Bersara, bila dah tak lagi perlu keluar bekerja. Pagi2 selepas solat Subuh, keluar ke laman, siram bunga, beri ayam makan. Lepas tu bersenam serba sedikit. Bersarapan. Ke belakang rumah pula tengok kolam ikan.
Aman..
Siapa yang taknak, bila bersara duduk di kampung. Kawasan luas, aman, tiada lagi hiruk pikuk kota yang terkejar-kejar. Tiada bau asap. Cuma bau2 alam semulajadi. Burung2 menyanyi, bukan lagi dengar anak jiran berkaraoke hari2 walaupun suara ala2 macam burung serindit. Masjid pun dekat, boleh jalan kaki saja.
Saya pun nak bersara dan menetap di desa.
Tapi itu dulu. Bila sudah berkeluarga, anak2 makin membesar, keinginan untuk settle down di kampung semakin pudar. Malah saya rasa nak duduk di bandar besar, lebih spesifik lagi Kuala Lumpur.
Bila saya nyatakan hasrat ni kepada kawan2, ramai yang kata saya gila. Mana taknya, dah tua2 duduk kampunglah, senang nak beramal ibadat, damai, tenang. Muda2 dah stress hidup di bandar.
Tapi pendapat saya berbeza. Bila dah tua, saya mahu dekat dengan anak-anak. Bukan nak control mereka, tapi bila ada sesuatu emergency, tak perlu nak susahkan anak-anak balik kampung jauh2. Dan tak perlu nak duduk sorang2 bila sakit pening, sebab anak2 semua kerja di bandar. Kalau saya pun duduk di bandar bersama mereka (tidak semestinya satu rumah), kalau saya memerlukan mereka, in second pun mereka boleh sampai.
Ada juga yang question, kalau anak2 duduk negeri lain macamana? Atau duduk luar negara? Kan jauh juga?
Kuala Lumpur adalah hub kepada sistem pengangkutan, terutama pengangkutan udara. Be it anak2 saya duduk di USA pun, bila mereka mendapat di Malaysia, mereka akan turun di KLIA. Tak perlu nak transit untuk naik another flight, sebab saya reside di sini je.
Ada juga persoalan tentang kewangan, misalnya taraf hidup yang tinggi di bandar. Mampu ke saya nak ikuti cara hidup di bandar, lagi2 bila kita dah tua besok kang tak terkejar cara hidup di bandar. Barang mahal semua.
Memanglah kalau nak harapkan duit simpanan & EPF, saya rasa tak lama untuk saya hidup di bandar. Kerana itulah salah satu sebabnya saya memulakan WoHoWo, dan lain2 usaha agar dapat menyambung nyawa bila sudah tidak bekerja nanti.
Untuk memperbaiki diri, peluang dan tempat ada di mana2, selagi nyawa belum sampai di tenggorokan. Tidak hanya ada di desa, dan bukannya tidak ada di kota. Cuma mungkin godaannya berbeza.
Jadikan diri kita bak ikan di laut, walaupun duk dalam air masin, tapi dagingnya tak masin. jangan jadi macam ikan masin.
Cabaran hidup di desa, dan di kota… tak sama, tapi mana2 pun ada cabarannya. Yang penting kita tahu dan sedar apa yang kita buat, saling menjalin mimpi dan berusaha untuk memantapkan diri ke arahnya.
Sebagaimana Rasulullah berhijrah dari Kota Mekah ke Kota besar Madinah, perancangan, pelaksanaan dan persiapan dibuat sebelum, semasa dan selepas hijrah, bukan semata2 mengikut keadaan terpaksa. Misalnya strategi yang dibuat untuk mengelabui mata kafir Quraisy pada malam keberangkatan Baginda, dan perjalanan bersama Abu Bakar.
Walaupun nak settle down di mana2, perancangan perlu ada. Hidup di kampung perlu planning juga. Mudah untuk berkata, di kampung boleh bela ayam, bela ikan, tanam sayur… tapi kalau tak ada tanah, tak ada tapak, tak ada modal, mana kan nak dapat ayam2, ikan2 sayur2. Kita boleh mengharapkan keajaiban, tapi firman Allah bahawa Dia tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya.
Leave a Reply