Dari Lucern kami meneruskan perjalanan ke Zermatt. Sepanjang jalan yang sangat-sangat indah yang mengkagumkan. Switzerland seolah-olah satu titisan ‘dari syurga’, subhanallah, tak boleh diucapkan dengan kata-kata betapa indahnya ciptaan Allah.
Zermatt adalah sebuah desa yang dikelilingi gunung-ganang antara yang tertinggi di Switzerland. Puncak yang terkenal di Zermatt, Matterhorn gah tersergam indah dan dapat dilihat dari lembah ini.
Kami tiba di Zermatt sudah agak lewat, dan tren terakhir ke stesen Gornergrat sudah pun tamat servisnya untuk hari itu. Jadi tak dapatlah nak ke puncak Gornegrat. Jadi kami cuma berjalan-jalan di sekitar Zermatt. Tiada kereta di sini, yang ada pun cuma kenderaan yang sungguh comel ni.
Zermatt, sangat cantik dan damai. Pekannya kecil saja, cukup diteroka dengan berjalan kaki. Namun terpaksa jadi lama kerana asyik berhenti terpegun dengan keindahannya.
Gambar di atas ni tak menarik sangat. Tak boleh upload pula, tak tahu kenapa ;(
Pada sebelah malamnya kami menikmati makanan tradisi Swiss, fondue.
Fondue ni, saya tak pernah rasa di Malaysia. Rasanya memang unik tapi agak muak untuk lidah Melayu saya 😀 Ditambah dengan Danny yang mengamuk, kepenatan mungkin. Jadi kami cuma sempat rasa 2-3 ketul saja dengan kopi Swiss yang unik juga O_o….
Balik ke hotel kami tidur sedikit awal untuk agenda pagi esoknya.
Esoknya pagi-pagi kami ke stesen tren untuk naik ke Gornegrat. Disebabkan masa yang singkat (tren ke Zurich jam 11 pagi), maka kami cuma sempat naik dan turun semula tanpa keluar dari stesen Gornegrat ;( Tak mengapalah, tak dapat rotan, akar pun jadi.
Sepanjang perjalanan ke Gornegrat, sekali lagi pandangan yang sangat memukau. Biasanya lihat pemandangan sebegini dalam rancangan National Geographic, kini ia di depan mata kepala saya sendiri.
Ketika berhenti di stesen Gornegrat, kami meminta pakcik yang memandu tren itu supaya berhenti lama sedikit, kerana kami nak ambil gambar 😀
Selepas menyentuh glasier yang dapat dicapai (ambil syarat, haha!) kami kembali turun ke Zermatt.
Setelah berkemas-kemas, maka tiba masa untuk tinggalkan Zermatt. Sekali lagi pengembaraan bermula dengan tren Glasier Express yang lebih banyak pemandangan menakjubkan!
Sambung nanti!
Leave a Reply