Ramai kawan-kawan saya yang berminat untuk JV (join venture) atau menjalankan usahasama dalam beberapa bisnes. Tapi buat masa ni saya cuma menjalankan usahasama dengan sahabat saya, Kay untuk Scriptory Box dan Bling Buubies saja. Di samping kerjasama lain dengan Sarakids, Genius Baby on Board, Mum Dreams, Great Minds TC (sekadar menyebut beberapa nama) dan sebagainya. Bukan saya tak suka JV, saya suka.. tapi selective, itu sangat perlu. Sebab ramai ingat bisnes JV ni sekadar “Aku bagi duit, ko run bisnes”.. tidak tidak tidak. Walaupun sekadar nak invest tapi WAJIB tahu tentang bisnes tu macamana, at tahu nature of the business. Orang lain mungkin tak kisah kalau setakat nak labur duit, tapi bagi saya, kalaupun nak invest, jangan main semberono membabi buta.
Bisnes partnership SANGAT tidak selamat sebenarnya. Walaupun partner kita tu adalah best friend kita. Yang penting, mula2 sekali jangan sekali-kali BUSINESS BASE ON TRUST. MoU kena ada. Boleh, nak base on trust, tapi di masa depan, apa-apa terjadi tanggung sendiri. Sama ada di pihak dia, atau pihak kita… manusia ni hati sentiasa berubah2. So jangan ingat kepercayaan tu boleh kekal selamanya. Mungkin ada yang kekal berpuluh tahun dengan ‘trust’ tapi risikonya ada di situ. Lebih baik kita kurangkan risiko. Susah bila melibatkan duit nih.
Apa yang perlu untuk bisnes usahasama:
1. Surat perjanjian
Mesti ada surat perjanjian yang ditandatangan dan dibaca oleh kedua2 pihak. Mesti tulis dengan detail apa tugas dan tanggungjawab kedua-dua partners.
2. Tugas
Saya tak berapa gemar yang jenis bagi duit, suruh run bisnes dan nak tunggu untung saja. Nama partner, mesti sama-sama buat kerja untuk kembangkan bisnes. Melainkan memang partner tidur yang beri duit je, tapi kalau tak ambil tahu soal perkembangan bisnes.. jangan la pulak duk tanya “mana untung?” sedangkan dia tak tahu apa jadi. Sebelum setuju nak jadi sleeping partner tu tengok dulu bisnes tu macamana. Kalau rasa ada harapan untuk maju, then why not. Kalau rasa tugas kita ni hanya nak cover cost… why not you run first?
3. Objektif
Nak partner kena ada objektif yang jelas. Dalam beberapa perniagaan, ia memerlukan publisiti i.e. media. Kadang2 publisiti tu bukan je terhadap bisnes, tapi terhadap pemilik perniagaan. Bila partner, ada harapan untuk seorang tu lebih menonjol dari yang lain. Kalau suka glamour, awal2 lagi jelaskan kat partner yang sebarang publisiti untuk individu, akan pegi kepada anda. Kalau berobjektifkan keuntungan, tak heran tentang glamour, then stick to that. Kalau glamour je lebih, untung tak ada, tanggung sendiri (dengan partner2 la hehe).
4. Exit strategy
Sampai bila nak partner? Macamana nak breach? Itu semua mesti kena ada. Kalau bisnes hancur dan partner masih nak carry on.. kita tak sepatutnya sama2 tanggung kerugian (melainkan kalau memang sanggup lah). Consider betul2 sebelum buat keputusan.
Partnership business memang pening kepala, terutama masa mula2 nak start. Kalau dah untung besar tu mungkin dah tak sakit kepala dah. Tak semua orang sesuai untuk buat bisnes partnership ni. Fikir betul-betul sebab ia bukan melibatkan kos (jimat sikit kalau banyak kepala kan), tapi urusan dengan manusia ni yang susah.
So, dah bersedia nak usahasama? Atau bukak bisnes sendiri-sendiri saja… 😉
Leave a Reply