Blog Malware Menyerang My Super Kids, Lagi.

admin Avatar

Malware oh malware…

Kali ni My Super Kids diserang lagi oleh si malware. Terima kasih kepada Little Mama di atas email pemberitahuan siang tadi. Kali ni bukan perbuatan hackers atau sebab tak update wordpress latest version, tapi kerana website Geng Blogger yang diserang malware, dan blog saya ada badge Geng Blogger menyebabkan blog saya turut menerima tempias, terutama bagi pengguna Kaspersky (bagus sungguh Kaspersky ni).

Tapi saya tak pasti lalu saya terus menghubungi pihak hosting memberitahu tentang perkara itu. Pihak hosting yang sangat efektif itu telah membantu saya menyelesaikannya.  Seperti yang saya jangka, memang penyebabnya ialah badge Geng Blogger. Pihak hosting meminta saya membuang badge tersebut dan register dengan Google Webmaster Tool untuk memastikan blog ini bersih dari sebarang malware.

Saya menggunakan hosting HostGator sejak sekian lama, dan amat berpuas hati dengan servis mereka. Dah banyak kali blog saya diserang malware dan tiba2 ada orang create kategori barulah, delete entry lah, tapi dengan adanya pihak HostGator saya tak perlu risau kerana mereka akan menyelesaikan semuanya dalam seberapa segera.

Walaupun agak mahal berbanding local hosting, tapi disebabkan servis tip top I don’t mind paying 🙂  Tak perlu nak ketuk 2-3 kali atau tunggu lama2 kerana mereka akan terus reply. Cuma kadang2 bila akaun expired, kalau tak ingatkan kita dah bayar, suka2 hati dia je kasik down. Tapi lepas sound sikit, terus up semula 🙂

Kepada sesiapa yang rabun IT dan berpotensi kena attack dengan virus, cubalah dapatkan khidmat hosting yang bermutu dan membantu, kita pun tak pening kepala 🙂

admin Avatar

4 responses to “Blog Malware Menyerang My Super Kids, Lagi.”

  1. Lela Avatar

    yes. hostgator the best. kami pon guna hostgator. berbaloi. semuanya unlimited. dulu pakai hosting tempatan tapi mengecewakan. ada ke patut disuspend blog kita sebab terlalu banyak guna resource. 700 visitor sekali online tak boleh tampung. die siap suruh kita delete post kita dalam blog tu supaya orang tak ramai. ade ke patut? so i pon cadangkan depa buang server diorang kat sungai lah. kecewa dengan perkhidmatan mereka, i pindah ke server lain tempatan jugak. pon same. asik down je slow pulak tu blog nak load. last2 amik hostgator. best! sumbat banyak2 blog pon takpe. tapi tak tau lah company hosting tempatan yang lain macamana. ada juga yang bagus, tak kata semua tak bagus.

    Google Webmaster Tool pon wajib masuk dan sekali sekala tengok mana yang broken, mane yang ada malware kan.
    .-= Lela´s last blog ..Romantiknya Jimmy Shanley dan Nursuhaila di Majlis Berbuka Puasa =-.

  2. arin Avatar
    arin

    blog arin pon kena malware ni. rasa nya kes arin due to tak update WP latest. 🙁

  3. Little Mama Avatar

    MBP pun guna hosting cap buaya..he..he
    LMD guna hosting cap biru.. dua-dua brand obersea..
    .-= Little Mama´s last blog ..Jelly Roll- Layer Cake Emm Sedaaap! =-.

  4. Hidup Seorang Blogger Avatar

    Memang puncanya dari geng blogger, kalau blog yg ada pasang badge gengblogger tu, mmg akan kene tempiasnya, ada 2 jln penyelesaian utk masalah ni, satunya buang terus badge tersebut sehingga gengblogger bebas dr malware, dan yg keduanya banner geng blogger tu hostkan di hosting kita sendiri(utk self hosted), tapi perlu ingat bahawa Google macam tidak suka kita linkkan website yg ada masalah.. Sy pun ada buat post tentang malware ni..
    .-= Hidup Seorang Blogger´s last blog ..Geng Blogger diserang Malware =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge