Satu hari di dapur rumah. Hafiy melilau-lilau di sekitar dapur.
Hafiy : Mommy, mana kawan Hafiy?
Mommy : Kawan yang mana? (Ah, sudah, kawan apa pulak ni. Dalam hati dah berdebar2 maklumlah banyak kejadian berkaitan benda2 mistik yang melanda kebelakangan ni)
Hafiy : Kawan yang putih.
Mommy : Kawan putih yang mana? (Haaaa, pocong ke? Pontianak? Anak jin mana kacau anak aku ni!! ~mode gabra rasa nak tercabut jantung~)
Hafiy : Kawan putih Hafiy nak buat air milo ni.
Mommy : (tepuk dahi)
CAWAN putih rupanya.
Leave a Reply