Budak 3 Tahun Jadi Imam Solat Jemaah? Sah Ke?

admin Avatar

Keutamaan solat jemaah tidak perlu diperjelaskan lagi, kerana ketetapan syariat dan sabda Rasulullah tentang 27 kali ganda pahala solat sendirian sudah cukup untuk menggambarkan betapa tingginya darjat solat jemaah itu.

Imam Syafie berpendapat, solat jemaah adalah Fardu Kifayah (sekurang2nya ada satu grup yang buat jemaah dalam sesuatu kawasan) manakala ada ulama berpendapat ia adalah sunat muakkad (sunat yang dituntut).

Solat jemaah ni sebenarnya bukan sahaja untuk mendapatkan 27 kali pahala itu atau menunaikan fardu kifayah/sunat muakkad, tapi banyak hikmahnya, samada terang atau tidak. Yang paling nyata aktiviti solat jemaah di masjid adalah satu cara untuk memupuk perpaduan ummah, silaturrahim sesama Muslim. Ini kerana kita bukan sahaja duduk sebelah menyebelah dengan saudara2 kita, tapi juga selepas solat, aktiviti bersalam-salaman adalah satu perkara yang membuka ukhwah.

Paling takpun jika hanya bersolat bersama keluarga di rumah, ia adalah satu jalan untuk membentuk sebuah keluarga yang harmoni. Aktiviti apa yang membolehkan anggota keluarga melakukan perbuatan yang sama pada masa yang sama? Solat, kan?

Solat jemaah adalah lambang perpaduan yang amat utuh dan ditakuti oleh musuh2 Islam.

Bila sebut tentang solat jemaah, dua perkara yang penting ialah makmum dan imam. Kalau makmum ni tak ada apa lah sangat, semua orang pun boleh jadi makmum. Tapi bila masuk bab imam, ramai yang tak sanggup menjadi imam. Antara alasan yang biasa diberikan untuk menolak menjadi imam ialah, tak brapa baik sangat untuk bimbing makmum, bacaan tak lancar, tak layak dan sebagainya.

Apakah syarat2 menjadi imam?

  1. Islam
  2. Berakal
  3. Baligh
  4. Lelaki sejati, jika makmumnya lelaki, perempuan atau khunsa. Kalau jemaah semua perempuan, maka perempuanlah jadi imam. Perempuan tidak boleh menjadi imam kepada lelaki.
  5. Bersih daripada hadas dan kekotoran
  6. Mempunyai bacaan yang baik dan perbuatan solat yang sempurna. ‘Mahir bersolat’ la kiranya.
  7. Berilmu dalam bab hukum hakam solat.
  8. Boleh menyebut dengan jelas, tidak gagap atau sengau, pandai membunyikan huruf mengikut makhraj.

Bagaimana pula kalau budak 3 tahun menjadi imam?

Nak letak hukum apa ni?

 

 

 

*********

 

Sewaktu ambil Hafiy balik dari taska.

Cikgu : Tadi Hafiy nak jadi Imam solat Zuhur. Siap pakai kopiah, tapi seluar pendek. Cikgu kata mana boleh pakai seluar pendek jadi Imam. Esoklah bawa baju melayu.

(Rupanya baju melayu dah dipulangkan, biasnaya cikgu simpan sampai Jumaat, tapi minggu ni hanya bagi sepasang je, dia pulangkan on Wednesday dan saya tidak membasuh baju, jadi tak perasan ada baju melayu dalam plastik baju kotor T_T)

Budak ni agak liat kalau solat di rumah. Nak kena marah dulu baru bergerak. Kalau time solat jemaah, dia dengan Adik main ketuk2 kat belakang. Takpe, kecik lagi.Kasik can la. Dah umur 10 tahun karang kalau tak reti-reti lagi harus kena rotan (rotan bukan cara kuno/kejam dalam mendidik anak, ia adalah sunnah, tapi bukan rotan sampai berbirat).

JULY 107

Solat pun nak pegang kereta, sabar ajelah.

JULY 108

Sejuk hati ibu. Doa ibu agar Hafiy Al-Fateh menjadi seperti Muhammad Al-Fateh yang komited dengan tahajud. (Eh, sejak bila aku jadi IBU?)

JULY 109JULY 110 

Dah tahu ada kamera, memang jadi macam tu lah dia.

As-solatu imaduddin. Solat tiang agama. Mengabaikan solat seolah2 mengabaikan kepentingan tiang dalam rumah kita. Kalau tak ada tiang mungkin tak sempat nak apa-apa pun dah roboh.

Ada orang kata, setiap apa bangsa atau agama di dunia ni, untuk berjaya adalah dengan agama dan kepercayaan. Tak kiralah agama apa. Saya rasa betul juga. Di mana2, construction bangunan, kedai2 milik orang Buddha, pasti ada tempat sembahyang mereka. Saya pernah tengok (gambar je) upacara masyarakat Hindu semasa membuka tapak sebuah bangunan. Apatah lagi orang Islam, kejayaan itu datang bila kita bersama-sama dengan Tuhan. “Haiyya alal falah”.

Saya rasa saya nak pegi ambil wuduk sekarang 😀

admin Avatar

11 responses to “Budak 3 Tahun Jadi Imam Solat Jemaah? Sah Ke?”

  1. sitisifir10 Avatar

    Ni makcik nak tanya ni, imam 3 tahun tu pakai diapers ke tak?? Kalau pakai, tak sah lah kot 😛 Budak laki lagi senang nak ajar sbb diorang tak pakai kopiah pun boleh solat, budak perempuan kalau nak ajar kena pakaikan telekung.

    **nak telekung online, bole cari makcik siti ye… 😛
    .-= sitisifir10´s last blog ..Tak Baik Jelir Lidah Walau Apa Pun Anda -D =-.

    1. Mommy Lyna Avatar

      telekung online tu untuk semayang online ke? wakakakaka. lawaknya aku hari niii

      ada jugak niat nak mencari telekung baru. baju baru boleh beli selalu, nak beli telekung pun berkira 😛

  2. azrinna Avatar

    Pd pndapat saya blh saje budak umur 3 tahun jadi imam. Tpi kita berniat solat bersendirian lah. cz budak umur 3 thn mmg tk cukup syrat utk jadi imamkan? if kita didik dia jadi imam dr usia muda, smpi dewasa dia akan ada keyakinan utk terus jadi imam. Sekadar pandangan
    .-= azrinna´s last blog ..Beatiful blogger award =-.

    1. Mommy Lyna Avatar

      TQ azrinna for the opinion 🙂

      juat sharing from URL : http://berita-harian-online.com/10-syarat-jadi-imam/

      Baligh, tidak sah solat yang diimamkan seseorang mumaiyiz kepada seorang yang baligh di dalam
      solat wajib dan sunat. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Ibn
      Abbas dan Ibn Masud, Janganlah diimamkan solat itu oleh seorang budak
      sehingga dia baligh. Ini kerana solat itu adalah dalam keadaan
      sempurna sedangkan budak atau kanak-kanak itu bukan daripada ahli yang
      sempurna.Imam Syafie berpendapat, harus orang yang baligh menjadi
      makmum kepada imam yang belum Mumaiyiz. Ini berdasarkan apa yang
      diriwayatkan daripada Amr bin Salamah: Aku telah mengimamkan solat di
      zaman Rasulullah s.a.w sedang aku adalah anak yang baru berumur tujuh
      tahun. (Riwayat Bukhari)

      and URL : http://soaljawab.wordpress.com/2008/01/17/sahkah-solat-jemaah-diimami-kanak-kanak-yang-belum-baligh/

      Prinsip dasarnya dalam urusan shalat jamaah adalah apabila imamnya sah dalam melakukan shalat. Bila shalatnya imam sah, maka sah pula keberjamaahan shalat tersebut. Sebaliknya, bila shalat imam tidak sah, maka tidak sah pula jamaah itu.

      Shalatnya seorang anak kecil yang belum baligh, sebenarnya sah sahaja. Ini kerana syarat sah sebuah shalat tidak bergantung apakah seseorang sudah baligh atau belum. Baligh adalah syarat wajib, bukan syarat sah.

      Syarat wajib dengan syarat sah berbeza.Maksud dari syarat wajib adalah apabila syarat-syarat itu sudah terpenuhi, maka yang bersangkutan jadi wajib hukumnya untuk melakukan shalat atau ibadah lainnya. Dan sebaliknya, bila syarat wajib belum terpenuhi, maka yang bersangkutan tidak wajib atau belum diwajibkan untuk melakukan ibadah tersebut.

      … Sehingga menurut ulama kalangan mazhab Al-Hanafiyah, tidak sah bila anak kecil menjadi imam shalat, baik shalat fardhu atau pun shalat sunnah. Sedangkan ulama di kalangan mazhab Malik dan Hanabilah, yang tidak sah hanya untuk shalat fardhu, sedangkan untuk shalat sunnah, hukumnya sah.

      Pendapat yang menurut kami lebih kuat adalah pendapat di atas, yang juga merupakan pendapat mazhab Asy-Syafi’iyah. Hal itu kerana dalilnya sangat kuat, di mana Al-Bukhari menshahihkan hadits tentang Amr bin Salamah yang mengimami shalat jamaah saat beliau masih berusia 7 tahun.

  3. sya Avatar

    hmm, kalau saya, anak saya akan berdiri dibelakang saya, seolah2 solat berjamaah. sebab, dia pun masih baru nak mengikut gerak geri dan bacaan je. bukan solat dalam erti kata yang sebenar… nak kena fahamkan dia dengan cara solat berjemaah dulu… 🙂
    .-= sya´s last blog ..diorang-diorang itu =-.

  4. Hanz Avatar

    Tak sah, kan? 😛
    .-= Hanz´s last blog ..Baby Hanz =-.

  5. isabelle Avatar

    hehehe.comelbetul.
    sengaja je dia buat gelagat bila tau org amik gmbr dia.

  6. Fid Avatar

    anakku solat raya jaaa
    macam mana niiiii

  7. Mommy Lyna Avatar
    Mommy Lyna

    errrr.. dont take it too serious. saya cuma cuba membuat lawak saja (^^)V

  8. ismail Avatar
    ismail

    Nak tanya…anak saya lelaki umur 9 tahun. Dia hari-hari mintak nak jadi imam. saya kata tak boleh..dia dah merajuk. Dia rajin adzan dan kamat bila masuk waktu. Jadi saya biarkan dia jadi imam tapi kami diam-diam niat makmum…boleh atau tidak.

  9. Adawiah Nik Avatar

    Ala mama.. Saya nak jadi imam juga, mama ikut belakang tau!! serupa anak saya.Raikan aje.. kan.. terhibur pun ye juga dengan telatah mereka.

    http://adawiahnik.blogspot.my/2016/10/sihat-dan-cergas-bertenaga-di-tanah.html

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge