Blog Yang Best Ada Ramai Followers ke Subscribers?

admin Avatar

Blog yang best ialah blog yang mungkin ramai pembaca, yang orang suka masuk berkali2 untuk baca entry blogger tersebut. Samada orang nak tengok “Apa anak dia buat hari ni?” atau “Ke mana pulak orang ni pegi hari ni?” atau nak baca topik2 menarik yang dibincangkan oleh blogger tersebut.

Sekarang ni ramai yang berbicara tentang followers. You follow I, I follow you. Kononnya semakin bagus/best/popular blog tersebut, semakin ramailah follower.

Does it really matter?

Saya adalah pengguna WordPress, walaupun kedai online saya adalah menggunakan platform BlogSpot, tapi saya jarang taip entry di Dashboard blogger.com, biasanya saya pakai Windows Live Writer (WLW) je, senang dan mudah.

Kerana setahu saya untuk melihat update blog yang kita follow adalah dengan memasuki Dashboard blogger.com, dan ia akan keluar. So kalau sesiapa yang blogging dari WLW, handphone, iPad dan seumpamanya…. manakan masuk dashboard Blogger.com kan?

Saya pun bookmark saja blog2 yang menjadi daily dosage.

Adakah blogger yang mempunyai ramai followers itu melambangkan blog/beliau adalah best dan mempunyai pengaruh yang besar?

Err..ini bukan entry dengki ya, maklumlah followers blog saya tak ramai pun, cuma 582 orang (setakat 4 ogos 2010). Saya pun tak kisah sangat pasal followers ni, sebab yang masuk blog saya bukan banyak tu pun. Cuma, menjadi tanda tanya bile sesetengah bloggers agak mengambil serius soal follow tak follow ni.

Saya pun tak semua blog kawan2 saya follow. Salah satunya sebab handphone saya tak paparkan widget tersebut. Lepas tu macam saya kata tadilah, it does not matter at all sebab saya tak bukak pun Dashboard Blogger.com.

Jadi, di mana kepentingan followers?

Lagipun kebanyakan blog yang menjalankan contest meletakkan syarat ‘jadi follower blog ini’. So mana2 blog yang suka buat contest, lagi2 contest yang best, memang beribu lah followers. Kalaupun diorang ni cuma jadi followers sebab nak penuhi syarat contest je.

Berbeza dengan subscribers, kerana mereka yang jadi subscriber ni akan mendapat update terus ke email atau sidebar masing2. Subscribers ni lebih telus kan? Mereka memang ‘langgan’ blog kita secara direct dan dapat update entry2 terbaru tanpa perlu ke mana2, cuma buka email saja. (Bravo my subscibers, saya tengah plan nak beri sesuatu kepada subscriber yang ke-1000. Bole?)

Apa pendapat anda? Bagaimana anda menilai blog yang best?

(Alexa ranking susah nak cakap, saya pernah compare dengan my friends’ blog, Alexanya main juta lagi tapi UV (unique visitor hari2 dekat 2 ribu. Member yang Alexa 100k lebih je, tapi UV lagi kurang dari saya yang ranking Alexa 300+ ni – Alexa ranking berdasarkan 1 month & 3 month).

admin Avatar

39 responses to “Blog Yang Best Ada Ramai Followers ke Subscribers?”

  1. fid Avatar
    fid

    saya nyampah kalau org suruh saya foloow suka hati saya la
    kahkhkhahkahkahkah
    saya juga nyampah kalau org asyik cakap bab ranking kahkahkahkah
    gasak laaaa

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      ada orang mmg blogging for traffik & publisiti hehehe

  2. NurAreefah Avatar

    mana-mana pun boleh ;p

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      aha betul2
      tp recently orang2 asik bercakap pasal followers aje. kan?

  3. Miela77 Avatar

    what ever it is..ur blog are the hottest blog tau..kiranya paling diminati dan ramai blogger suka masuk.. x mcm my blog..setiap entry just beb org je komen..doesnt matter..as long mrk ingat daku cukupla..tul x lyna.
    .-= Miela77´s last blog ..Pakej Swasta Gaji lak – Diskaun 5 – 20 meh tengokshopping raya trus =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      wahhh tak tido saya malam ni
      1st time nih dapat “hottest blog”
      TQ kak miela 😀

      ala kak miela, sama je kita
      takdela best mana pun saya
      komen pun takde sampai 70+ hehehe
      oh, kadang2 satu pun xde 😀

  4. Ummi Hanie Avatar

    sy nampak d cni yg subscribers lebih berharga dan loyal 😉

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      mungkin juga kan?

  5. sya Avatar

    eh, macam mana nak tahu siapa yang subscribe eh?

    hmm, saya follow blog yang saya suka baca sebab senang nak baca terus melalui google reader, tak perlu jenguk ke tiap2 blog. bila nak komen baru masuk.. ampun sebab tak naikkan ranking alexa sebab baca ikut google reader… hehehe….
    tapi, kalau ada orang tinggal msg suruh follow, follow aje lah…. 😛
    .-= sya´s last blog ..akaun facebook yang secret =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      tapi mungkin jumlah follower, ranking, pagerank, subscriber semua tu boleh menarik perhatian advertisers kan?

      (patutla takde advertiser berminat dgn blog saya hahahaha)

  6. Hanis Avatar

    it depends..

    kalau org tu suka blog dia nmpak ramai je jengah, dia suka je nmpak byk follower.

    ada je yg suka kongsi membebel or info, tk kisah ramai org follow or not..

    tp, adakah follower or subcriber ni menentukan income via blogging?

    setahu saya, base on visitor view, and click je kan?

    maafkan hamba yg buta blogging…hihi
    .-= Hanis´s last blog ..Tips- Si kecil pun boleh kenal warna =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      mungkin bila advertisers tgk jumlah followers beribu2, itu adalah indication kepada betapa famous dan berpengaruhnya blog tu. as first impression kan, diorang mana tahu analytic sesebuah blog tu kan? tol tak?

  7. sayahappyslalu Avatar

    saya pun tak follow blog lain.. guna WLW, dashboard blogger tu dah dibiarkan sepi kecuali ada widget atau background nak tukar.. hehe..
    .-= sayahappyslalu´s last blog ..Kerisauan Menjelang Ramadhan… =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      “maafkan kami kerana tidak menjadi followers blog kamu2”

      🙂

  8. Ani Avatar

    Blog saya xde org follow pun….sy x kisah pun….tp sy suka baca blog org yg byk info…

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      blog saya ada masuk senarai tu tak?

      🙂

  9. ina Avatar

    ikut orang kot..saya suker jer letak kat blog..tak kisah pun ramai ker dak follower..sebab saya sker tengok bila bertambah follower…so bertambah kenalan ..so rajin gak klik tengok n baca blog dorang tuh…
    .-= ina´s last blog ..orang bawah =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      tol jugak kan. lagi2 kalo nak masuk semua dalam blogroll kadang2 tak sempat. klik je kat petak follower 🙂

  10. linda Avatar

    follower? apa tu?
    hehehe…saya follow sebab saya suka, org xmo follow saya, saya pun tak kisah…
    yang penting, saya stay put dgn apa content yang saya nak paparkan, every single thing yang terlintas di minda…
    tp blog u tetap saya bukaka hari2 sebab best..hehehe

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      takpa, yang follow tak semstinya baca, yang tak follow tu tah2 loyal reader kan 😀

      blog awak pun best jugak hehehe. very structured walaupun cerita sehari2 tapi olahan yang sungguh berbeza 😉

  11. silbiabigail Avatar
    silbiabigail

    yg mustahak entri mesti dapat dikongsi ramai2…

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      kalau kongsi komen ramai2 mmg syok kan rasanya:D

  12. rizza Avatar
    rizza

    follow ? hehhe
    apa2 le dik ooi..
    org nak baca ke idak ke.. nak jengah ke tak ke.. masing2 la kan…
    akak akan jengah mana yg sempat dan kadang2 tertinggal akak pi le carik balik.. apa2 pun tgk keadaaan.. betul tak.. kalau bz.. kita patah le balik baca post kawan2 yg kita suka baca blog nye…

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      kalo dah suka, 2-3 kali sehari pun ai masuk kan? kan?

  13. sitisifir10 Avatar

    a’ah ek…ai tak follow pun blog yang ai suka baca….tapi kalau dah masuk contest tulis syarat mcm tu, kita follow je lah kans…hik hik…
    .-= sitisifir10´s last blog ..Baby Biru Contest =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      follow blog ai! hahahaa

  14. adianiez AIDA Avatar

    br 2-3 lepas aida melakukan pembersihan bloglist. aida memang byk follow blog. maklumlah, pertama cari kawan, kedua cari ilmu. byk yg aida belajar dari ilmu kawan2. tu yg paling berharga. tak kisah la if nak dtg ke tak blog aida. blog tu utk aida. aida follow & aida link blog dia. after sometimes aida lihat dia tak pun visit & link aida, and rasa nyer tiada yg penting di blog dia utk aida, aida PADAM jer. ye la, dia tak interested dgn kita, nak buat per.

    ramai juga yg da jadi kawan dgn aida secara maya, share citer anak, beli2 brg, jual brg, memang best. and blog ilmu utk manfaat aida & anak2, aida maintain kat bloglist (tak kira la org tu visit ke tak blog aida). yg penting, aida sendiri akan cuba gi semua blogger friends tanda penghargaan….

    love you all…. hi hi hi….
    .-= adianiez AIDA´s last blog ..CUTE TEDDY BEARS GIVEAWAY =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      mana tau dia baca kut Google reader ke hehehe

  15. LittleMama Avatar

    personal blog ai pun ranking ke sejuta jugak..he..he
    .-= LittleMama´s last blog ..Shopping Baju Raya Baby Online =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      kak ros mesti 5 ribu UV sehari ni kan? kan? 🙂

  16. Hanz Avatar

    tak ariflah bab2 ni..macam Fid..gasaklah..ekekkek
    .-= Hanz´s last blog ..CLOTH DIAPERING CHIT-CHAT BORAK SANTAI GATHERING IS ON! =-.

  17. zuhaini Avatar

    yup. subscriber lagi loyal.. saya nak blogging pun da x da mood lately.. ahahah
    .-= zuhaini´s last blog ..Alia buat apa tu =-.

  18. Nia Avatar

    saya pun tak dapat ranking best2 pun, tapi tak kisah la. bila org komen entry saya pun, dah rasa seronok dah..hehe
    .-= Nia´s last blog ..Kalaulah aku tak tinggi sangat =-.

  19. shy Avatar
    shy

    shy follower yg keberapa lyna? 😉

  20. shy Avatar
    shy

    eh silap la…bukan follower, tp subscriber no bape?..
    ampunss..

  21. ana Avatar

    hebatlah blog nih…
    hmmm….
    sila share ape yg patut
    =)
    jemput2 ke rumah-blog-

  22. AmenoWorld Avatar

    Apa itu feedburner macam mana nak buat apa yg ko buat tue?

  23. cargas Avatar

    oh..kenapa x blh remove blog kita follow ? hidden je dpt

  24. Yati Avatar

    Saya mmg baru sgt dlm arena blog. Cemana nak letak column follower tu ye? heheh itu pun tak lepas lg. Takat ni saya rasa pembaca blog saya adalah di kalangan kawan2 yg sedia ada jer… byk nk kena blaja dr lyna n bloggers lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge