Saya terpanggil untuk menyertai contest anjuran Puan Masayu ni.
Mula2 kita letak syarat2 dulu:
Syarat-syarat
1.Anda perlulah menjadi follower blog ini – ya!
2.Pautan blog naufal di blog anda – ya!
3.Letakkan buku pilihan/contest di side bar blog anda –ya!
4.Siarkan entri berkenaan contest ini di blog anda dan pautan contest ini – ya!
5.Tarikh tutup sehingga diberitahu kelak
6.Buku pilihan adalah berdasarkan kesesuaian jawapan anda. – ya!
7.Terbuka kepada wanita/pelajar/lelaki (jika mahu hadiahkan kepada isteri)
8.Sila nyatakan/tinggalkan komen untuk mudah saya menjejaki anda – ya!
Anda layak
1.Pautan blog anda ke blog ini
2.Sekiranya anda melakukan bisnes online ataupun konvensional, anda layak untuk ditemuramah. Artikel berkenaan bisnes anda akan dimasukkan dalam mana-mana laman web, blog, buku atau ebook.
So, itulah buku pilihan saya di sidebar, iaitu ini:
Lalu perlu jawab soalan mudah berikut:
1.Apakah status anda kini?
Saya ibu bekerjaya sepenuh masa. Dalam masa yang sama saya juga melakukan kerja2 di online seperti blog, websites, e-books, dan sebagainya.
2.Apakah impian anda pada masa hadapan? (impian ke angan2?)
- Memiliki empayar perniagaan internet seperti Jeff Jarvis atau Irfan Khairi yang membolehkan saya menjadi seorang CEO tanpa perlu bekerja keras di bawah telapak kaki orang lain (wah, ayat!).
- Membina sebuah search engine sehebat Google ataupun social networking website seperti FaceBook tapi Malaysian based dan mempunyai ciri-ciri ke-Malaysia-an.
- Membuka perkhidmatan webhosting sendiri.
- Memiliki rangkaian perkhidmatan di internet yang merangkumi pelbagai servis seperti perkhidmatan kaunseling, tutorial, coaching, etc. untuk mereka yang berminat dan bersungguh2 untuk menjalankan perniagaan atau pekerjaan dari meja komputer.
- Mendidik anak-anak agar mahir komputer dan mempunyai perniagaan internet mereka sendiri.
- Menjadi inspirasi kepada ibu-ibu yang terikat dengan perkerjaan tetap bahawa kita boleh melakukannya!
- Diversify kepada perniagaan lain juga. Sebab tu saya nak buku di atas.
- Ingin membina sebuah keluarga dan kehidupan yang well-balance. Sekarang saya nak pergi bercuti pun tak mampu. Takde budget + takde masa.
- Financially free. Maknanya tak perlu tunggu gaji, tak perlu tunggu bonus, tak perlu tunggu apa-apa untuk mendapatkan sesuatu. Cuma perlukan planning dan pertimbangan bahawa kemahuan itu berbaloi ditunaikan dan tidak perlu seperti sekarang yang mana saya mencari barangan yang paling murah tanpa mengira kualiti.
- Membantu wanita lain mencapai impian mereka (yang bersangkutan work at home)
- Menulis buku tentang perjalanan kejayaan saya.
- Semoga Allah memberkati usaha saya dan mengabulkan segala doa dan usaha keras saya 🙂 ameen.
Leave a Reply