Sebetulnya kebanyakan dari kita mahukan satu kehidupan yang ideal, terutama bagi anak-anak. Biarlah mereka membesar tanpa gangguan, membesar dengan positif, membesar dengan sempurna dan menjadi insan yang baik sejak dari bayi lagi.
Kita selalu berasa resah bila anak asyik membuat kesalahan, samada kesilapan sama berulang-ulang, contohnya asyik tumpahkan air, atau perbuatan yang terlampau seperti suka bergaduh, berebut mainan dan sebagainya.
Keperibadian seseorang anak itu dicorakkan oleh ibu bapanya, namun harus kita selalu sedar bahawa kita ni cuma manusia biasa, walaupun dapat title ‘ibu dan bapa’. Ada banyak perkara yang di luar kawalan kita dan kita pun tak dapat nak faham, walaupun ia sepatutnya menjadi ‘straight forward’.
Kadang2 kita tak boleh terima bila anak kita tak ikut apa yang kepala otak kita inginkan. Kita suruh dia warnakan gambar, dia pegi conteng dinding. Kita suruh dia belek buku, dia pegi koyakkan buku. Kita suruh dia makan, dia pegi sepahkan makanan.
Membuat kesalahan, selain dari salah satu proses dalam tumbesaran anak, ia juga adalah satu proses pengajaran dan pembelajaran dalam ilmu keibubapaan.
Bila anak berbuat salah, pertama sekali ia menduga kesabaran kita. Adakah kita tarik nafas dalam2 dulu, atau terus marah2. Kemudian menguji skill kita dalam menangani perbuatan itu. Adakah kita menggunakan pendekatan saikologi atau terus ‘menangani’ anak dengan tapak tangan.
Tidak adil untuk menuduh anak kita macam2, seperti ‘tak makan saman’, ‘budak notti nakal’ dan sebagainya. Anak kita tu bukan robot yang kita boleh programkan buat itu buat ini. Robot pun kadang2 weng jugak.
Kalau nak kata kita ibu bapa yang teruk, itu juga tidak adil. Kita ni cuma manusia biasa, kita bukan malaikat ataupun makhluk ajaib. Sedangkan anak Nabi Nuh tidak beriman pada Allah, inikan pula kita yang begini saja. Bila anak berbuat salah,sebenarnya ialah satu tarbiah dari Tuhan, sama ada untuk kita atau untuk anak kita, atau kedua-duanya.
Bagi anak, bila berbuat salah, dia belajar erti kesalahan, erti kekesalan (bila kena marah/tegur), erti kemaafan (bila dah salah & kena minta maaf), erti serik (dah kena denda dan tak buat lagi) dan sebagainya. Ada ibu bapa yang memandang benda buat salah ni sebagai enteng. “Alah, dia kecik lagi, tak ape lah”. Sebenarnya kadang2 bila dari kecil ibu bapa dah didik macam ni, ada harapan sampai besar pun gitu lah. Bukan masalah dengan si anaknya, tapi mindset ibu bapa ni, cuba tanya diri kita, bila masa kita sedar anak kita membesar? Tup2 dah besar pun anak kita. Tu pun duk rasa dia kecil lagi.
Ibu bapa juga belajar decision making, communication skill, negotiation skill, persuading skill dan sebagainya. Kadang2 anak berbuat salah untuk mendapatkan sesuatu. Contohnya memecahkan gelas kerana nak pegang gelas sendiri. Adakah ibu bapa patut mengharamkan terus penggunaan gelas buat si anak? Atau menggantikan dengan gelas plastik? Atau buat tak tahu saja? Terpulanglah kepada preference masing2…
Dan bila anak nakal dan suka mengganggu kanak2 lain… Adakah kita tak bagi dia berkawan2? Atau marah dia depan2 orang? Atau bawa dia ke satu tempat lain dan slow talk? Atau minta maaf dengan budak yang kena ganggu tu?
Bila anak kita panjat2 dan jatuh.. Adakah kita terus tak bagi main panjat2? Atau galakkan panjat lagi sampai mahir? Atau sediakan tilam empuk bawah tempat memanjat tu agar jatuh tak sakit?
Kadang-kadang dari kesalahan yang dibuat anak kita tu menjadi cermin pada diri kita sendiri.
Leave a Reply