Malware oh malware…
Kali ni My Super Kids diserang lagi oleh si malware. Terima kasih kepada Little Mama di atas email pemberitahuan siang tadi. Kali ni bukan perbuatan hackers atau sebab tak update wordpress latest version, tapi kerana website Geng Blogger yang diserang malware, dan blog saya ada badge Geng Blogger menyebabkan blog saya turut menerima tempias, terutama bagi pengguna Kaspersky (bagus sungguh Kaspersky ni).
Tapi saya tak pasti lalu saya terus menghubungi pihak hosting memberitahu tentang perkara itu. Pihak hosting yang sangat efektif itu telah membantu saya menyelesaikannya. Seperti yang saya jangka, memang penyebabnya ialah badge Geng Blogger. Pihak hosting meminta saya membuang badge tersebut dan register dengan Google Webmaster Tool untuk memastikan blog ini bersih dari sebarang malware.
Saya menggunakan hosting HostGator sejak sekian lama, dan amat berpuas hati dengan servis mereka. Dah banyak kali blog saya diserang malware dan tiba2 ada orang create kategori barulah, delete entry lah, tapi dengan adanya pihak HostGator saya tak perlu risau kerana mereka akan menyelesaikan semuanya dalam seberapa segera.
Walaupun agak mahal berbanding local hosting, tapi disebabkan servis tip top I don’t mind paying 🙂 Tak perlu nak ketuk 2-3 kali atau tunggu lama2 kerana mereka akan terus reply. Cuma kadang2 bila akaun expired, kalau tak ingatkan kita dah bayar, suka2 hati dia je kasik down. Tapi lepas sound sikit, terus up semula 🙂
Kepada sesiapa yang rabun IT dan berpotensi kena attack dengan virus, cubalah dapatkan khidmat hosting yang bermutu dan membantu, kita pun tak pening kepala 🙂
Leave a Reply