Tergamam saya membaca berita tentang kejadian amuk yang membabitkan sebuah keluarga di Perak, yang menyebabkam dua orang anak kehilangan ibu bapanya. Tenggelam seketika kisah buang bayi yang semakin rancak sejak masuk bulan Ramadhan ni.
Sedihnya hati mengenangkan trauma yang dihadapi oleh anak2 itu bila menyaksikan sendiri ibu mereka mati ditetak oleh bapa sendiri! Innalillahi wa inna ilaihi rajiuun.
Ini bukan kali pertama kes sebegini berlaku. Suami bunuh isteri, anak penggal ayah, anak belasah emak hingga mati, anak sembelih ayah, ibu cekik anak….macam2 lagi tak sanggup nak ingat.
Tiada pertimbangan… Ya, kerana kebanyakan mereka ni mengalami gangguan mental. Makin lama makin ramai orang tak siuman dalam masyarakat kita. Yang pelajaran tinggi, kerja bagus… Pun gila juga.
Petanda manusia semakin jauh dengan Tuhan…
Orang2 yang rapat dengan Allah, mentalnya terjaga. Para sahabat tak ada yang gila. Tapi kalo dalam drama Melayu, yang ada mental problem ni la yang pakai kopiah, rajin ke masjid, suka berzikir.. Hehehe.
Artikel di bawah bukan untuk mengaibkan sesiapa, cuma renungan dan teladan buat kita. Semoga bahagia selalu.
(petikan Mingguan Malaysia 15 Ogos 2010).
Amuk sahur
Oleh SITI MARIAM MD. ZAIN dan AINSAFRE BIDIN
pengarang@utusan.com.my
TELUK INTAN 14 Ogos – Ketika umat Islam menikmati juadah sahur awal pagi ini, seorang lelaki dari sini yang dipercayai kehabisan ubat bertindak di luar kewarasan, telah mengamuk lalu menetak isterinya sehingga mati sebelum dia maut ditembak polis tiga jam kemudian.
Dalam kejadian pukul 5.15 pagi di Taman Mawar, Langkap dekat sini, lelaki itu, Mohd. Natri Shaharudin, 39, turut mencederakan dua anak perempuannya menyebabkan salah seorang daripadanya putus jari tangan.
Lelaki itu yang dipercayai menghidap masalah mental bertindak mengikat isterinya dengan tali sebelum menetak mangsa bertubi-tubi menggunakan sebilah parang.
Lebih memilukan, kejadian berlaku di depan mata kedua-dua anak perempuan pasangan tersebut.
Bagaimanapun, lelaki terbabit akhirnya mati ditembak oleh pasukan polis pada kira-kira pukul 8.30 pagi ini selepas dia enggan menyerah diri sebaliknya menyerang pasukan keselamatan.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, isteri lelaki itu, Khairul Bariah Mohd. Ariffin, 36, seorang pekerja kilang meninggal dunia akibat cedera parah di kepala dan badan.
“Salah seorang anak mereka, Najihah, 13, cedera di bahagian badan selain putus dua jari tangan.
“Seorang lagi anak mereka, Nazuwa, 10, terselamat dan tidak mengalami kecederaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Leave a Reply