Bila Isu Akum dan Salam Diperbesarkan

admin Avatar

“Akm, jmpe pkl 1 nt”

“A’kum, jmpe pkl 1 nt”

“Salam, jmpe pkl 1 nt”

“Salamz, jmpe pkl 1 nt”

“As-salam, jmpe pkl 1 nt”

“Semekom, jmpe pkl 1 nt”

“Assalamualaikum, jmpe pkl 1 nt”

“Assalamulaikum warahmatullahi wabarakatuh, jmpe pkl 1 nt”

Antara variasi ‘memberi salam’ salam Sistem Mesej Singkat (SMS).  SMS adalah sistem penghantaran pesanan dengan cara yang ringkas dan padat. Biasanya kita gunakan ayat2 mudah dan perkataan singkatan dalam SMS, seperti nanti menjadi nt, tadi menjadi td, rumah menjadi rmh dan sebagainya. Tujuannya untuk meminimumkan penggunaan huruf, iyolah, terlebih huruf kena caj lebih pula. Ayat SMS pun ayat yang mudah saja. “Nk g x?” instead of “Awak mahu pergi atau tidak?”.

Lagipun, penggunaan keypad pada telefon tangan tidak berapa sesuai dan selesa untuk menulis ayat2 panjang, melainkan menggunakan telefon yang mempunyai ciri2 QWERTY keypad. Namun begitu, setiap patah perkataan yang ditaip dalam ‘bahasa SMS’ ni sudah pasti sedia difahami oleh si penerima, kecuali yang berbeza generasi lah. Generasi bapak2 kita mungkin tak faham kalau kita hantar mesej “Ayh de x nk krm pe2 dr trg?’”. Saya pun tak faham kalau adik saya mesej “kak li hp br?li kn aq sbjk”. Tapi perkataan2 dan ayat2 biasa pasti boleh difahami.

Tapi walau bagaimana pun, ayat2 SMS di atas, apabila di-interpret, ia tetap dibaca sebagai “Ayah ada tak nak kirim apa2 dari Terengganu?”, bukannya “Aiyhh de ex nek krem pedua derr tereg?”

Apabila mendapat SMS “A’kum, jmpe pkl 1 nt”, adakah anda membacanya sebagai “A-KUM, JEM-PE PEK-KEL SATU NIT”? Saya tak tahu kalau ada orang baca macam tu, kerana saya membacanya sebagai “Assalamualaikum, jumpa pukul satu nanti”.

Tapi menjadi masalah pula bila:

A’kum adalah binatang dalam bahasa Yahudi yang nama penuhnya dikatakan – hamba2 binatang & orang2 yang sesat

Jadi disarankan menaip sebagai ‘Salam’.

Tapi ada pula yang terbaru:

Salam bermaksud selamat tinggal

Maka ucapkanlah As-Salam.

Tapi mungkin lepas ni tak boleh pula, sebab:

As-Salam ialah salah satu dari Asmaul-Husna yang bermaksud Yang Maha Sejahtera

Mungkin tak susah pun nak taip “Assalamualaikum” tapi dalam keadaan nak cepat (SMS biasanya ditaip sebab nak cepat) mungkin boleh jadi salah ejaan, jadi satu hal pula. Lama2 orang dah malas nak beri salam dalam SMS sebab susah sangat, cukup dengan “Hai “saja kot.

OK tak kisahlah nak taip macamana pun, apa yang saya nak sentuh ialah tentang isu ini sendiri. Pertama, adakah betul Akum dalam bahasa Yahudi bermaksud demikian? Saya tak tahu sebab saya tak belajar Bahasa Hebrew. Kedua, benarkah salam itu maksudnya ‘selamat tinggal’? (dalam tafsir Bahasa Inggeris ditulis sebagai ‘peace’. Mungkin peace membawa maksud selamat tinggal, saya ni bukan pengkaji sastera jadi saya tak tahu). Kita kononnya sangat takut dengan jarum Yahudi, tapi sebenarnya kita sendiri yang menjeratkan diri dalam jarum Yahudi bila membuang masa bertelingkah atas perkara yang kita sendiri pun tak tahu betul ke tidak.

Ia umpama seketul objek berbentuk tahi yang jatuh di tengah2 kita semua, dan kita dari pagi sampai petang duk berteka-teki “Adakah ini tahi?” tapi tak ada sorang pun yang nak pegi cium baunya, cuba rasa teksturnya, atau ambil sedikit sample buat kajian dalam makmal. Cuma word of mouth berlegar2

KES: “Seketul benda macam tahi jauh dari langit”

Kumpulan I :Ya itu memang tahi. Takutnya, tiba2 saja jatuh dari langit, mungkin petanda kiamat”.

Kumpulan II : “Tahi ke apa ke bukan masalah aku”.

Kumpulan III : ‘ “Jika dilihat dari jarak 500 meter, objek ini adalah bukan tahi. Ia dipercayai dijatuhkan dari sebuah kapal terbang yang terbang rendah dengan kelajuan sederhana. Mungkin sejenis bom. Kita dalam bahaya!”.

Akhirnya masa terbuang begitu saja. Masa2 yang boleh digunakan untuk bekerja, belajar, membaca, berkebun, beramal, dihabiskan untuk membahas dan menyebarkan tentang objek itu saja. Kan senang kalo pegi je tengok benda tu dekat-dekat.

Berbalik kepada persoalan memberi salam, yang salah tetap salah. Menulis dan menyebut “Selemelekom”, “Semekom”, “Semkom”… itu dah terang2 salah. Bila tulis dengan syllable yang boleh dibaca ‘se-le-me-le-kom’, ia pasti dibaca sebagai ‘se-le-me-le-kom’. Sebaliknya, a’kum adalah akronim, seperti kita menulis ‘btw’ untuk kata ‘by the way’, ‘otw’ untuk kata ‘on the way’.

Bak kata Yusof Qadrawi, benda2 entah apa-apa ini yang membuatkan umat Islam tak maju-maju. Iyelah, isu ranting yang tak jelas pun dibawa2 sampai ke mana-mana. Benda pun tak tahu betul salah, main forwad je 🙂

admin Avatar

13 responses to “Bila Isu Akum dan Salam Diperbesarkan”

  1. Farah aini Avatar
    Farah aini

    Akak sangat like this entry.
    Cerita pasal tahi tu yang paling best hehe
    “looks like tahi, sound like tahi, taste like tahi but it’s not tahi??”

  2. sitisifir10 Avatar

    Mm..den pun samo lah…tak minat nak fikir pasal mende ni..asal org tulis sepatah2 tu den baco ponuh juga….jadi den takdo masalah de dengan mondo ni… sapo ntah yang buek bondo ni jadi complicated ek??

  3. nurulazham Avatar

    ya betul! sy xamik port sgt pasal ni…yg penting, bila org bg msg, dgn menaip akum/salam, saya ttp baca dalam hati dgn bacaan ‘Assalamualaikum’…
    jelas…kalau nak fikir benda2 kecik ni, mmg kita takkan maju…

    Contoh : Huruf ‘t’ kecik mcm tanda salib…so, jangan lukis huruf ‘t’…kalau benda kecik ni juga tersebar di email2…sy percaya, kita akan jenuh memikirkan mcmana nak tulis hurup ‘t’ supaya tak nampak mcm tanda salib….simple kan cth sy… 🙂

  4. puanbee Avatar

    betul lah tu , benda simple ..poko pangkal mcm mana kita baca benda tu ..takkan nk ikut baca sebijik2 singkatan tu dah rupe org asli ler pulak 🙂

  5. knv Avatar
    knv

    eh, memang ni kerja orang melayu la ni. kalau kita tak fokus benda remeh temeh camni, nak harap sapa lagi? orang cina kan dok sibuk cari harta. meh kita suruh prof bincang secara ilmiah pulak buat thesis semua. 😛

    1. sue Avatar

      kak non buat saya senyum sorang2..

  6. animarzah Avatar

    ambo setuju
    dan sangat setuju…
    kita kerap menunding jari pada yang lain
    kata mereka menindas kita
    tapi kitalupa
    sebenarnya kita yang menindas diri kita sendiri 🙂
    Islam sangat Maju dan Cemerlang…
    Mohon Ya Allah agar umatnya juga ikut langkahnya Maju & Cemerlang

  7. farihan Avatar

    betul la kak…ramai gak yang antar email…duk bagitau pasal mende nih…saya tak amik port sangat…buat apa nak diperbesar2kan mende kecik cam nih…even kita dalam blog pun kalo boleh nak short font..senang..hehehe..sebenarnya orang yang memberi salam,akum dan sebagainya tu…niat nak beri penuh tapi dek kerana masa tu emas…buat short font dah kira ok…yang penting niat..:)

  8. Ramli Avatar

    Saya sokong, Islam itu mudah dan jgn menyusahkan diri sendiri.

  9. riza afzan Avatar

    Bagusnya kak lyna kupas isu ni. lama berlegar2 di kepala saya, saya pun sependapat dgn akak. org kita simply forward benda yang tak tahu betul hujung pangkalnya. cthnya: isu halal haram dan kalo fwd email tu dapat keberkatan.huhu

  10. nisa Avatar

    sangat setuju. yg penting kita tahu maksud singkatan perkataan yg digunakan. isu ni lebih kurang mcm ‘pkai topi ikut yahudi’ ms sekolah dulu selalu diperkatakan.

  11. wani Avatar
    wani

    my husband guru bahasa arab, dia kata bahasa mana pulak SALAM bermaksud selamat tinggal, kalo b.arab salam = selamat.. seeeee, org2 yg suka fwd ni main fwd je keje, sampai ternmpk kebodohan sendiri…

    kalo nak kaji bahasa hebrew la apa la, saya pun boleh larang camni…
    ‘jgn sebut kopek buah sbb kopek dlm bahasa melayu pantai timur bermaksud tetek..’hahaha

  12. ila Avatar
    ila

    saya sangat setuju la perkara macam ni x diperbesarkan, sampai ade kes bermasam muke kat pejabat pasal isu salam dalam mesej. buang masa kan? lebih baik pk mcm mne nak majukan org islam…..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge