Bersara di Kota

admin Avatar

Bersara, bila dah tak lagi perlu keluar bekerja. Pagi2 selepas solat Subuh, keluar ke laman, siram bunga, beri ayam makan. Lepas tu bersenam serba sedikit. Bersarapan. Ke belakang rumah pula tengok kolam ikan.

Aman..

Siapa yang taknak, bila bersara duduk di kampung. Kawasan luas, aman, tiada lagi hiruk pikuk kota yang terkejar-kejar. Tiada bau asap. Cuma bau2 alam semulajadi. Burung2 menyanyi, bukan lagi dengar anak jiran berkaraoke hari2 walaupun suara ala2 macam burung serindit. Masjid pun dekat, boleh jalan kaki saja.

Saya pun nak bersara dan menetap di desa.

Tapi itu dulu. Bila sudah berkeluarga, anak2 makin membesar, keinginan untuk settle down di kampung semakin pudar. Malah saya rasa nak duduk di bandar besar, lebih spesifik lagi Kuala Lumpur.

Bila saya nyatakan hasrat ni kepada kawan2, ramai yang kata saya gila. Mana taknya, dah tua2 duduk kampunglah, senang nak beramal ibadat, damai, tenang. Muda2 dah stress hidup di bandar.

Tapi pendapat saya berbeza. Bila dah tua, saya mahu dekat dengan anak-anak. Bukan nak control mereka, tapi bila ada sesuatu emergency, tak perlu nak susahkan anak-anak balik kampung jauh2. Dan tak perlu nak duduk sorang2 bila sakit pening, sebab anak2 semua kerja di bandar. Kalau saya pun duduk di bandar bersama mereka (tidak semestinya satu rumah), kalau saya memerlukan mereka, in second pun mereka boleh sampai.

Ada juga yang question, kalau anak2 duduk negeri lain macamana? Atau duduk luar negara? Kan jauh juga?

Kuala Lumpur adalah hub kepada sistem pengangkutan, terutama pengangkutan udara. Be it anak2 saya duduk di USA pun, bila mereka mendapat di Malaysia, mereka akan turun di KLIA. Tak perlu nak transit untuk naik another flight, sebab saya reside di sini je.

Ada juga persoalan tentang kewangan, misalnya taraf hidup yang tinggi di bandar. Mampu ke saya nak ikuti cara hidup di bandar, lagi2 bila kita dah tua besok kang tak terkejar cara hidup di bandar. Barang mahal semua.

Memanglah kalau nak harapkan duit simpanan & EPF, saya rasa tak lama untuk saya hidup di bandar. Kerana itulah salah satu sebabnya saya memulakan WoHoWo, dan lain2 usaha agar dapat menyambung nyawa bila sudah tidak bekerja nanti.

Untuk memperbaiki diri, peluang dan tempat ada di mana2, selagi nyawa belum sampai di tenggorokan. Tidak hanya ada di desa, dan bukannya tidak ada di kota. Cuma mungkin godaannya berbeza.

Jadikan diri kita bak ikan di laut, walaupun duk dalam air masin, tapi dagingnya tak masin. jangan jadi macam ikan masin.

Cabaran hidup di desa, dan di kota… tak sama, tapi mana2 pun ada cabarannya. Yang penting kita tahu dan sedar apa yang kita buat, saling menjalin mimpi dan berusaha untuk memantapkan diri ke arahnya.

Sebagaimana Rasulullah berhijrah dari Kota Mekah ke Kota besar Madinah, perancangan, pelaksanaan dan persiapan dibuat sebelum, semasa dan selepas hijrah, bukan semata2 mengikut keadaan terpaksa. Misalnya strategi yang dibuat untuk mengelabui mata kafir Quraisy pada malam keberangkatan Baginda, dan perjalanan bersama Abu Bakar.

Walaupun nak settle down di mana2, perancangan perlu ada. Hidup di kampung perlu planning juga. Mudah untuk berkata, di kampung boleh bela ayam, bela ikan, tanam sayur… tapi kalau tak ada tanah, tak ada tapak, tak ada modal, mana kan nak dapat ayam2, ikan2 sayur2. Kita boleh mengharapkan keajaiban, tapi firman Allah bahawa Dia tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya.

Tagged in :

admin Avatar

14 responses to “Bersara di Kota”

  1. Cinta Super Avatar
    Cinta Super

    logic. parents saya sekarang menetap di selangor. beli rumah situ. tapi d kampung pun parents ada tanah juga. dari saya kecik mmg ada tots bila parents dah bersara, nak suruh diorang balik kampung. sbb dok sini serabut. kmpg pun tak jauh langsung. cuma, bila fikir balik kalau dah ada rumah sini, buat apa nak keluar duit buat rumah kat sana pulak. baik duit tu buat benda lain. kan. saya pun boleh bila-bila je nak jumpa parents. parents pun tiba-tiba je leh ada kat rumah saya. i think, that matters. kejumpaan dlm jangka waktu pendek. haha. best juga. sbb selalu boleh meet-up celebrate apa-apa dan makan ramai-ramai selalu.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      MIL saya duk KL, mak saya duk Kelate. lama tak jumpa mak, MIL hari2 bole jumpa hehehe.

  2. zuhaini Avatar

    oh.. bestnya la hai kalau dah pencen! 🙂

    oh ya, mami lyna, saya nak tanya something.. is it ok/reliable to rely on insurance punya saving..?

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      pencen awal hehehe

      insurans saving? hmm kena wat satu entry ni hehehe

  3. Assie Avatar

    I agree with this article. Myself adalah orang yang pro mahu duduk dalam KL. Hehe. Location Location Location. My mom after about a year duduk KL dengan ktrg dah tak mahu balik Perak sbb di KL sangat banyak kelas agama, kuliah magrib setiap hari dan kelas-kelas pondok pun banyak. In other words, KL ni boleh jadi pusat maksiat dan juga pusat pengajian ilmu. Tepuk dada, tanya iman!

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      lagi muda bila sakit, anak tersayang ada di sisi, dok gitu? hehe

  4. Asiah Abd Jalil Avatar

    Lepas bersara, saya dan suami tak mau duduk KL, serabut.

    Saya juga tak mau duduk kat Tasek Gelugor, kampung sangat.

    Saya nak duduk kat Kuantan. Tak terlalu kampung, tak terlalu bandar. Rasa nak pergi kampung, pergi Kerteh Kemaman, sejam aje. Rasa nak pergi bandar, drive gi KL, 2 jam aje.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      menarik gak tuh Kuantan Sag, tak jauh sgt dari KL. siap ada waterpark ala sunway lagoon lagik.huh. kan? xpenah pegi pun hehehe.

      kena pulak kalo anak2 keje O&G jugak,memang elok dah duk tengah2 gitu.

  5. transformed housewife Avatar

    dulu tefikir nok balik dok Kelate sbb ado doh tanoh sako. tapi mace Lyna royak sakni, runsing pulok pasal anok2 sbb meme betul kalu anok2 kijo KL, nok balik Kelate tu 8-9 jam dgn kereto, naik flight okla tapi susoh jugok sbb kalu time rayo, tiket cepat habih.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      boring. lamo doh xbalik Kelate. keno tunggu cuti lamo sket br bleh balik. kalu dop gak letih driving lah… xdop hiway katakan huhu.

  6. Liyana Avatar

    Baru ja tanya hubby jap tadi. kita nak tunggu pencen baru nak balik kg ka? (hehe, saya antara yg sgt2 nak balik kg).. dan jawapan yg sgt best didengar: taklah, plg lama pun 5 tahun ja kita disini (KL), kita akan balik kg secepat mungkin.. horey

    takyah tunggu pencen br nak balik kg. balik muda2 ni baru ada energy nak buat apa2..saya berjiwa kampung, saya kena/wajib balik kampung, saya tak betah di bandar besar walaupun dah dekat 10 tahun menghuni bandaraya KL.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      haha.

      opis kami takde kat kampung. huhu. Kertih, Miri.. itu bukan kampung kami huhu. tak best tak best.

  7. Liyana Avatar

    ooo satu lagi pasai anak2 tu, saya rasa mana dia nak duk nanti terpulang la dia.. ada rezeki saya, dorang igt la, haha.. dari kecik asik ngikutkan depa, takkan sampai tua pun nak diikutkan lagi hehe..
    lgpun, skrg saya pun tak ikut mak saya dan duduk dgn dia, so saya takleh nak simpan harapan anak2 saya akan duduk dgn saya nanti..what goes around comes around.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      saya pun taknak duduk sekali ngan anak2.nak duk umah best, usaha sendiri, mak duk banglo (masa tu, skg belom. kui kui kui).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge