?

    tapi, takde pulak guyz yg respon kan? ke MSK takde reader dari kalangan lelaki hihihihi.

    ape2 pun, terima kasih semua. mari kita hubungan Anon-Fahrin Ahmad akan kembali meriah macam dulu.

    menurut Anon, dia nak minta izin balik kampung sekejap untuk tenangkan hati. bila masing2 tak menyelami isi hati, perhubungannya bak Madina-Ikram dalam citer Indon Aqso dan Madina. hahaha. dan-dan~~~

    marilah kita sama2 doakan Anon kembali ceria dan semoga beliau tidak menangis lagi… HIDUP ANON!

    p/s: dia minta habis kat sini je tapi macam excited pulak nak tau apa step seterusnya derang nih, kahkahkah. jahat3x….~ 😛

  36. Pnut Avatar

    Dalam semua komen akak sangat bersetuju dengan komen Asiah…
    sejibik sejibon apa akak rasa,
    dengan memendam rasa dia cube memusnah kehidupan dia dalam diam, tanpa sedar…

    our rumahtangga ni lain macam sikit
    akak jenis lepas cakap,
    if akak rasa satu benda akak perlu berterus terang i’ll do that, walau meruntuhkah ego suami, memang dia marah, kita pun marah
    kebenaran tu adakalanya memang perit, tapi lepas perang-perang
    kita boleh gelak-gelak semula..

    jenis pendam dan pendam ni boleh menjadi nanah..
    .-= Pnut´s last blog ..Kisah Bibikku… =-.

  37. erynn Avatar

    Rasanya ni mcm entry baru harini, punyala ramai yg dah komen. cis cis..

    anyway, kalau Puan Anon kita dah tanak baca feedback saya takpe, sapa2 yg lintas kat sini mebi baca kot.

    Kalau masalah sex laki bini dah tertumpah kat telinga insan lain, maka the couple is not practising communication. at all. maka dgn itu someone has to start communication / talking / spilling out the beans to the other person.

    kalau rasa bukan jenis yg terus terang, malu, segan, tak reti ckp direct, well NOW its a good time to start, honey! orang perempuan selalu jd pihak yg reserved dlm rumahtangga. never be a VICTIM. take charge of your life.

    and check whether u’ve married to a sexually normal man. ntah2 along the way sexual orientation dia dah berubah ke. or ada affair. never give 100% trust to a man.save at least 1% for your dignity, just incase something inevitable happens.
    .-= erynn´s last blog ..MISI – a cool marketplace to buy & sell crafts =-.

  38. silbiabigail Avatar
    silbiabigail

    segelintir lelaki alami konflik seks dgn istri, krn stress dgn masalah kerja atau usia yg meningkat. ada jg berlaku krn istri pasif ketika bersenggama, tidak mahu mjadi dominan atau tidak mahu beraksi. andai lelaki menemui wanita lain yg agresif dan pandai beraksi, maka ejakulasi yg d nikmati lelaki pd klimaksnya membuatkan dia sentiasa puas dan ketagih dgn wanita yang aktif mbuatkan dia dingin pd wanita pasif. ada jg berlaku yg lelaki lbh puas mlakukan onani dgn fantasi hebat bersama siapa jua wanita yg d kehendakinya mbuatkan dia serasa penat tuk bersenggama. lbh2 lg dgn bantuan MP4 di nfon. jika ‘dlm kelambu’ yg mjadi punca masalah ini, maka wanita harus lbh berani utk beraksi dan berbincang ttg kghairahan lelaki. lelaki dan wanita amat menggemari pujian ttg kehebatan d ranjang. ada jg kemungkinan lelaki yg tak dpt memuaskan wanita, berasa segan tuk kerap bersenggama. makan nasi sama2, kenyang pun mesti sama2. pokoknya, perlu d bawa berbincang dgn fikiran terbuka tanpa prasangka. seperkara lg elakkan tuk masuk tidur sendirian, sebaiknya ajak pasangan tuk masuk tidur bersama, bermanja dan cuba memancing syahwat pasangan. Andai pasangan sentiasa menolak, ini sememangnya masalah besar bagi lelaki itu.

  39. Watie Avatar

    Wah ..lambatnya aku balas topik nih..cian plak dengar masalah cik anon kita. laki aku pun puasa lama gak ..dalam 100 hari masa lahirkan Q, sebab aku yg request nak kasik baik betul2..dia alhamdulillah ok jer ..leh tahan tapi taklah sampai setahun ..lama giler tuh setahun beb .. hu hu ..

    aku rasa kena amalkan komunikasi terbuka lah antara suami isteri. takleh pendam ..luahkan jer supaya masing2 leh carik jalan penyelesaiannya. Jgn simpan lama-lama sebab nanti jadi barah. Takut terlalu lewat utk diselamatkan pulak..

    tapi aku harap sgt, jgnlah sebab pressure, anak jadi mangsa..sian anak tuh ..aku pun home maker gak ..apa kata anon sibukkan diri dengan online business ker…chatting ker ngan kawan2 pompuan, main FB, wat blog khas untuk resepi ker ..apalah yang boleh buatkan dia occupied dan tak rasa bosan serta keseorangan.. buat mender yg dia leh rasa happy ..

    jgn pukul anak..kesian anak tu …dia taak bersalah ..hu hu..
    .-= Watie´s last blog ..Jakarta & Bandung – Aku Serannnnggggg!!! Part 1. =-.

  40. ummisalsabila Avatar

    banyaknye komen.baru sempat bace..sy simpati dgn masalah anon..
    mmg pelik bila laki tolak bila kite bermesra2.mrk mmg suka bab2 ni.

    sy rs husband anon maybe ade prob.tp dia xnak luahkan.elokkan pn anon bwk bincang baik2 dengan husband.tny knape.masalah pe.xboleh simpan lama2..cakap.luahkan yg sebenar..

    anyway,sbgi isteri kite perlu sentiasa buat terbaik untuk rumah tngga kite

    sy rs yg terbaik ialah berbincang.xbole jika pn anon saje yg nak brubah.husband pun kena tahu n sedar mslah rumahtngga mrk.

    hrp dpt membantu sedikit pn anon..smg pn anon tabah!
    .-= ummisalsabila´s last blog ..Aufa @ 10 months =-.

  41. m-i-o Avatar
    m-i-o

    terdapat byk cadangan dan komen2 di atas yg bernada sama dengan pendapat peribadi sy. hihi:)

    so goodluck anon-fahrin ahmad! walau betapa dan bernas pendapat2 di sini, hanya anon yg tahu jln terbaek utk menyelesaikannya. sy doakan semoga anda bertemu dengan jawapannya. amin.

  42. UmmuAhmads Avatar
    UmmuAhmads

    Salam.
    Maaf, tak sempat nak baca detail comments org lain, hanya baca sepintas lalu bab komen…tapi, bab artikel saya baca dgn teliti…hehehe…
    Satu aje nak komen:
    For puan anon, this is indeed a PROBLEM, and your husband is ‘NOT NORMAL’. So, macam yg lain2 dah cakap, cuba bawa berbincang to identify the root of the problem, then the next step, dptkan rawatan profesional sama ada drp segi psikologi (psikiatrik), mahupun drp pakar sakit tuan/puan. Sebenarnya, mungkin suami puan pun menderita secara batin, maka both of you menderita & memendam rasa, tanpa ada penyelesaian. In finding the solutions & to get the professional advices, you need to be open minded & stresskan kepentingan rumahtangga baitul muslim di dunia & akihrat. Takde apa yg nak malu, kerana rumahtangga dibina utk selamanya, maka setiap masalah mesti dicari puncanya dan diselesaikan secepat mungkin, esp masalah besar macam ni. Assuming that masalah ini tidak berpunca drp org ketiga, then you have to realise that you can never judge how much your husband has suffered. As a man, dia mungkin lebih lagi depress kerana ‘kegagalan’ memberikan nafkah zahir & menjalankan tanggungjawab sbg lelaki. Ia melibatkan kedua pihak yg menderita secara mental & zahir. Tidak mungkin suami puan selesa dgn keadaan sekarang, sebaliknya saya rasa dia turut memendam rasa. Saya tidak percaya selekeh atau sibuk dgn anak sbg puncanya, kerana mustahil lelaki normal boleh ‘berpuasa’ sebegitu lama, malah lelaki yg hampir bercerai (benci) dgn isteri pun masih ada nafsu melakukan hubungan walau sesaat sebelum lafaz cerai.

  43. afrinabatrisyia Avatar

    Nway, mama sangat2 setuju dgn fellow superkids reader yg berpihak pd anon..lau ANON dah buat mcm2 perkara utk mengambil hati FAHRIN AHMAD a.k.a husbandnya itu, xknla sang suami xde feel langsung? kaku memanjang? Dgn bini sendiri pun xselera ke? pelik…memangla ANON tensen..Lau ANON xkeberatan berjumpalah dgn kaunselor, minta pendapat..buat ANON > usaha + ikhtiar + berdoa adalah jln terbaik..
    .-= afrinabatrisyia´s last blog ..:: Alamak, berangan terlebey sudah :: =-.

  44. iema Avatar
    iema

    sabarlah pn.anon, insyaAllah, setiap yang berlaku ada maksud tersirat disebaliknya. teruskanlah kesabaran puan dalam melayani sikap suami disamping banyakkan usaha untuk memperbaiki lagi keadaan rumahtangga puan.yang penting banyakkan berdoa kepada Allah kerana Dialah yang memegang hati dan perhubungan setiap hambaNya.
    sesungguhnya setiap yang diberiNya itu tidak sia-sia.jika puan tidak menemui hidup seperti yang puan impikan di muka bumi yang sementara ini, insyaAllah atas kesabaran dan keredhaan puan kebahagiaan itu milik puan di syurga nanti..

    Penawar Konflik Rumahtangga Anda,
    http://www.halrumahtangga.com

  45. ulfa Avatar

    walaupun lambat terpanggil nak bagi jawapan…jawapan diberi agak lambat kerana saya bertanya sendiri kepada seorang lelaki..jadi ini kiranya jawapan dari seorang lelaki tetapi diwakili oleh seorang perempuan..

    pada pandangan lelaki tersebut…pertamanya cuba muhasabah diri (ooo saya tau ramai perempuan tidak akan setuju..tapi saya hanya menyampaikan)
    step pertama dicadangkan agar si isteri cuba memperbaiki penampilan (relax jgn mara2 ye kaum wanita)..pertama berpakaian secara kemas bersih dan presentable di hadapan si suami..cuba berpakaian seksi untuk menarik lelaki tersebut..sekali sekala pergi la facial dll untuk memperindahkan diri..cubalah jaga perilaku tertentu seperti jangan lah kentut merata-rata or korek hidung or benda2 yang kita cover time baru2 kenal dengan suami (hehe ye saya tergelak bila dapat jawapan ini..tapi mungkin ada betulnya) lelaki tersebut kata memang suami tak komplen pun tapi kadang2 suami tu ada juga terasa asal lah bini saya ni tak cover2 sikit…lelaki tersebut berkata memang benar bila kahwin yang buruk dan cantik semua akan kelihatan tapi cuba dan seboleh-bolehnya cover yang buruk…bukan suami tak boleh terima cumanya kan lebih baik begitu…bagi lelaki mereka akan terangsang apabila melihat sesuatu or tersentuh sesuatu secara fizikal…berbeza dengan perempuan sex ini lebih kepada nilai-nilai emos, lelaki untuk teransang mereka perlukan rangsangan secara fizikal..maka penampilan memainkan peranan yang penting (relax kaum wanita jangan marah saya)…

    step kedua..kalau dah berubah dalam tempoh sebualan or dua pakai kemas/sexy dll suami masih lagi dingin maka tolonglah confront si suami slow talk dengan suami…..takde apa yang dimalukan..terangkan kepada lelaki keperluan sexual perempuan bukannya kepada fizikal macam lelaki tetapi lebih kepada emosi…perempuan akan rasa dihargai, cantik, disayangi dll apabila suami ingin dan bersama kita..setelah berlakunya luahan hati..lelaki itu mengetahui keadaan isterinya insyaAllah proses nak kembalikan kebahagian rumah tangga ini akan berlaku dengan jayanya…kalau lelaki itu ada masalah seksual dia akan bersungguh-sungguh mencari penyelesaian dan tidak malu untuk mendapatkan bantuan setelah dia mengetahui keadaan isterinya yang tertekan..dan sebenarnya dalam diam dia turut tertekan (setuju dengan ummu ahmads)

    saya bertanya ada kemungkinan ke ada orang ketiga…lelaki itu berkata kalau lelaki itu tiap-tiap hari pulang ke rumah tidak kerap ‘bermain’ telefon dan melayan isteri dengan anak dengan baik insyaAllah takde orang ketiga..sebenarnya suami itu masih sayang anak dan isterinya…cumanya lelaki itu ada masalah (lelaki tu pun bersetuju kalau sampai setahun tidak bersama itu dah kira tidak normal)..

    bagi pandangan saya…
    dalam hal ini tidak perlu kita mencari salah siapa…saya sangat tidak bersetuju jika suami atau isteri bila menghadapi masalah mula nak cari salah siapa..memadai untuk kita kenal pasti punca masalah dan berusaha sedaya upaya untuk membaiki masalah…kalau si isteri atau si suami sentiasa nak menuntut hak dan mencari salah siapa bukan penyelesaian yang diperolehi hanya pergaduhan yang akan berpanjangan..

    kedua saya sarankan agar suami dan isteri sentiasa tidur bersama dalam satu bilik sebaiknya satu katil dari awal perkahwinan sehinggalah ke akhir hayat..agar hubungan suami isteri itu akan kekal mesra..tak kiralah tengah bergaduh ke menyampah ke ada anak kecik yang menyusu ke kalau boleh janganlah biarkan suami kita tidur berjauhan dari kita..kalau dia nak tengok bola tengah malam nak stay up..ikut je dia tidur depan TV…kalau dia nak tidur bilik lain ikut je dia kata nak tidur sama-sama..kecuali kalau suami itu dengan tegas katakan dia perlukan sedikit ruang maka biarlah tido berasingan tapi kalau boleh jangan biar ia berlarutan..cukuplah 1-3 hari..kemudian kembalilah tidur bersama…

    komunikasi sangat penting..berbincanglah agar kita lebih memahami diri suami dan dia memahami diri kita…tidak ada suatu pun perkara yang perlu dimalukan…dia adalah sebahagian dari diri kita…tidak perlu memendam perasaan..kerana bila kita berbuat begitu bukan sahaja diri kita terseksa malah dia juga turut terseksa

    itu sahaja…pandangan saya dan si lelaki itu…hehe
    .-= ulfa´s last blog ..Cooking =-.

  46. nafisa Avatar
    nafisa

    salam Pn Anon,

    nak share sebenarnya adik beradik saya ada mengalami perkara yang hampir sama dgn puan Anon.

    kami adik-beradik tinggal dekat2 rumah Mak dan selalu berkumpul.

    kakak sulung saya, dia tak bercerita tapi mak saya dapat kesan. kata Mak, dia rasa kakak saya ‘lain’. saya pun tak tahu di mana lainnya. bila Mak selidik, rupa-rupanya dia masalah dalam seksual. Mak & ayah berdepan dengan abang ipar saya, cerita dari hati ke hati & akhirnya dia mengaku dia erectile dysfunction. masa tu dah 5 tahun berkahwin. maka mak dan Ayah usaha bawa abang ipar saya berubat & lepas tu memang nampak kakak saya lebih ceria. kakak saya kata mula2 memang abang ipar saya malu dengan Mak dan Ayah tapi lepas tu dia berterima kasih sebab dah memulihkan hubungan mereka…. sebelum tu kata kakak saya (ni cerita lepas semua selesai…) semuanya hambar saje….

    ni kes abang saya. ceritanya dia terlepas cakap depan adik ipar yang baru jadi isteri adik lelaki saya. kata dia lebih kurang “..kalau Kak Yan wangi macam Dian (adik ipar) ni, mesti Abang lagi seronok…” kami semua terkejut, dia pun terkejut sebab tak sangka terlepas cakap…. akhirnya dia mengaku hubungan suami-isteri mereka kurang menyengat sebab isteri dia tak gemar berhias. bila hati ke hati dengan isterinya, isterinya pun tak seronok bila bersama. rupa-rupanya mereka berdua kena bomoh oleh orang yang dengki dengan kebahagiaan mereka membuatkan masign-masing tak ada selera. mujurlah mereka berdua masih bersabar sampailah dapat diketahui tentang perkara sebenar.

    apa-apa pun Puan Anon, perkara ni mesti diselidik akar umbinya. jangan main anggapan saja sebab kita tak tahu mungkin penyebabnya adalah benda yang serius. berbincanglah dengan suami puan dan saya rasa tak salah kalau melibatkan ibu bapa puan dalam hal ni seperti yang berlaku pada kakak saya. kalau Mak saya tak masuk campur, tak tahulah mungkin sampai sekarang dia masih memedam rasa…..

    perkara ni kalau dibiarkan, boleh membawa mudarat. sekarang pun dah nampak, puan sanggup pukul anak sendiri. mungkin satu masa puan sampai tahap menderanya? nauzubillah….

    janganlah sampai perkara itu berlaku. berbanyak2 bertaubat dam semayang hajat, minta petunjuk…. minta suami puan lakukan juga.

    kepada suami Puan Anon, janganlah diabaikan kehendak batin isteri. anda sebenarnya sedang menjerumuskan isteri anda ke lembah dosa.

    bersama2 lah selesaikan masalah ni. bimbinglah isterimu ke jalan syurga.

    p//s: saya harap situasi puan tidaklah seteruk kakak dan abang saya….

  47. braderdiego Avatar
    braderdiego

    setuju dgn kebanyakan suggestion mommy2 di atas. try pakai pakaian ghairah, contohnya seluar pendek fit dgn baju fit macam hot-hot babe kat shopping complex tu. dan pakai yang jarang punya, antara nampak tak nampak.
    pakai perfume yang gharah, bukan wangi. pakai minyak atar pun wangi, tapi tak ghairah.
    kalau dah kurang bergetah tu, bawak-bawaklah register yoga ke, or erobik. senam sket, barulah figure 32-24-34 tu datang balik.
    dan bercukurlah yang mana-mana perlu :p

  48. shaz Avatar
    shaz

    Salam kepada semua,

    Walaupun sebagai seorang lelaki bergelar suami, saya amat faham akan perasaan pn anon. Dari kisah puan, diketahui dari segi material kehidupan keluarga puan sungguh bahagia.
    Sebagai seorang lelaki bergelar suami, saya tidak dapat bayangkan bagaimana seorang suami yang usia perkahwinannya baru kurang 5 thn, kurang teransang dgn sentuhan isteri. Sungguh pelik.

    Saya pula sentiasa ingin bergurau , bermanja dan bermesra dengan isteri saya, tapi isteri saya yang dingin. Walaubagaimanapun saya sentiasa berdoa kepada Illahi semoaga dibukakan pintu hati isteri saya itu. Oleh itu saya ingin sarankan agar puan teruslah berdoa kepada Illahi kerana ianya berkaitan dengan hati suami puan.

    Saya juga musykil dengan ungkapan yang selalu suami puan tanya “U happy tak dgn I”, seolah-olah suami puan menunggu puan menjawab “I tak happy”.

    Betul saranan mama-mama diatas supaya puan sepatutnya mempunyai masa untuk diri puan sendiri bagi mengurangkan stress. Lagi satu, curahkan perasaan rindu dan kasih puan yang tak terhingga itu kepada anak puan boy. Belailah dia,manjalah dengan dia terutamanya di depan suami puan agar suami puan dapat melihat secara tidak langsung betapa ruginya dia tidak mendapat nikmat belaian dari seorang isteri.

    Bersabarlah puan, semoga puan berada dikalangan isteri-isteri solehah. Amin

  49. Shasha Avatar
    Shasha

    Do you want me to tell you something really subversive? Love is everything it’s cracked up to be. That’s why people are so cynical about it. It really is worth fighting for, being brave for, risking everything for. And the trouble is, if you don’t risk anything, you risk even more.

  50. mamijeeja&adek Avatar
    mamijeeja&adek

    First of all, am sorry if my comment is out of line. Tapi baru2 ni saya dpt berita husband kawan ni ada boyfriend! Which explains why he’s not interested to have … lansung dgn wife dia sendiri.
    Nauzubillah.
    The thing is, from personal observation, lelaki yang berkayu tiga usually tak turn off absolutely dengan wife sahih depa.
    Therefore, if this is really the case (which i truly hope it is not), Anon kena intervene. Jangan dibiarkan husband tu melayang dengan nafsu sonsang dia tu, he needs help and since Anon sayang kat dia you must take action. Dont know how to help exactly, but i think there must be counselling available out there.
    Sekali lagi, am very very sorry if this would offend Anon, MommyLyna or anybody else, but i just have to share this info as one of the probability (however unlikely) to the situation at hand.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge