Majoriti blogger menulis tentang kehidupan, pengalaman, situasi diri sendiri dalam blog masing-masing. Ini memang benda yang normal lah, biasanya orang create blog untuk menulis tentang anak-anak, kehidupan hari2 dan sebagainya.
Tapi disebabkan tema seperti kat atas tu, iaitu tema tentang diri sendiri, amatlah besar persaingannya. Bayangkan ajelah dalam 100 bloggers, 99 tulis tentang diri sendiri. Pengalaman sendiri, perasaan sendiri. Kadang2 macam tulis diari pun ada.
Tak salah pun.Cuma kalau nak majukan blog ke next level, kena lain sikit dari biasa. Kalau diri sendiri kita sudah sedia unik, itu memang satu bonus. Jadi tak payah nak fikir2 jauh, tulis je tentang diri kita. Contohnya Chika yang tinggal di Austalia berkongsi pengalamannya dari kehidupan sehari2. Even, ramai yang google tentang ‘kehidupan Chika di Australia’. So, di sini Chika ada satu keunikan yang tak dipunyai oleh orang lain.
Jadi kalau mahu blog tentang diri, cari keunikan kita di mana.
Kalau tidak, kita boleh cari tema lain untuk menjadi tema blog kita. Tak semestinya kena deviate terus dari kehidupan kita, tapi maksudnya tak adalah tulis “Hari ni saya makan nasi, Semalam saya makan mi”. Maknanya benda yang lebih spesifik dan lebih istimewa dari orang lain.
Antara cadangan tema atau topic yang boleh kita gunapakai:
1. Tulis tentang sesuatu yang kita minat, suka dan seronok dengannya.
Contohnya hobi. Katakan kita suka memasak. Jadi kita mungkin boleh buat blog masakan. Untuk lebih best lagi, spesifikkan lagi tema masakan. Mungkin masakan Barat, atau masakan untuk orang sibuk.
Mungkin kita sukakan sesuatu benda, atau tempat, atau aktiviti. Mungkin kita suka menonton wayang. Kita boleh buat blog review tentang movie2 yang kita tonton. Dalam pada tu kita boleh bercerita pengalaman kita menonton.
2. Tulis tentang satu topik yang boleh mengundang komentar
Mungkin pelik sikit kalau kita tiba2 tulis tentang anatomi semut. Hanya peminat semut atau budak2 yang buat projek sains tentang semut saja yang akan baca post kita. Pastika topik/tema yang kita pilih adalah dekat di hati pembaca. Kalau benda2 hobi ni kan biasanya dekat di hati pembaca. Mungkin selain dari bercerita saja, kita boleh bagi tips2 berguna.
3. Cari niche yang lebih spesifik
Maknanya ia lebih menjurus kepada sesuatu pengkhususan. Kalau tulis pengalaman diri sendiri, ia akan jadi cacamarba, macam blog saya ni. Rojak, semua ada. Bagi blogger baru, susah sikit nak bina identiti dengan cara begini. Jadi, tentukan apa topik utama yang spesifik untuk anda tulis.
Contohnya, “Blog Masakan” ini agak broad dan pesaing pun ramai giler. Tapi bila kita buat “Blog Masakan Melayu Untuk Mereka yang Sibuk”, mungkin akan menarik perhatian ibu2 yang balik rumah jam 7 malam pastu kena masak segala.
So, set back & relax, fikirkan apa niche yang sesuai, draft dalam kepala otak dan terus tulis blog!
Leave a Reply