admin Avatar

Setelah tamat berpenat lelah di Chile, kami sambung perjalanan ke ibukota Colombia, Bogota. Inilah dia perjalanan tidur dalam kapal terbang kami yang pertama di Amerika Selatan. Penerbangan kami bertolak dari Santiago pada jam 12.40 pagi, jadi lepas check out tu kami terus keluar.

Airport Santiago ni airport terbesar di Chile yang jadi hub penerbangan dari Eropah dan Amerika Utara. Chile ada banyak airport, dalam 300 lebih tak silap.. kebanyakannya airport kecik-kecik yang tak ada paved runway pun. Maklumlah negara CHile menjalar dari Garisan Jadi sampai ke Kutub Selatan, jadi macam-macam bentuk mukabumi ada.

Penerbangan kami dengan LAN Airlines, dari Santiago ke Bogota mengambil masa dalam 6 jam lebih. Sampai di InicioAeropuerto El Dorado jam 5 pagi. Selepas selesai semua urusan, kami cari makanan untuk breakfast… Dalam penerbangan… untuk sarapan kami dihidangkan dengan makanan yang tak halal.

El Dorado Airport menyediakan food court yang sangat pelbagai. Kat sini ada hidangan istimewa Bogota, trucha frita (ikan trout goreng) yang dimakan bersama plantain yang dipenyek dan digoreng dalam minyak zaitun.

Selepas siap makan semua, kami ambil teksi ke el centro  de la ciudad de Bogota, Bolivar Square. Bolivar Square ni landmark yang mesti-pergi di Bogota.

TEKSI BOGOTA
Comel kan teksi kat Bogota ni? (gambar Google)

 

Masih awal pagi kami di Bolivar Square. Tak ada orang pun kecuali tuan llama (mereka buat sewa llama untuk ditunggang sambil bergambar) dan penjual makanan burung merpati. Banyak sangat burung merpati di Bolivar Square ni.

BOLIVAR SQUARE

Gambar di atas ambil dari Google, hehe.

Kami jalan-jalan di sekitar historic site of Bogota tu. Disebabkan satu hari je kat sini jadi kami putuskan untuk masuk ke muzium.

Antara muzim yang terdapat di Bogota:-

Museo del Oro (Muzium Emas)

Uih rambang mata tengok kekayaan orang Amerika Selatan ni. Pernah tengok cerita animasi ‘The Road to El Dorado’? Haa.. kisah tempat mistik ni lah. Sampai sekarang tak tahu El Dorado tu di mana.

 

  • Alamat: Calle 16 No. 5-41
  • Waktu Operasi : Selasa -Sabtu 10am-6pm, Ahad 10am-4pm
  • Bayaran masuk: 2,800 peso

 

Museo Historice de La Policia (Muzium Polis)

Mula-mula nak datang Colombia, saya rasa takut tau. Satunya sebab kes penembakan Miss Honduras (negara kedua termiskin di Amerika Tengah) dan juga cerita raja dadah Colombia. Mahu tak takut. Hehe. Tapi bila datang muzium polis ni rasa safe… Polis-polis Colombia gigih membanteras jenayah dan menghapuskan penghasilan najis dadah. Dipamerkan juga tentang raja dadah Colombia, Pablo Escobar yang ditembak mati oleh pegawai polis. Syabas!

  • Alamat: Calle 9 No. 9-27 Edificio de la Policía
  • Bayaran : FREE!

Museo de Bogota (Muzium Bogota)

Nak belajar tentang sejarah Bogota… semua ada kat sini. Dari sejarah awal sampailah benda kontemporari.

  • Alamat : Carrera 7 Nr. 31 street
  • Bayaran : 3,500 peso

Museo Arte de Colonial

Kat sini ada banyak koleksi lukisan dari zaman koloni Sepanyol, dan macam-macam jenis arca dan patung. Nak masuk sini kena selongkar beg. Hehe. Takut orang curi lukisan dia kot 😛

  • Alamat : Carrera 6
  • Bayaran : FREE!

Bila kita duk di bandar Bogota menghadap ke timur, akan nampak satu bukit yang ada bangunan putih di atasnya. Kat sini pun ada patung redeemer macam kat Rio de Janeiro. Sebenarnya banyak patung macam tu kat South Africa, tapi yang kat Rio tu jadi landmark.

COLOMBIA

Nak naik ke Monserrate ni boleh naik cable car… tapi kami tak naik lah, tak sempat sebab banyak benda nak tengok di Bogota… dan masa pun sangat singkat. Tak berpeluanglah tengok bandar Bogota dari pandagan seekor burung.

Kami nak cuba juga makan tengah hari dengan makanan tradisi orang Bogota, tapi kebanyakannya berasaskan daging dan ayam… terpaksalah makan dessert je T__T

Orang-orang Bogota… sebelum jumpa dengan polis comel di Muzium Polis tu, rasa semua orang menakutkan. Tapi diorang sangat baik 🙂 mula-mula jumpa polis tu dia beberapa kali minta maaf sebab English dia tak berapa bagus. Kami kata, kami pun sama je, bukan reti sangat pun. Last2 sama2 tergelak bila tak tau nak translate dari bahasa Sepanyol ke Bahasa Inggeris.

Dalam 4 jam sebelum flight ke Cartagena, kami dah sampai airport. Airport El Dorado ni terkenal dengan suka-suki tukar gate, tukar time, tukar segala macam tanpa bagitau. Kami pun haritu nyaris kena tinggal. Nasib baik tanya kat kaunter awal-awal, rupanya dalam kita dok tunggu kat gate lain, dia dah tukar gate. Semput juga lari mengejar, dah le jauh. Pengajaran, kalau naik flight dari airport Colombia ni sila rajin check monitor.

Tagged in :

admin Avatar

One response to “Sehari di Bogota, Colombia”

  1. Muliani Avatar

    Untung lah dpt pegi cambodia.. Nmpak pun dah sgt bestt

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge