Blog yang best ialah blog yang mungkin ramai pembaca, yang orang suka masuk berkali2 untuk baca entry blogger tersebut. Samada orang nak tengok “Apa anak dia buat hari ni?” atau “Ke mana pulak orang ni pegi hari ni?” atau nak baca topik2 menarik yang dibincangkan oleh blogger tersebut.
Sekarang ni ramai yang berbicara tentang followers. You follow I, I follow you. Kononnya semakin bagus/best/popular blog tersebut, semakin ramailah follower.
Does it really matter?
Saya adalah pengguna WordPress, walaupun kedai online saya adalah menggunakan platform BlogSpot, tapi saya jarang taip entry di Dashboard blogger.com, biasanya saya pakai Windows Live Writer (WLW) je, senang dan mudah.
Kerana setahu saya untuk melihat update blog yang kita follow adalah dengan memasuki Dashboard blogger.com, dan ia akan keluar. So kalau sesiapa yang blogging dari WLW, handphone, iPad dan seumpamanya…. manakan masuk dashboard Blogger.com kan?
Saya pun bookmark saja blog2 yang menjadi daily dosage.
Adakah blogger yang mempunyai ramai followers itu melambangkan blog/beliau adalah best dan mempunyai pengaruh yang besar?
Err..ini bukan entry dengki ya, maklumlah followers blog saya tak ramai pun, cuma 582 orang (setakat 4 ogos 2010). Saya pun tak kisah sangat pasal followers ni, sebab yang masuk blog saya bukan banyak tu pun. Cuma, menjadi tanda tanya bile sesetengah bloggers agak mengambil serius soal follow tak follow ni.
Saya pun tak semua blog kawan2 saya follow. Salah satunya sebab handphone saya tak paparkan widget tersebut. Lepas tu macam saya kata tadilah, it does not matter at all sebab saya tak bukak pun Dashboard Blogger.com.
Jadi, di mana kepentingan followers?
Lagipun kebanyakan blog yang menjalankan contest meletakkan syarat ‘jadi follower blog ini’. So mana2 blog yang suka buat contest, lagi2 contest yang best, memang beribu lah followers. Kalaupun diorang ni cuma jadi followers sebab nak penuhi syarat contest je.
Berbeza dengan subscribers, kerana mereka yang jadi subscriber ni akan mendapat update terus ke email atau sidebar masing2. Subscribers ni lebih telus kan? Mereka memang ‘langgan’ blog kita secara direct dan dapat update entry2 terbaru tanpa perlu ke mana2, cuma buka email saja. (Bravo my subscibers, saya tengah plan nak beri sesuatu kepada subscriber yang ke-1000. Bole?)
Apa pendapat anda? Bagaimana anda menilai blog yang best?
(Alexa ranking susah nak cakap, saya pernah compare dengan my friends’ blog, Alexanya main juta lagi tapi UV (unique visitor hari2 dekat 2 ribu. Member yang Alexa 100k lebih je, tapi UV lagi kurang dari saya yang ranking Alexa 300+ ni – Alexa ranking berdasarkan 1 month & 3 month).
Leave a Reply