Buku Inspirasi Contest

admin Avatar

Saya terpanggil untuk menyertai contest anjuran Puan Masayu ni.

Mula2 kita letak syarat2 dulu:

Syarat-syarat
1.Anda perlulah menjadi follower blog ini – ya!
2.Pautan blog naufal di blog anda – ya!
3.Letakkan buku pilihan/contest di side bar blog anda –ya!
4.Siarkan entri berkenaan contest ini di blog anda dan pautan contest iniya!
5.Tarikh tutup sehingga diberitahu kelak
6.Buku pilihan adalah berdasarkan kesesuaian jawapan anda. – ya!
7.Terbuka kepada wanita/pelajar/lelaki (jika mahu hadiahkan kepada isteri)
8.Sila nyatakan/tinggalkan komen untuk mudah saya menjejaki anda – ya!

Anda layak
1.Pautan blog anda ke blog ini
2.Sekiranya anda melakukan bisnes online ataupun konvensional, anda layak untuk ditemuramah. Artikel berkenaan bisnes anda akan dimasukkan dalam mana-mana laman web, blog, buku atau ebook.

So, itulah buku pilihan saya di sidebar, iaitu ini:

buku

Lalu perlu jawab soalan mudah berikut:

1.Apakah status anda kini?

Saya ibu bekerjaya sepenuh masa. Dalam masa yang sama saya juga melakukan kerja2 di online seperti blog, websites, e-books,  dan sebagainya.

2.Apakah impian anda pada masa hadapan? (impian ke angan2?)

  1. Memiliki empayar perniagaan internet seperti Jeff Jarvis atau Irfan Khairi yang membolehkan saya menjadi seorang CEO tanpa perlu bekerja keras di bawah telapak kaki orang lain (wah, ayat!).
  2. Membina sebuah search engine sehebat Google ataupun social networking website seperti FaceBook tapi Malaysian based dan mempunyai ciri-ciri ke-Malaysia-an.
  3. Membuka perkhidmatan webhosting sendiri.
  4. Memiliki rangkaian perkhidmatan di internet yang merangkumi pelbagai servis seperti perkhidmatan kaunseling, tutorial, coaching, etc. untuk mereka yang berminat dan bersungguh2 untuk menjalankan perniagaan atau pekerjaan dari meja komputer.
  5. Mendidik anak-anak agar mahir komputer dan mempunyai perniagaan internet mereka sendiri.
  6. Menjadi inspirasi kepada ibu-ibu yang terikat dengan perkerjaan tetap bahawa kita boleh melakukannya!
  7. Diversify kepada perniagaan lain juga. Sebab tu saya nak buku di atas.
  8. Ingin membina sebuah keluarga dan kehidupan yang well-balance. Sekarang saya nak pergi bercuti pun tak mampu. Takde budget + takde masa.
  9. Financially free. Maknanya tak perlu tunggu gaji, tak perlu tunggu bonus, tak perlu tunggu apa-apa untuk mendapatkan sesuatu. Cuma perlukan planning dan pertimbangan bahawa kemahuan itu berbaloi ditunaikan dan tidak perlu seperti sekarang yang mana saya mencari barangan yang paling murah tanpa mengira kualiti.
  10. Membantu wanita lain mencapai impian mereka (yang bersangkutan work at home)
  11. Menulis buku tentang perjalanan kejayaan saya.
  12. Semoga Allah memberkati usaha saya dan mengabulkan segala doa dan usaha keras saya 🙂 ameen.

Tagged in :

admin Avatar

One response to “Buku Inspirasi Contest”

  1. Masayu Avatar

    Terima kasih Lyna, baru dapat jejak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge