Bisnes Kuih Raya 2010, Peluang Jana Pendapatan Kencang!

admin Avatar

Bisnes? Kuih raya? Erk.

Lagi seminggu kita akan memasuki bulan Ramadhan. Anak-anak saya ni tak berapa faham lagi tentang Ramadhan ni. Konsep tauhid pun belum dapat grab lagi. Bila tanya “Siapa jadikan Hafiy?” Jawabnya “Allah” tapi pemikiran kanak2 umur 3 tahun (anak saya) ni belum lagi ke tahap yang lebih atas iaitu bertanya balik “Allah tu siapa Mommy?”. Tapi tak apa, yang penting penerapan dari kecil tu, bila kita ukir pada batu, insya-Allah ia akan kekal.

Menyebut tentang puasa ni, secara tak langsung perkara2 tentang menyambut hari raya akan tempias2 juga. Tidak boleh dinafikan kepentingan menyambut Aidilfitri, kerana itulah hari raya kita. Ada orang kata tak boleh berlebih2 sambut raya.. memanglah, tapi.. orang yang sama… kalau sambut birthday, buat majlis kahwin, bagai nak rak, kenapa raya tak boleh? Mentang2 Aidilfitri tu ada kesinambungan dari ibadah (bersangkutan dengan agama) so terus jadi soleh 🙂

2-3 hari ni dalam forum tertutup gadis2 litar, ada seorang dua yang membicarakan tentang bisnes kuih raya. Antara lain yang disebut ialah bisnes popia nestum (ke popiah cornflakes?) yang telah mereka jalankan tahun lepas. Kencangkah pendapatan dengan bisnes kuih raya mereka tu? Entahlah hanya mereka yang tahu.

Tapi ini yang anda akan dapat bila buka website Rahsia Kuih Raya (KLIK SINI):

Saya berjaya mendapat jualan kuih raya RM1200 dalam satu malam,
tapi pengusaha-pengusaha kuih raya lain ketawakan saya…RM1200 je?

Tersebut adalah testimonial Puan Azlina (bukan saya, alangkah bestnya jika itu adalah saya :D).

Wargh hampir hilang akal saya dibuatnya bila baca sales page Puan Azlina tu (Sekali lagi, alangkah bestnya jika itu saya :D). Kalaulah saya dikurniakan bakat (dah malas tu kata tak berbakat la kan,easy excuse) untuk membuat kuih2 raya, agaknya mahu saya cuti tanpa gaji sebulan buat bisnes kuih raya 🙂

Tapi kan.. tapi kan yang bestnya,rahsia ni pun boleh digunakan oleh orang2 yang tak pandai buat kuih raya! (Sayakah? Tapi saya malas je, bukan tak pandai, kecik2 dulu selalu buat dengan adik. Ada tak pakej untuk orang malas?:P).

Saya rasa saya nak cepat2 pegi beli lah. RM50 je, sama dengan harga 2 balang kuih raya. Kalau lah satu malam pun boleh dapat lebih dari RM1,200,  apa lah sangat RM50 tu kan. Mana lah tahu kalo satu malam dapat 1,200 minimum,.. kalo 10 malam? 20 malam? Wahhh makcik kayo!!! Tak payah dah join skim cepat kaya huauhuiwgutwgruwg.

Ish…. gatalnya tangan nak klik banner kat bawah ni & jadi usahawan bisnes kuih raya 2010!

admin Avatar

6 responses to “Bisnes Kuih Raya 2010, Peluang Jana Pendapatan Kencang!”

  1. eT Avatar

    haaa…bulan ramadhan ramai yg berebut2 wat biz…tu namanyer rezeki..
    .-= eT´s last blog ..gambar mereka =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Ramadhan memang bulan rezeki 🙂

  2. LittleMama Avatar

    aii la salah sorang yang malas buat kuih raya.. tunjuk lagi seronok..ekeke
    .-= LittleMama´s last blog ..Peliknya Tak De Lori Lalu Highway Pagi Tadi =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Membantu ekonomi para penjual kuih raya ekekkeke

  3. masalifah Avatar

    forum gadis litar?
    mau terbeliak bijik mata “gadis-gadis” litar itu membaca stetmen ini. Terbeliak kerana perasan gadis…hehe
    .-= masalifah´s last blog ..Pengalaman Malam Jumaat =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Kurang2 pernah jadi gadisss aperr

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge