Tun Mahathir Mohamad, adalah bekas Perdana Menteri Malaysia (fakta ni!). Beliau merupakan Perdana Menteri Malaysia yang ke-4 dan paling lama berkhidmat, iaitu selama 22 tahun sebelum Tun Abdullah mengambil alih jawatan tersebut.
Beliau adalah antara tokoh yang saya kagumi, bukan kerana wawasannya (kerana semua orang ada wawasan) tapi kerana sikap proaktif yang ditunjukkan oleh Tun. Walaupun beliau dikenakan pelbagai tohmahan, bukan saja dari dalam negara malah juga luar negara, namun beliau tetap dengan apa yang telah dirancang dan diusahakannya.
Beliau dikurniakan kesihatan yang baik, di usia yang hampir menjangkau 90 tahun (85 tahun pada 2010) beliau masih gagah ke sana ke sini, dan masih berdaya fikir. Kalaulah datuk saya, menjangkau usia 70 tahun sudah nampak sangat tua rentanya. Cuma moyang saya dipanjangkan usia sehingga 104 tahun sebelum beliau meninggal dunia akibat kanser. Agaknya orang dulu2 cuma makan ayam yang diternak sendiri, sayur yang ditanam sendiri, tak macam saya makan ayam entah dari mana, sayur pun entah dari mana.
Namun menurut pendapat suami saya, seseorang tak akan nampak tua sekiranya otaknya digunakan ke jalan yang benar – berfikir untuk kebaikan. Para ulama juga ada petua2 untuk mengelakkan nyanyuk seperti makan kismis, minum madu, membaca al-Quran, menjauhi dosa dan sebagainya.
Saya ingin menaik-taraf pemikiran dan minda saya kepada corak pemikiran bersifat makro dan melihat dunia dengan mata helang, atau helicopter view. Agak sukar untuk mengubah mindset sekiranya kita dah biasa dengan pemikiran bersifat mikro, hanya melihat kepada benda yang ada di sekeliling kita saja.
Kata pepatah Arab “Orang berfikiran sempit bercakap tentang dirinya, orang berfikiran biasa bercakap tentang sekelilingnya dan orang berfikiran luas bercakap tentang dunia”.
Minggu lepas dalam perjalanan ke pejabat, saya telah terserempak dengan Tun Mahathir. Walaupun tak sempat menegur apa lagi berbual bicara, dapat ambil gambar bersama Tun pun jadilah. Sebagai kenang-kenangan… 🙂 Bukan senang orang biasa macam saya nak berjumpa dengan Tun. Orang-orang luar sikit dari biasa mungkin dah jemu asyik jumpa beliau saja 🙂
Tapi saya rasa agak kelakar bila seseorang yang entah dari mana memberi kritikan terhadap Tun M yang langsung tak kena, seperti dia hidup berjiran dengan Tun pula 🙂 Ya, salah satu perkara jihad ialah berkata benar terhadap pemimpin yang zalim, tapi kalau berkata benda yang tak benar, siapa yang zalim di situ?
Leave a Reply