,

Bertemu Tun Mahathir Mohamad

admin Avatar

Tun Mahathir Mohamad, adalah bekas Perdana Menteri Malaysia (fakta ni!). Beliau merupakan Perdana Menteri Malaysia yang ke-4 dan paling lama berkhidmat, iaitu selama 22 tahun sebelum Tun Abdullah mengambil alih jawatan tersebut.

Beliau adalah antara tokoh yang saya kagumi, bukan kerana wawasannya (kerana semua orang ada wawasan) tapi kerana sikap proaktif yang ditunjukkan oleh Tun. Walaupun beliau dikenakan pelbagai tohmahan, bukan saja dari dalam negara malah juga luar negara, namun beliau tetap dengan apa yang telah dirancang dan diusahakannya.

Beliau dikurniakan kesihatan yang baik, di usia yang hampir menjangkau 90 tahun (85 tahun pada 2010) beliau masih gagah ke sana ke sini, dan masih berdaya fikir. Kalaulah datuk saya, menjangkau usia 70 tahun sudah nampak sangat tua rentanya. Cuma moyang saya dipanjangkan usia sehingga 104 tahun sebelum beliau meninggal dunia akibat kanser. Agaknya orang dulu2 cuma makan ayam yang diternak sendiri, sayur yang ditanam sendiri, tak macam saya makan ayam entah dari mana, sayur pun entah dari mana.

Namun menurut pendapat suami saya, seseorang tak akan nampak tua sekiranya otaknya digunakan ke jalan yang benar – berfikir untuk kebaikan. Para ulama juga ada petua2 untuk mengelakkan nyanyuk seperti makan kismis, minum madu, membaca al-Quran, menjauhi dosa dan sebagainya.

Saya ingin menaik-taraf pemikiran dan minda saya kepada corak pemikiran bersifat makro dan melihat dunia dengan mata helang, atau helicopter view. Agak sukar untuk mengubah mindset sekiranya kita dah biasa dengan pemikiran bersifat mikro, hanya melihat kepada benda yang ada di sekeliling kita saja.

Kata pepatah Arab “Orang berfikiran sempit bercakap tentang dirinya, orang berfikiran biasa bercakap tentang sekelilingnya dan orang berfikiran luas bercakap tentang dunia”.

tun mahathir

Minggu lepas dalam perjalanan ke pejabat, saya telah terserempak dengan Tun Mahathir. Walaupun tak sempat menegur apa lagi berbual bicara, dapat ambil gambar bersama Tun pun jadilah. Sebagai kenang-kenangan… 🙂 Bukan senang orang biasa macam saya nak berjumpa dengan Tun. Orang-orang luar sikit dari biasa mungkin dah jemu asyik jumpa beliau saja 🙂

Tapi saya rasa agak kelakar bila seseorang yang entah dari mana memberi kritikan terhadap Tun M yang langsung tak kena, seperti dia hidup berjiran dengan Tun pula 🙂 Ya, salah satu perkara jihad ialah berkata benar terhadap pemimpin yang zalim, tapi kalau berkata benda yang tak benar, siapa yang zalim di situ?

admin Avatar

6 responses to “Bertemu Tun Mahathir Mohamad”

  1. ayuarjuna Avatar

    saya sangat kagum dgn tun…cara pemikirannya sangat berbeza dengan pemimpin2 yang lain 🙂

  2. mama tisya Avatar

    btul tu bkn senang nk bergmbr ngan TUN kn, kita pn ada kenangan terindah ngan TUN bila die dtg time majlis perkahwinan thn 2006 dlu..

  3. ayin masliza Avatar

    iyerr… betulll semua pemimpin memg ada buat kesilapan, manusiakan.. tapi PM yg banyak berjasa macam Tun, saya pun hairan naper org asik nak kritik jer…. rasa geram pun ada.. last year sy pergi open house Tun, ada sorang rakyat Turki rasanya, siap bawa buku tulisan Tun yang diterjemah dalam bahasa mereka, dia beratur panjang bersama kami semata2 nak minta Tun sign kat buku dia.. tersentuh hati ni tengook, datang dari jauh… org di tempat sendiri kutuk2….

  4. rizza Avatar
    rizza

    org luar terutama org Islam mengkagumi Tun kerana dia pemimpin yg tak takut utk perjuangkan Islam walaupun bukan dengan cara berserban berperang .. dia ada cara pendekatan tersendiri …hingga org2 luar sendiri rasa mereka amat bertuah kalau Tun jadik PM mereka.. kat msia.. org Islam sendiri tak buka minta.. sempit .. hingga sanggup berkata yg tak benar demi pertahan kan “Islam” mereka…..
    semoga kita semua menjadi seperti Tun dalam pemikran utk tegakkan yg benar ..tegas ..

  5. zik Avatar

    phuiyo… sis dapat gambar dengan tun dr M tuh…

  6. Mohd Nadzri Mustakim Avatar

    Lain padang, lain belalang
    Rambut sama hitamnya… hati lain2…

    Belajar untuk menerima perbezaan kerana yang penting ukhuwwah dan perpaduan berbanding caci maki serta lekeh melekeh.

    Ada sebahagian yang dapat ‘manfaat’ dari orang lain maka mengaguminya, ada juga yang terkesan dengan ‘mudarat’ maka mereka menyalurkan tak kena ‘cara’ (pada mereka betul).

    Kitakan semua sama disisi-Nya kecuali Taqwa.
    Dengan taqwa kita menerima syariah Allah secara ‘kaafah’, tanpa pilih2 fatwa mana nak ikut dan fatwa mana nak KIV.
    Dengan taqwa kita setuju dengan kehendak Allah tanpa pilih2 perasaan ‘happy’ untuk kesenangan dan ‘sad’ untuk kesusahan.
    Dengan taqwa kita akur dengan Arahan serta tegahan Allah.
    Dengan taqwa juga kita akan jadi hamba dan khalifah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge