Semasa dapat berita dari group Whatapps sekolah malam tadi, saya buat tak endah saja. Maklumlah, sejak bertahun-tahun lepas dah keluar berita tentang kematian beliau, Tok Guru Nik Aziz ni. Tapi bila dah ada pengumuman rasmi dibuat oleh media-media tempatan, sudah sah bahawa Tok Guru dah pun pergi meninggalkan kita, mengadap Allah Azza wa Jalla.
Sepupu saya di Kelantan segera bergegas ke Pulau Melaka bila saja dapat berita.
Anak-anak Kelantan di serata negara berteriak tangis kesayuan mengiringi pemergian ulama yang dikasihi dan dihormati oleh semua orang , tak kira lapisan masyarakat, apa jua pegangan politik.
Malam tadi saya tak update apa-apa pun di FaceBook, tak taulah mungkin tak tahu nak update apa. Sekadar forward pesanan dari seorang rakan.
Walaupun tak pernah bertemu dengan Allahyarham, tapi hati tetap rasa syahdu dan sayu. Terutama mengenangkan ke mana diri ni nak pegi selepas ni.
Ketika ni saya sedang menonton siaran langsung pengkembumian Allahyarham Tok Guru… Berebut2 pakat nak pegang jenazahnya. Terlalu ramai orang sampai jurukamera dah boleh nak masuk dekat…
Semoga lebih ramai pelapis Allahyarham yang akan lahir selepas ini.
Belasungkawa Tuan Guru Datuk Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat
Leave a Reply